SJ – 2332 : ISTILAH MAZHAB IMAM asy-SYAFI’E RH

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2332 : ISTILAH MAZHAB IMAM asy-SYAFI’E RH

Boleh tak sesiapa terangkan maksud kata 'al-jadid' dan 'al-qadim' dalam mazhab Syafie. Perkataan ini biasa saya jumpa dalam kitab-kitab mazhab Syafie tetapi saya tak berapa jelas dengan maksudnya. Di harap sesiapa yang baik hati dapat menerangkan maksud perkataan atau isltilah ini.

cikgu73 (not verified)
Re: Maksud kata 'al-jadid' dan al-'qadim' dalam mazhab Syafi

Assaamualaikum Wmt Wkt,

Kalau tak silap saya Al-Qadim merujuk kepada fatwa Imam Syafie yang dikeluarkan oleh beliau semasa di Iraq dan Al-Jadid ialah fatwa-fatwa beliau semasa di Mesir...Ini yang saya baca dalam Fiqh islami Wa adillatuh oleh Dr.Wahbah Zuhaili Jilid 1 ...Minta panel lain tambah terutama perbezaan fatwa-fatwa yang di keluarkan di Mesir dan fatwa di Iraq

Wassalam

Re: SJ – 2332 : ISTILAH MAZHAB IMAM asy-SYAFI’E RH


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2332 : ISTILAH MAZHAB IMAM asy-SYAFI’E RH

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudari Azati yang telah mengemukakan soalan . Kami daripada al-Ahkam.net mengucapkan tahniah kepada saudari dan sangat menggalakkan saudari meneruskan lagi pengajian saudari berkenaan dengan Mazhab Imam asy-Syafi’e rh , mudah-mudahan ianya memberikan manfaat yang besar kepada umat Islam . Amin .

Terima Kasih juga kami ucapkan kepada Al-Fadhil Cikgu 73 yang baik hati kerana sudi berkongsi ilmunya bersama-sama kita semua di sini . :smirk:

Al-Imam Abu ‘Abdillah Muhammad Bin Idris asy-Syafie rh ( 150 – 204 H ) adalah salah-seorang tokoh teragung di dalam dunia umat Islam . Keilmuan dan keperibadian beliau rh ternyata sangat sukar untuk dicari ganti . Dan bagi seorang ilmuan yang sangat pintar seperti beliau rh , sudah tentulah dia akan sentiasa memerhatikan ilmu-ilmu yang dimilikinya , agar sesuai dengan cabaran dan situasi semasa . Laksana seorang yang mendayung perahunya , ombak besar tidak akan dihadapi secara membuta-tuli melainkan dengan panduan ilmu yang lengkap.

Maka begitulah halnya dengan Al-Imam asy-Syafi’e rh , tatkala beliau berada di ‘Iraq ( untuk belajar dan mengajar ) sekitar tahun 195 H , beliau telah menghasilkan sebuah kitab Fiqh menurut aliran dan kajiannya ( mazhabnya ) dan kitab ini diberi nama “ Al-Hujjah “ .

Namun apabila beliau rh berpindah ke Mesir pada tahun 200 H , beliau mendapati sebahagian daripada fatwa-fatwanya yang lalu ( di Iraq ) , sama ada secara lisan ataupun tulisan tidak memenuhi dan bersesuai dengan realiti dan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Iraq . Ini menyebabkan beliau rh mengkaji dan menyemak semula fatwa dan kajian beliau yang lalu dan menghasilkan pula fatwa dan kajian yang baru di Mesir . Dan pada masa ini jugalah beliau rh telah menulis sebuah lagi kitab Fiqh yang besar , yang bersesuaian dengan suasana dan realiti di Mesir . Kitab itulah yang dinamakan sebagai “ Al-Um “
.

Segala fatwa dan kajian ( sama ada melalui lisan ataupun tulisan ) yang beliau rh hasilkan semasa di Iraq ataupun sebelum beliau berpindah ke Mesir dinamakan sebagai “ Al-Qaul Qadim “ ( Pendapat Lama ) .

Manakala segala fatwa dan kajian ( sama ada melalui lisan ataupun tulisan ) yang beliau rh hasilkan semasa di Mesir pula dinamakan sebagai “ Al-Qaul Jadid “ ( Pendapat Baru ) .

Sesungguhnya Al-Imam asy-Syafi’e rh bukanlah orang yang mula-mula sekali bersikap demikian , bahkan kesemua imam mujtahidin rh itu bersikap demikian . Kesemua imam mujtahidin itu akan mengubah fatwa dan hasil kajian mereka apabila dilihat pada hari kemudian ianya tidak lagi bersesuaian dan relevan . Lantaran itu tidak peliklah jika sesuatu kajian dan fatwa di kalangan mereka itu tidak sama di antara satu sama lain kerana perbezaan situasi , kondisi dan cabaran semasa yang dihadapi oleh setiap mereka yang mulia itu .

Oleh kerana fatwa dan hasil kajian itu sendiri boleh berubah-berubah mengikut kesesuaian dan situasi semasa , maka tidaklah pelik apabila para imam rh yang mulia itu sentiasa berpesan : “ Tidak boleh kamu mengikut kami secara membabi-buta , akan tetapi ambillah daripada sumber asal yang kami ambil ! “ .

Dan pesanan mereka lagi : “ Apabila ada di antara mazhab ( pendapat ) kami yang bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah , maka lontarkanlah mazhab kami itu ke tembok dan kami akan merujuk semula kepada Al-Quran dan As-Sunnah , sama ada ketika hayat kami ataupun selepas ketiadaan kami “ .

Semoga kita menjadi manusia yang pandai dan reti menghargai jasa-baik dan warisan-warisan Para Ulama’ silam tanpa bersikap taksub dan membuta-tuli kepada mereka . Amin Ya Rabbal ‘Alamin .


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

****************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

MA’ALUMAT TUHIMMUK
Oleh : Al-‘Allamah Tuan Guru Muhammad Nuruddin Marbu Banjar al-Makkiy ( ha )
Halaman : 51 – 56 / 91 - 94
Terbitan : Majlis Ihya’ Kutub at-Turast al-Islamiy , Kaherah

KAMUS PENGETAHUAN ISLAM
Oleh : ( Datuk ) Hj. Dusuki Hj. Ahmad
Halaman : 316 – 317
Terbitan : YADIM


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
2 / Muharram / 1424 H
5 / Mac / 2003 M

RABU – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum