SJ – 2242 : BERKERJA DENGAN MAJIKAN YANG BUKAN ISLAM

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2242 : BERKERJA DENGAN MAJIKAN YANG BUKAN ISLAM

Ana ada sedikit kemusykilan
Apakah hukumnya bekerja dengan majikan yang bukan beragama Islam?

Re: SJ – 2242 : BERKERJA DENGAN MAJIKAN YANG BUKAN ISLAM


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2242 : BERKERJA DENGAN MAJIKAN YANG BUKAN ISLAM

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara VHoutenJr yang sentiasa peka dengan permasalahan-permasalahan kehidupan dan agama.

Allah Ta’ala telah menjadikan bumi yang didiami oleh kita ini sebagai tempat kita mencari sumber rezeki demi menampung kehidupan kita . Firman-Nya :


åõæó ÇáøóÐöí ÌóÚóáó áóßõãõ ÇáúÃóÑúÖó ÐóáõæáðÇ ÝóÇãúÔõæÇ Ýöí ãóäóÇßöÈöåóÇ æóßõáõæÇ ãöä ÑøöÒúÞöåö æóÅöáóíúåö ÇáäøõÔõæÑõ

Ertinya : “ Dialah Zat yang telah menjadikan bumi itu mudah ( dipergunakan ) untuk kamu pergunakannya . Oleh itu , berjalanlah kamu di atas permukaannya dan makanlah daripada rezekinya ( yang berada di bumi ) dan kepada-Nya kelak kamu akan dikembalikan “ ~ Surah Al-Mulk : Ayat 15.

Baginda Rasulullah s.a.w sendiri telah memperingatkan kita agar kita berkerja dan berusaha . Di antara sabda-sabdanya ialah :


Úóäú ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó ÑóÖöíó Çááøóåõ Úóäúåõ Ãóäøó ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó æóÇáøóÐöí äóÝúÓöí ÈöíóÏöåö áóÃóäú íóÃúÎõÐó ÃóÍóÏõßõãú ÍóÈúáóåõ ÝóíóÍúÊóØöÈó Úóáóì ÙóåúÑöåö ÎóíúÑñ áóåõ ãöäú Ãóäú íóÃúÊöíó ÑóÌõáðÇ ÝóíóÓúÃóáóåõ ÃóÚúØóÇåõ Ãóæú ãóäóÚóåõ

Ertinya : Saidina Abu Hurairah r.a pernah meriwayatkan satu hadist daripada Baginda Rasulullah s.a.w iaitu : “ Demi Tuhan yang aku ini berada di dalam genggaman-Nya , Salah-seorang daripada kamu yang memungut kayu-kayu api , kemudian dipikulnya di atas bahunya itu ( untuk dijual ) LEBIH BAIK daripada dia mendatangi meminta-minta sedekah daripada seorang lelaki yang mungkin sahaja dia akan memberinya ataupun tidak “ ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari rh. { Al-Manhal al-Hadist , Vol- II , ms 146 drp Bab Zakat al-Ibl ) .


Úóäö ÇáúãöÞúÏóÇãö ÑóÖöíó Çááøóåõ Úóäúåõ Úóäú ÑóÓõæáö Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó ãóÇ Ãóßóáó ÃóÍóÏñ ØóÚóÇãðÇ ÞóØøõ ÎóíúÑðÇ ãöäú Ãóäú íóÃúßõáó ãöäú Úóãóáö íóÏöåö æóÅöäøó äóÈöíøó Çááøóåö ÏóÇæõÏó Úóáóíúåö ÇáÓøóáóÇã ßóÇäó íóÃúßõáõ ãöäú Úóãóáö íóÏöåö

Ertinya : Saidina Al-Miqdam r.a pernah meriwayatkan hadist daripada Baginda Rasulullah s.a.w iaitu : “ Tidak ada yang lebih baik bagi seseorang itu daripada makan drp hasil rezeki yang diusahakannya sendiri dan sesungguhnya Nabi Allah Daud a.s sendiri makan hasil rezeki yang diperolehinya sendiri ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari rh { Al-Manhal al-Hadist , Vol- II , ms 221 drp Kitab al-Buyuu’ ) .

Walaupun Islam itu adalah agama yang melarang daripada berdiam diri tanpa mahu mencari-cari kerja , tapi kerja yang dituntut itu adalah kerja yang halal dan diberkati Allah Ta’ala . Adapun kerja yang membawa kepada haram maka ia juga adalah haram dilakukan oleh orang-orang Islam kerana itu bererti redha dengan maksiat dan bersubahat melakukan sesuatu yang dimurkai oleh Allah Ta’ala . Firman Allah Ta’ala :


íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇú áÇó ÊõÍöáøõæÇú ÔóÚóÂÆöÑó Çááøåö æóáÇó ÇáÔøóåúÑó ÇáúÍóÑóÇãó æóáÇó ÇáúåóÏúíó æóáÇó ÇáúÞóáÂÆöÏó æóá Âãøöíäó ÇáúÈóíúÊó ÇáúÍóÑóÇãó íóÈúÊóÛõæäó ÝóÖúáÇð ãøöä ÑøóÈøöåöãú æóÑöÖúæóÇäðÇ æóÅöÐóÇ ÍóáóáúÊõãú ÝóÇÕúØóÇÏõæÇú æóáÇó íóÌúÑöãóäøóßõãú ÔóäóÂäõ Þóæúãò Ãóä ÕóÏøõæßõãú Úóäö ÇáúãóÓúÌöÏö ÇáúÍóÑóÇãö Ãóä ÊóÚúÊóÏõæÇú æóÊóÚóÇæóäõæÇú Úóáóì ÇáúÈÑøö æóÇáÊøóÞúæóì æóáÇó ÊóÚóÇæóäõæÇú Úóáóì ÇáÅöËúãö æóÇáúÚõÏúæóÇäö æóÇÊøóÞõæÇú Çááøåó Åöäøó Çááøåó ÔóÏöíÏõ ÇáúÚöÞóÇÈö

Ertinya : “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi'ar-syi'ar Allah , dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram , jangan (mengganggu) binatang-binatang had-ya , dan binatang-binatang qalaa-id , dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari kurnia dan keredhaan dari Tuhannya dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, maka bolehlah berburu. Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum karena mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidilharam, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka) . Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran . Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya “ ~ Surah Al-Maidah : Ayat 2

Berkerja dengan bermajikan seorang yang bukan Islam tidaklah dilarang oleh Islam selagi ianya dilakukan menurut batas-batas ketentuan hukum syariat Islam . Akan tetapi apabila kerja itu adalah kerja yang bersifat maksiat ( derhaka ) dan ianya boleh mengundang kemurkaan Allah Ta’ala lantaran dosa-dosa drp perkerjaan itu , maka TIDAK BOLEH SAMA SEKALI KERJA ITU DILAKUKAN sekalipun yang memerintahkan kerja itu adalah orang yang mengaku beragama Islam . Baginda Rasulullah s.a.w telah memberi ancaman dan amaran kepada kita :


Úóáöíøò Úóäö ÇáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó áóÇ ØóÇÚóÉó áöãóÎúáõæÞò Ýöí ãóÚúÕöíóÉö Çááøóåö ÚóÒøó æóÌóáøó Úä

Ertinya : Saidina ‘Ali r.a meriwayatkan daripada Baginda Rasulullah s.a.w sebuah hadist iaitu : “ Tidak boleh sama-sekali taat kepada mana-mana makhluk di dalam urusan menderhakai Allah ‘Azza Wa Jalla !!! “ ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad rh dan Al-Imam at-Tirmidzi rh .

Walaupun umat Islam tidak dilarang berkerja di bawah majikan yang bukan Islam , akan tetapi Islam itu sendiri mendidik agar umatnya “ berjiwa merdeka “ . Berjiwa merdeka di sini ialah tidak rela terus-menerus tunduk di bawah pemerintahan orang-orang yang bukan Islam .

Namun , sudah tentu umat Islam sendiri kebanyakan mereka masih belum mampu untuk membuka perkerjaan sendiri ataupun syarikat sendiri , apatah lagi di dalam keadaan ekonomi umat Islam itu sendiri masih ditekan dan dicengkam musuh .

Nah ! , untuk itu kita menyarankan kepada saudara/I kita : “ Kerjalah sebaik mungkin dan carilah pengalaman yang luas di dalam bidang kerja anda semua . Mudah-mudahan selepas 10 tahun ataupun 15 tahun , anda sendiri boleh membuka perusahaan sendiri dan di saat itu tidak perlu lagi anda menagih simpati ataupun menjadi pak turut kepada sesiapa sahaja , lebih-lebih lagi orang bukan Islam “ .

Lihatlah sahaja kepada rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam . Ada sebahagian daripada mereka yang berhenti sekolah di peringkat yang masih muda ( lebih kurang lepas SRP / PMR ) lalu berkerja menjadi “ pomen “ ataupun “ pembantu “ di bengkel-bengkel kereta . Tentu sebahagian kita akan memandang mereka selekeh kerana sedemikian rupa .

Namun setelah 15 tahun , kita akan dapati bahawa rakan kita itu tidak lagi menjadi “pomen “ , bahkan di waktu itu dialah pula yang menjadi boss dengan memperolehi gaji yang lebih besar daripada kita yang berkelulusan instituti pengajian tinggi ( diploma ataupun sarjana ) .

Tapi , berapa ramaikah dari kalangan anak-anak bangsa kita yang beragama Islam , yang sanggup bermula dari bawah seperti itu !?.

Walaupun saudari/I berkerja di bawah majikan bukan Islam , tapi jangan lupa bahawa saudara/I adalah HAMBA-HAMBA dan KULI-KULI bagi Allah Ta’ala ; Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa . Oleh itu manfaatkanlah sebaik mungkin kebolehan anda untuk menyampaikan dakwah kepada majikan anda , kalau tidak boleh dengan lisan , maka dengan akhlak yang mulialah .

Dan jika ada di kalangan umat Islam yang mengharamkan sama-sekali berkerja di bawah majikan ataupun penyeliaan orang-orang yang bukan Islam , maka katakanlah kepada mereka : “ Kalau saudara mahu mengharamkan sama-sekali umat Islam berkerja dengan orang-orang bukan Islam , maka silalah bawakan dalil dan fatwa yang terlebih dahulu mengharamkan mana-mana umat Islam daripada belajar ataupun berhijrah ke mana-mana negara bukan Islam . Kerana disebabkan belajar dan menetap di sanalah , umat Islam juga kadang-kadang terpaksa berkerja di bawah orang-orang bukan Islam “ .

Namun , adakah mana-mana fatwa yang seperti itu !? .

****************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 – AL-HALAL WAL HARAM FIL ISLAM
Oleh : Al-‘Allamah Asy-Syeikh Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ( ha )
Diterjemahkan Oleh : Almarhum Ustadz Muammal Hamidy
Edisi Lengkap , ms 184
PT Bina Ilmu , Surabaya
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/

2 – AL-MANHAL al-HADISTS FI SYRAHIL HADIST
( Koleksi Hadist-Hadist Pilihan Drp Sahih Al-Imam Al-Bukhari rh . Teks pengajian di sekolah-sekolah menengah di bawah kelolalan Al-Azhar asy-Syarif , Mesir bagi Tsanawi 1 – 4 )
Penyusun : Al-‘Allamah Prof. Dr. Musa Syahin Lasyin ( Bekas Ketua Jabatan Hadist Al-Azhar & Ketua Pusat As-Sunnah bagi Kementerian Waqaf, Mesir )
Terbitan : Darul Shurook , Kaherah

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
7 / Dzulhijjah / 1423 H
8/ Febuari / 2003 M

SABTU – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum