SJ-2392: Sujud Tilawah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2392: Sujud Tilawah

Assalamu'alaikum Warah MatulLah

Bagaimanakah cara melakukannya dlm. senario berikut.

1- Jika surah yang dibaca seperti surah Al'Alaq.
2- Jika hafalan dlm solah hanya boleh setakat ayat tersebut. Belum hafal ayat seterusnya.

* Kedua2nya diakhir bacaan.
(Agak ganjil jika sujud dan bangun semula dan kemudian ruku') terutama jika Imam yang melakukannya.
JazakalLah

Re: SJ-2392: Sujud Tilawah

:wassalam
Jawab:
Jika Imam membaca ayat sajdah pada ayat almafsyil (penghujung ayat) spt anNajm: 62, al Insyiqaq: 21 dan al 'Alaq: 19, Imam ada dua pilihan:
a. Pendapat Maliki: tidak perlu sujud sajdah pada ayat sajdah mafsyil
b. Jumhur (termasuk Syafi'iyah): sunat sujud tilawah.
Syafi'iyah ada dua metode/cara:
i) Imam turun sujud dan bangkit semula, selepas tama'ninah, ruku' spt biasa (tanpa membaca sebarang ayat)
ii) Imam turun sujud, bangkit semula dan membaca surah berikutnya (surah alQadr), jika tidak hafal boleh saja baca surah atau ayat yg lain. (alMajmu': 3/556; alMughny:1/621)
Juga lihat Dr Ubayd, Ahkam asSujud fi as Solat. WA
P/S: Di Malaysia saya dapati Imam menggunakan pendapat Maliki, tidak sujud pada ayat sajdah yg menjadi ayat penutup.