SJ-2420: Mana yang lebih afdal?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2420: Mana yang lebih afdal?

:salam
Sebagai seorang anak yang sudah bekerja, saya tidak lupa untuk memberikan wang poket pada kedua ibubapa. Apa yang membuatkan saya terkilan, wang yang diberikan oleh anak2 dibelanjakan untuk membeli barang2 perhiasan. Memandangkan perkara ini, maka saya mengekalkan kadar pemberian tersebut dan tidak bercadang menambah pemberian pada mereka sebaliknya saya lebih rela wang saya didermakan pada fakir miskin atau mereka yang memerlukan. Soalan saya, manakah yang lebih afdal, tambahkan kadar pemberian pada ibubapa atau lebihan itu disedekahkan? :confused: Harap panel al-ahkam dapat memberikan pandangan. Syukran kathiran.
:wassalam

Re: SJ-2420: Mana yang lebih afdal?

:wassalam
Jawab:

Berbahagialah anda kerana dapat membahagiakan kedua orang tua anda.
Pemberian kpd orang tua dinamakan nafaqah dan terpulanglah kpd orang tua kita bagaimana mereka hendak berbelanja, tak perlu kita irihati atau cemburu kepada perbelanjaan mereka, asalkan mereka bahagia dan puas.

Manakala sedeqah pada fakir miskin itu dinamakan infaq. Infaq yg paling baik ialah infaq yg jariah (kekal).

Persoalan atau keputusan menaikkan kadar nafaqah dan melebihkan pada infaq, itu terpulanglah pada budibicara anda. yang penting anda bertuah jika dapat membanyakkan ruang-ruang utk kebaikan diri anda juga. Jika anda melihat kedua ibubapa anda sudah affluent (mewah) dan saguhati dari anda hanya digunakan utk membeli barangan tahsiniat (barangan perhiasan) aje, bermakna anda boleh berbelanja lebih utk sedeqah dan amal2 kebajikan. Kebajikan dan sifat pemurah anak-anak akan sampai juga pada orang tuanya dari segi pahala. Ini kerana anak--anak adalah hasil tuaian orang tuanya. (Prof alGhazali, Jaddik Hayatak) WA