SJ-2396: Air mazi yang ditelan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2396: Air mazi yang ditelan

Assalamu alaikum,

Saya ingin merujuk kepada jawapan Sheikh THTL di link ini berkenaan dengan air mazi yang ditelan. Setahu saya, kalau mengikut pengetahuan sains air mazi bukannya berasal daripada kawasan-kawasan "takungan najis" seperti usus besar/kecil ataupun pundi kencing, tetapi daripada kawasan yang sama dengan penghasilan air mani, iaitu di skrotum. Juga, saya pernah terbaca sebuah hadis di mana Ali r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai samada beliau perlu mandi hadas besar ketika keluar air mazi, dan Baginda Rasulullah s.a.w. menjawab bahawa ia tidak perlu. Jadi saya keliru dengan jawapan Sheikh THTL kita. Tapi saya akui bahawa pengetahuan fiqh saya agak lemah, jadi saya mungkin tersilap. Harap diperjelaskan, dan jazak Allahu khayran.

- MENJ

Re: SJ-2396: Air mazi yang ditelan

:wassalam

Kenajisan madzi adalah melalui hadis sahih yg anda sebutkan itu dari Ali ra (ada dalam Sahih alBukhari). Ia juga melalui ijma' (kesepakatan ulama'). Ijma' ini disahkan dalam kitab Imam Yahya syaraf anNawawi (alMajmu': 2/559) Imam Ibn Qudamah, alMughny: 2/72 dan Syaukani, Nailool Awthor: 1/52)

Untuk membatalkan dalil Hadis dan Ijma', sdr Menj hendaklah membuat kajian terperinci dan ujian laboratory utk membuktikan kebersihan madzi. Ini kita alu-alukan kerana keyakinan kita selama ini: SAINS tidak bercanggah dgn syara'.

Setakat ini kami masih berpegang dgn ijma' bahawa Madzi itu najis dan kita hendak melihat pembuktian sains itu disahkan oleh sebilangan pakar Islam yg adil dan beriman.
Apakah definasi najis menurut Menj.? apakah najis bagi Menj ialah sesuatu yg menyebabkan perlu mandi wajib sahaja?
Najis (Najasah) pada definasi yg mudah ialah sesuatu yg kotor dan wajib dibersihkan badan dan pakaian yg mengenainya. Najis ini thabit melalui nas terlebih dulu barulah datang sains.
WA