SJ –2473 : ERTI “ PERANGI ROM “ ( LANJUTAN SJ – 2445 : HADIS

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ –2473 : ERTI “ PERANGI ROM “ ( LANJUTAN SJ – 2445 : HADIS

:salam:

Al-Fadhil Ustaz Pendekar (moga sudah sembuh),

Merujuk kepada SJ – 2445 : HADIS – HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN, bagaimana pula Hadith yang mengatakan umat Islam akan menguasai Rome (iaitu setelah mereka berjaya menguasai Konstaninopel-Istanbul) dapat diharmonikan dengan hadith yang mengatakan umat Islam akan berperang dengan Rom (jika dimaksudkan dgn bangsa Rome)?

Re: SJ –2473 : ERTI “ PERANGI ROM “ ( LANJUTAN SJ – 2445 : H


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

SJ –2473 : ERTI “ PERANGI ROM “ ( LANJUTAN SJ – 2445 : HADIS – HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN )

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Abangku yang dikasihi lagi dihormati , al-Fadhil Khiruslan . Saya memohon maaf di atas kelewatan menjawab soalan ini sehingga melebihi seminggu tersadai di dalam Bank Soalan .

Nampaknya kesan sakit ( keracunan ) yang menyerang tempohari masih ada , namun alhamdulillah telah berkurangan dan kesihatan saya pun semakin pulih dan alhamdulillah , suara saya pun sudah ada ( setelah seminggu tidak bersuara ) walaupun di tahap 75 % . Tolonglah doakan saya ya dan anak saya ( yang juga diserang batuk ) . :doa

Kembali kepada soalan yang dikemukakan , tidak syak lagi ianya merupakan lanjutan bagi :

[="green"] SJ – 2445 : HADIS – HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN [/]
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=11822

Dan untuk menjawab soalan ini pula , marilah kita terlebih dahulu merenung kepada beberapa hadist berikut sebagai fokus utama permasalahan ini .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

HADIS PERTAMA & KEDUA :

(1) ~ Hadis Pertama :

Úóäú ÚóÈúÏõ Çááøóåö Èúäõ ÈöÔúÑò ÇáúÎóËúÚóãöíøõ Úóäú ÃóÈöíåö Ãóäøóåõ ÓóãöÚó ÇáäøóÈöíøó Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó íóÞõæáõ áóÊõÝúÊóÍóäøó ÇáúÞõÓúØóäúØöíäöíøóÉõ ÝóáóäöÚúãó ÇáúÃóãöíÑõ ÃóãöíÑõåóÇ æóáóäöÚúãó ÇáúÌóíúÔõ Ðóáößó ÇáúÌóíúÔõ

Ertinya : “ Drp Saidina Abdullah r.a Bin Saidina Bisyr r.a , drp ayahnya , sesungguhnya dia pernah mendengar Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : { “ Bandar Konstantinopel akan dibuka , maka di waktu itu ianya akan diperintah oleh sebaik-baik pemerintah dan tentera terbaik adalah tentera yang membuka Bandar tersebut “ . ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad al-Kufiyin .

Penjelasan :

Hadis ini merupakan salah-satu daripada tanda kebenaran Baginda Rasulullah s.a.w itu sebagai seorang utusan Allah Ta’ala yang dikurniakan dengan berbagai mukjizat .

Apa yang disabdakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w itu benar-benar menjadi kenyataan apabila Bandaraya Konstantinopel telah berjaya ditawan oleh tentera Islam di bawah pemerintahan Al-‘allamah Sultan Muhammad II yang lebih dikenali sebagai “ Sultan Muhammad al-Fateh “ ( 29 . Mac . 1432m – 3 . Mei . 1481 m ) . Baginda rh merupakan salah seorang pemerintah Empayar Utsmaniah ( Ottoman ) Turki yang paling terkenal . Gelaran “ al-Fateh “ itu diberikan lantaran kepada baginda rh kerana bagindalah “ pembuka “ ataupun “ pengasas “ Bandaraya tersebut .

Konstantinopel sebelum itu adalah Ibu Negara bagi Empayar Byzantine ( Rom Timur ) , manakala Rom Barat pula berpusat di Rom ( Ibu negara Itali sekarang ) . Peristiwa agung ini berlaku di dalam lipatan sejarah gemilang umat Islam pada 29 Mei 1453 M . Dan setelah ditakluk Bandaraya Konstantinopel , maka bandaraya itu pun ditukar namanya kepada “ ISLAMBUL “ ( Bermakna : Islam Keseluruhan ataupun Bandaraya Islam ) yang kemudiannya disebut dengan loghat mereka sebagai “ ISTANBUL “ .

Di dalam hadist yang sama yang menceritakan perihal di atas , Baginda Rasulullah s.a.w juga telah menyatakan bahawa selepas umat Islam berjaya menawan Kota Konstantinopel , maka umat Islam akan menguasai pula Kerajaan Rom . Apakah maksudnya ini ? .

Ada sebahagian umat Islam yang mengatakan bahawa kita sebenarnya telah berjaya menguasai Kerajaan Rom , iaitu apabila Islam di zaman para sahabat r.a ( Khulafa’ Rasyidin r.a ) telah berjaya membebaskan Syam ( Palestin , Utara Jordan , Lubnan dan Syiria ) daripada cengkaman Kaisar ( Raja ) Rom .

Selain itu, umat Islam sendiri telah berjaya menawan Cyprus ( yang sekarang dipunyai oleh Turki dan Greece ) sebagai mana di dalam hadis yang menerangkan di manakan seorang sahabiah ( sahabat drp kalangan wanita ) yang bernama Saiyidah A-Ghumaisa’ yang dikenali sebagai “ Ummu Haram “ ( ibu saudara kepada Saidina Anas Bin Malik ) r.a akan mati di Cyprus ketika tentera Islam menakluknya , dan selepas peristiwa itu , umat Islam akan sekali berperang dengan menggunakan kapal laut dan menawan Bandar Maharaja Rom iaitu di Konstantinopel .

( 2 ) ~ Hadis Kedua :

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :


Ãóæøóáõ ÌóíúÔò ãöäú ÃõãøóÊöí íóÛúÒõæäó ÇáúÈóÍúÑó ÞóÏú ÃóæúÌóÈõæÇ ÞóÇáóÊú Ãõãøõ ÍóÑóÇãò ÞõáúÊõ íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóåö ÃóäóÇ Ýöíåöãú ÞóÇáó ÃóäúÊö Ýöíåöãú Ëõãøó ÞóÇáó ÇáäøóÈöíøõ Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Ãóæøóáõ ÌóíúÔò ãöäú ÃõãøóÊöí íóÛúÒõæäó ãóÏöíäóÉó ÞóíúÕóÑó ãóÛúÝõæÑñ áóåõãú ÝóÞõáúÊõ ÃóäóÇ Ýöíåöãú íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóåö ÞóÇáó áóÇ

Ertinya : “ Tentera yang pertama daripada umatku akan berperang melalui laut , dan wajiblah mereka itu mendapat syurga “ . Saiyidah Ummu Haram r.a bertanya : “ Wahai saya nanti akan berada di kalangan tentera itu ? “ . Jawab Baginda s.a.w : “ Ya ! , mak cik akan bersama-sama dengan mereka “ .

Kemudian ( selepas Baginda bermimpi sekali lagi ~ menurut hadist lain di akhir syarah Hadis 6283 drp kitab Fathul Bary , dan Hadis ke- 2799 & 2800 oleh al-Imam al-Bukhari di dalam kitab al-Jihad , Bab : Fadhul Man Yasro’ Fi SabililLah Famata Fahuwa Minhum ) Baginda s.a w pun bersabda lagi : “ Tentera yang mula-mula sekali daripada kalangan umatku yang akan menawan kota kepunyaan Kaisar ( Maharaja ) Rom adalah golongan yang diampun dosa-dosa mereka “ . Saiyidah Ummu Haram r.a bertanya lagi : “ Adakah saya akan bersama-sama pula tentera itu ? “ . Jawab Baginda Rasulullah s.a.w : “ Tidak ! “ . ~ Sahih al-Bukhari 3 / 232 , Kitab al-Jihad , Bab : Ma Qila Fi Qital ar-Rum . ( Lihat juga : NIHAYAH BIDAYAH an-NIHAYAH @ AL-BIDAYAH WAN NIHAYAH { Bhg Akhir } : Oleh : AL-Imam al-‘Allamah Ibnu Katsir rh , Jilid ke-10 , halaman 10 , Terbitan : Darul Fikr , Beirut 1998 & MUKJIZAT ar-RASUL ALLATI ZOHARAT FI AIYAMINA ~ Oleh : Syaikhuna al-Jalil Dr. Abdul Muhdi Abdul Hadi , Jilid 1 , halaman 48 – 49 , Terbitan : Maktabah al-Iman , Agouza ~ 2001 .} .

Apa yang dinyatakan memang benar-benar berlaku . Saiyidah Ummu Haram ra telah ke Cyprus bersama-sama tentera Islam di bawah pimpinan Saidina Mu’awiyah r.a di era pemerintahan Saidina ‘Utsman Bin al-‘Affan r.a ( tahun ke-28 hjirah ) dan di sanalah beliau r.a telah menemui syahid di jalan Allah Ta’ala .

Disebabkan Cyprus pada waktu iti di bawah taklukan Empayar Rom di Itali , maka sebahagian umat Islam pun mengatakan bahawa : “ Kita memang telah pun menguasai Rom “ .

Itu adalah pendapat mereka . Dan saya KURANG BERSETUJU dengan pendapat tersebut kerana walaupun benar Cyprus itu adalah sebahagian drp Rom , akan tetapi ia bukanlah Rom yang dikehendaki di dalam hadis tersebut . Rom di dalam hadis di atas ialah Rom yang menjadi ibu negara Itali sekarang ( dan juga bukannya Romania yang diperintah oleh komunis . Sila pelajari kembali Ilmu Geografi ) .

Menurut saya ( sekadar sedikit ilmu yang saya miliki ini ) , kalaulah benar dakwaan di atas, maka apakah gunanya Baginda Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa umat Islam selepas menawan Konstantinople , mereka kelak akan menawan pula Rom ? . Bukankah Konstantinopel itu sendiri adalah sebahagian daripada Rom di waktu itu sebagaimana juga Pulau Cyrpus ? .

Yang jelas , Rom yang dimaksudkan ialah Rom yang menjadi ibu negara Itali sekarang . Dan Rom itu masih belum dapat kita jajah sampai ke hari ini . :smirk:

Dan janji Baginda Rasulullah s.a.w itu tetap akan menjadi realiti ( percayalah ! ) . Dan perkara itu akan menjadi kenyataan di saat umat Islam makin dekat dengan peristiwa qiamat ( sebagai mana akan dinyatakan di dalam hadist berikut ini ) .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

( 3 ) ~ Hadis Ketiga :

Hadis ini saya petik kembali daripada Sabda Baginda Rasulullah s.a.w yang telah saya nyatakan di dalam SJ – 2445 : HADIS – HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN . Ini demi memudahkan kepada sidang pembaca yang budiman memahami “ duduknya “ permasalahan yang sedang kita bincangkan ini . :

Baginda Rasulullah s.a.w ada bersabda :


Ëã ÓÊÕÇáÍæä ÇáÑæã ÕáÍÇ ÂãäÇ ÍÊì ÊÛÒæÇ ÃäÊã æåã ÚÏæÇ ãä æÑÇÆåã ÝÊäÕÑæä æÊÓáãæä æÊÛäãæä ÍÊì ÊäÒáæÇ ÈãÑÌ ÝíÞæá ÞÇÆá ãä ÇáÑæã ÛáÈ ÇáÕáíÈ æíÞæá ÞÇÆá ãä ÇáãÓáãíä Èá Çááå ÛáÈ æíÊÏÇæáæäåÇ æÕáíÈåã ãä ÈÚíÏ ÝíËæÑ Åáíå ÑÌá ãä ÇáãÓáãíä ÝíÏÞå æíËæÑæä Åáì ßÇÓÑ ÕáíÈåã ÝíÖÑÈæä ÚäÞå æíËæÑ ÇáãÓáãæä Åáì ÃÓáÍÊåã ÝíÞÊÊáæä ÝíßÑã Çááå Êáß ÇáÚÕÇÈÉ ÈÇáÔåÇÏÉ ÝíÃÊæä ãáßåã ÝíÞæáæä ßÝíäÇß ÌÒíÑÉ ÇáÚÑÈ ÝíÌÊãÚæä ááãáÍãÉ ÝíÃÊæä ÊÍÊ ËãÇäíä ÛÇíÉ ÊÍÊ ßá ÛÇíÉ ÇËäÇ ÚÔÑ ÃáÝÇ

Ertinya : (( …” kemudian kamu akan berbaik-baik dengan Bangsa Rom dan kamu serta Rom akan memerangi musuh di belakang mereka . Lalu kamu akan menang , berasa aman dan memperolehi harta ghanimah , sehinggalah apabila kamu sampai ke sebuah taman yang luas , nanti akan ada seorang drp pihak Rom : “ Salib telah menang “ , manakala seorang pula drp tentera Islam akan berkata : “ Bahkan sebenarnya Allah lah yang telah menang “ .

Pasukan Rom itu tadi terus-menerus mengucapkan ucapan itu dan mengangkat salib mereka drp jauh , sehinggalah seseorang daripada pihak tentera Islam marah lalu menerpa kepada si lelaki ( Rom ) yang memegang salib itu dan membunuhnya . Lelaki Islam itu pula dibunuh oleh mereka drp pasukan Rom .

Kemudian , tentera Islam pula segera mencapai senjata-senjata mereka dan memerangi Rom pula sehinggalah tentera Islam itu diberikan kemulian oleh Allah Ta’ala dengan anugerah mati syahid .

Pasukan Rom selepas itu pun balik dan menemui raja mereka dan berkata : “ Kami dah takluk Tanah Arab untuk tuanku ! “ .

Kemudian , tentera Rom itu pula berkumpul untuk menghadapi satu peperangan yang besar ( seperti Armageddon ~ menurut lagenda mereka ) dan akan datanglah mereka sebanyak 80 pasukan dan setiap pasukan itu ada 12, 000 tentera “ ~ Sahih al-Imam Ibnu Hibban rh , No. Hadist : 6709 , Halaman : 102 , Jilid : 15 , Terbitan : Muassasah ar-Risalah, Beirut ( 1993 ) .

Lihat juga : NIHAYAH BIDAYAH an-NIHAYAH @ AL-BIDAYAH WAN NIHAYAH { Bhg Akhir } : Oleh : AL-Imam al-‘Allamah Ibnu Katsir rh , Jilid ke-10 , halaman 59 , Terbitan : Darul Fikr , Beirut 1998 { Bab : Zikr Qitali al-Malhamah Ma’a ar-Rum Alladzi Akhiruh Fath al-Qostontiniyah } .

Untuk keterangan lanjut sila RUJUK KEMBALI kepada : SJ – 2445 : HADIS – HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

( 4 ) ~ Hadis Keempat :

Hadis ini saya petik kembali daripada Sabda Baginda Rasulullah s.a.w yang telah saya nyatakan di dalam SJ – 2445 : HADIS – HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN . Iaitu pada hadist & perbicaraan yang ke-6 :

Dalil bahawa Bandaraya Konstantinopel ( Istanbul ) akan ditawan semula oleh tentera Islam yang beriman di saat hampir benar dengan qiamat .

Baginda Rasulullah s.a.w ada bersabda :


Úóäú ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó Ãóäøó ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó áóÇ ÊóÞõæãõ ÇáÓøóÇÚóÉõ ÍóÊøóì íóäúÒöáó ÇáÑøõæãõ ÈöÇáúÃóÚúãóÇÞö Ãóæú ÈöÏóÇÈöÞò ÝóíóÎúÑõÌõ Åöáóíúåöãú ÌóíúÔñ ãöäó ÇáúãóÏöíäóÉö ãöäú ÎöíóÇÑö Ãóåúáö ÇáúÃóÑúÖö íóæúãóÆöÐò ÝóÅöÐóÇ ÊóÕóÇÝøõæÇ ÞóÇáóÊö ÇáÑøõæãõ ÎóáøõæÇ ÈóíúäóäóÇ æóÈóíúäó ÇáøóÐöíäó ÓóÈóæúÇ ãöäøóÇ äõÞóÇÊöáúåõãú ÝóíóÞõæáõ ÇáúãõÓúáöãõæäó áóÇ æóÇááøóåö áóÇ äõÎóáøöí Èóíúäóßõãú æóÈóíúäó ÅöÎúæóÇäöäóÇ ÝóíõÞóÇÊöáõæäóåõãú ÝóíóäúåóÒöãõ ËõáõËñ áóÇ íóÊõæÈõ Çááøóåõ Úóáóíúåöãú ÃóÈóÏðÇ æóíõÞúÊóáõ ËõáõËõåõãú ÃóÝúÖóáõ ÇáÔøõåóÏóÇÁö ÚöäúÏó Çááøóåö æóíóÝúÊóÊöÍõ ÇáËøõáõËõ áóÇ íõÝúÊóäõæäó ÃóÈóÏðÇ ÝóíóÝúÊóÊöÍõæäó ÞõÓúØóäúØöíäöíøóÉó ÝóÈóíúäóãóÇ åõãú íóÞúÊóÓöãõæäó ÇáúÛóäóÇÆöãó ÞóÏú ÚóáøóÞõæÇ ÓõíõæÝóåõãú ÈöÇáÒøóíúÊõæäö ÅöÐú ÕóÇÍó Ýöíåöãõ ÇáÔøóíúØóÇäõ Åöäøó ÇáúãóÓöíÍó ÞóÏú ÎóáóÝóßõãú Ýöí Ãóåúáöíßõãú ÝóíóÎúÑõÌõæäó æóÐóáößó ÈóÇØöáñ ÝóÅöÐóÇ ÌóÇÁõæÇ ÇáÔøóÃúãó ÎóÑóÌó ÝóÈóíúäóãóÇ åõãú íõÚöÏøõæäó áöáúÞöÊóÇáö íõÓóæøõæäó ÇáÕøõÝõæÝó ÅöÐú ÃõÞöíãóÊö ÇáÕøóáóÇÉõ ÝóíóäúÒöáõ ÚöíÓóì ÇÈúäõ ãóÑúíóãó Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÝóÃóãøóåõãú ÝóÅöÐóÇ ÑóÂåõ ÚóÏõæøõ Çááøóåö ÐóÇÈó ßóãóÇ íóÐõæÈõ ÇáúãöáúÍõ Ýöí ÇáúãóÇÁö Ýóáóæú ÊóÑóßóåõ áóÇäúÐóÇÈó ÍóÊøóì íóåúáößó æóáóßöäú íóÞúÊõáõåõ Çááøóåõ ÈöíóÏöåö ÝóíõÑöíåöãú Ïóãóåõ Ýöí ÍóÑúÈóÊöåö

Ertinya : Drp Saidina Abu Hurairah ra , Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda : (( “ Tidaklah akan berlaku qiamat sehinggalah Bangsa Rom sampai di al-A’amaq ataupun dikenali sebagai Dabiq ~ di Syiria . Lalu akan datanglah kepada mereka sepasukan tentera muslimin drp al-Madinah al-Munawwarah yang mana mereka itu adalah sebaik-baik manusia pada waktu itu . Apabila pasukan muslimin dan Rom saling berhadapan , maka berkatalah Rom : “ Biarlah kami wahai orang-orang Islam membunuh beberapa orang Islam yang telah pun membunuh dan memenjarakan beberapa orang kami ! “ . Umat Islam pun menjawab : “ Tidak ! , Demi Allah , kami sekali-kali tidak akan menyerahkan saudara-saudara kami itu kepada kamu . “ . Maka umat Islam itu pun terus memerangi Rom. Satu pertiga daripada jumlah tentera muslimin itu telah kalah sehingga Allah tidak menerima taubat mereka selama-lamanya ~ disebabkan mereka lari drp medan pertempuran . Satu pertiga lagi daripada tentera umat Islam terbunuh dan mereka inilah para syuhadak di sisi Allah . Manakala satu pertiga lagi tentera Islam akan menang di dalam pertempuran itu dan mereka tidaklah akan terpedaya dengan segala bentuk fitnah ( cubaan ) selama-lamanya . Maka mereka inilah yang akan membuka ( sekali lagi ) Bandar Konstantinopal ( Istanbul ) .

Sedang tentera muslimin itu sibuk membahagi-bahagikan harta ghanimah dan mengantung pedang-pedang mereka di pohon-pohon zaitun , tiba-tiba datanglah syaitan lalu bertempik kepada mereka : “ Dajjal telah menuju kepada anggota keluarga kamu semua di belakang kamu “ . Lalu tentera Islam pun keluar menuju ke arah keluarga-keluarga mereka dan kata-kata syaitan tadi adalah palsu .

Apabila tentera muslimin sampai di Syam , keluarlah Dajjal . Dan tatkala tentera muslimin bersiap-sedia untuk memerangi Dajjal dan membetulkan barisan , maka tiba-tiba dilaungkan iqamat , maka turunlah selepas itu Nabi Isa anak Maryam a.s , lalu Baginda a.s menjadi imam sembahyang bagi umat Islam .

Apabila musuh Allah ( Dajjal ) melihatnya ( Nabi Isa a.s ) , kecut-perutlah dia seumpama hancurnya garam di dalam air . Kalau dibiarkan terus dia ( Dajjal ) berkeadaan begitu , dia akan mati ( sebab takut nak mampus ) , akan tetapi Allah telah membunuhnya ( Dajjal ) dengan dihantarnya Nabi Isa a.s . Akhirnya , Nabi Isa a.s pun menunjukkan darah Dajjal itu dihujung tombaknya kepada umat Islam “ ~ Hadist diriwayatkan oleh al-Imam Muslim rh ( Kitab al-Fitan :6329 )

Untuk keterangan lanjut sila RUJUK KEMBALI kepada : SJ – 2445 : HADIS – HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN Iaitu hadist & perbicaraan yang ke-6 .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

RINGKASAN HADIST 1 – 4 DI ATAS :

Hadis Pertama : Terserlahnya lagi kebenaran sabda Baginda Rasulullah s.a.w apabila berjayanya umat Islam menawan Kota Konstaninopel yang merupakan cawangan Empayar Rom pada 29 Mei , 1453 M di bawah pimpinan al-‘Allamah Sultan Muhammad al-Fateh rh .

Hadis Kedua : Terserlahnya lagi kebenaran sabda Baginda Rasulullah s.a.w apabila berjayanya umat Islam menawan Pulau Cyprus yang juga merupakan jajahan taklukan Empayar Rom sebelum itu . Dan di dalam peristiwa ini ( tahun 28 hijrah ) telah syahidnya Saiyidah Ummu Haram r.a .

Hadis Ketiga : Di akhir zaman kelak , umat Islam akan berbaik-baik dengan Rom untuk menghadapi satu musuh lain . Kemudian terjadinya pula peperangan di antara umat Islam dengan Rom sehingga akhirnya umat Islam berjaya menguasai Kerajaan Rom .

Hadis Keempat : Kota Istanbul yang sebelum ini dikenali sebagai Konstantinopel akan dikuasai semula oleh tentera Islam yang beriman . Ini merupakan salah-satu tanda besar berlakunya qiamat kelak .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

KESIMPULAN JAWAPAN :

Kembali kita kepada soalan Abang Khiruslan :

Merujuk kepada SJ – 2445: HADITH AKHIR ZAMAN, bagaimana pula Hadith yang mengatakan umat Islam akan menguasai Rome (iaitu setelah mereka berjaya menguasai Konstaninopel-Istanbul) dapat diharmonikan dengan hadith yang mengatakan umat Islam akan berperang dengan Rom (jika dimaksudkan dgn bangsa Rome)?

Maka jawapannya :

Hadis yang menyatakan bahawa umat Islam akan membuka Konstantinopel telah pun itu menunjukkan di antara peristiwa-peristiwa awal yang akan dilakukan oleh umat Islam .

Manakala hadis yang menerangkan bahawa umat Islam umat Islam akan bersekutu dengan Rom kemudian akan berperang menentang mereka pula ialah setelah Konstantinopel ( Istanbul sekarang ) berjaya ditawan kembali ( kali kedua ) oleh tentera Islam yang beriman . Dan ini akan berlaku di saat kita benar-benar hampir dengan kehancuran alam ( qiamat ) .

Oleh itu jelaslah sekarang , sebenarnya TIDAK ADA PERTENTANGAN di antara hadis-hadis yang dinyatakan itu .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
27 / Safar / 1424 H
29 / April / 2003 M
2.14 Pagi

SELASA – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum