SJ-2209: DOA SESUDAH AZAN DAN IQAMAH

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2209: DOA SESUDAH AZAN DAN IQAMAH

:salamAna ada beberapa kemusykilan... :confused:

1. Kita masyarakat Malaysia telah pun diajar sejak daripada kecil lagi dengan doa sesudah azan sama ada secara langsung atau pun tidak kerana sbg cth , rancangan azan yg disiarkan di TV1 misalnya...akan diikuti oleh doa...Tetapi,...sepengetahuan ana... Nabi S.A.W. pernah bersabda bahawa antara 2 azan itu adalah waktu yg paling sesuai untuk berdoa... Dari manakah datangnya bentuk doa sbgaiamana yg diamalkan oleh masyarakat kita pada hari ini.? Adakah ia betul-betul warid daripada Nabi S.A.W. ?

2. ana ada membaca sebuah buku : Bida'ah, Bahaya dan Keburukannya ... yg kalau tak silap ana karangan Dr Azmi Ghani b Idris ...dan ana ada terbaca secara sepintas lalu ttg satu perkara iaitu ttg doa selepas Iqamah... rasa-rasanya... ia mengatakan tidak boleh...tetapi, ana tidak ingat akan alasannya.... atau pun ana telah tersilap?

Diharap, 2 persoalan di atas akan dapat dihuraikan dengan jelas oleh pihak aL-Ahkam yg sememangnya terer-terer belaka...

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: DOA SESUDAH AZAN DAN IQAMAH

Terima kasih dengan soalan saudara ini. Kami akan cuba untuk menjawab sebaik mungkin. Insya Allah.

Kita hendaklah menyahut suara azan sepertimana azan itu dikumandangkan.
Dalil:
Dari Abu Sa’id Al-Khudri ra ia berkata, Rasulullah saw bersabda, “Apabila kalian mendengar seruan (untuk solat), maka sahutlah (kalimat demi kalimat) sebagaimana yang dikumandangkan oleh muazin.” [riwayat Bukhari dan Muslim]

Dari Umar bin Khataab ra. Ia berkata, Rasulullah saw bersabda, “Apabila muazin mengumandangkan (kalimat azan) ‘Allahu akbar, Allahu akbar’ maka salah seorang dari kalian menyahut dengan ‘Allahu akbar, Allahu akbar.’ Kemudian ia mengumandangkan ‘Asyhadu allaa illaaha lllallaah’ disahut dengan ‘Asyhadu allaa illaaha lllallaah’. Kemudian ia mengumandangkan ‘Ash-hadu anna Muhammadan Rasool Allaah’ disahut dengan ‘Ash-hadu anna Muhammadan Rasool Allaah’. Kemudian ia mengumandangkan ‘Hayya ‘ala’l-salaah’ dan disahut dengan ‘Laa hawla wa laa quwwata illa Billaah’. Kemudian ia mengumandangkan ‘Hayya ‘ala’l-falaah’ disahut dengan ‘Laa hawla wa laa quwwata illa Billaah’ Kemudian dikumandangkan ‘Allaahu akbar, Allaahu akbar’ disahut dengan ‘Allaahu akbar, Allaahu akbar’ Kemudian ia kumandangkan ‘Laa ilaaha ill-Allaah’ disahut dengan ‘Laa ilaaha ill-Allaah’, Semuanya diucapkan dengan seikhlas hati, nescaya ia masuk syurga.” [Riwayat Muslim]

Selepas azan dikumandangkan, kita disunatkan membaca doa.
Dalilnya
Dari Anas ra., ia berkata, Rasulullah saw bersabda, “Doa antara azan dengan iqamah, tidak akan tertolak” [Riwayat Abu daud, Turmudzi, An-Nasai, Ibnu Sunni dan lain2]. Turmudzi mengatakan hadis ini hasan sahih. Menurut riwayat Turmudzi ada tambahannya: “…….Mereka bertanya, “Apakah yang kami baca(ketika itu) wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Mohonlah kepda Allah keselamatan (keafiatan) di dunia dan di akhirat.”

Dari Sahal bin Saad ra, ia berkata, “Rasulullah saw bersabda, “Ada dua macam yang tidak ditolak iaitu doa ketika (berakhir) azan dan doa ketika peperangan berkecamuk sehingga berbaur sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain.” [Riwayat Abu Daud dengan isnad Sahih]

Menjawab persoalan saudara/i berkenaan dari mana datangnya doa yang diamalkan di M’sia itu, ia datangnya dari Nabi saw. Dalilnya:

Dari Jabir bin Abdullah ra. Bahawasanya Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa membaca: (‘Allaahumma Rabba haadhihi’l-da’wat il-taammah wa’l-salaat il-qaa’imah, aati Muhammadan il waseelata wa’l-fadeelah, wab’athhu maqaaman mahmoodan illadhi wa’adtah), nescaya tersedialah baginya syafaatku pada hari kiamat.” [Riwayat Bukhari]

Berkenaan doa sesudah iqamat, terdapat dua pendapat. Setengahnya mengatakan dibolehkan dan doanya adalah sama dengan doa sesudah azan. Manakala pendapat yang lain mengatakan ia adalah bid’ah.
‘The Permananent Committee and the Decision of Fiqh Council’ mengatakan bahawa membaca doa selepas iqamah adalah dibolehkan berdasarkan keumuman hadis seperi yang bermaksud. “Apabila kamu mendengar muazzin, maka jawablah dengan apa yang dikatakannya.”Au Qama Qol [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Mereka mengatakan hadis ini secara umum mengatakan mengenai azan dan Iqamah kerana keduanya dipanggil azan jua. Sepertimana terdapat hadis menyuruh kita berdoa selepas azan maka dibolehkan juga untuk berdoa selepas iqamah. Maka dengan hujah ini mereka mengatakan dibolehkan untuk berdoa sepertimana doa sesudah azan. WA

Umngkin Ahli Panel Fiqh yang lain dapat memberi komentar tambahan mengenai persoalan ini.

Sekian.
:Wassalam.

Rujukan

Kitab Al-Azkar
Kitab Fatwa Islamiyyah Jilid 2
Terjemahan Hadis Shahih Bukhari
Du’aa’s between the adhaan and iqaamah

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: DOA SESUDAH AZAN DAN IQAMAH

Tambahan:
Baik sekali jawapan YBK (yg berusaha keras)

Cuma pada zikir semasa Iqamat, makmum hendaklah mengucapkan spt apa yg diucapkan oleh mu'azzin. Ada hadis yg mengatakan ketika mu'azzin melafazkan lafaz iqamat:" Qad qaamatissolat", makmun disaran membaca:"AqaamahaLLah wa adaamaha". hadis in dha'if (Tamaam alMinnah ms 150; Irwa' alGhalil, 1/258) WA