000009: SJ-Puasa: Hadis fadhilat Tarawih: Sedutan dari Islah

1 post / 0 new
zain-ys's picture
Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
000009: SJ-Puasa: Hadis fadhilat Tarawih: Sedutan dari Islah

Hadis Fadhilat Tarawih: Sedutan dari Islah-net
(Perhatian: Harap Hadis ini tidak disebarkan)
> Assalamu'alaikum
>
> Saya ingin bertanya kepada netters tentang perawi dan
> taraf hadis mengenai fadhilat solat terawih di bulan
> Ramadhan.
>
> Saya ada membaca mengenai fadhilat ini di dalam
> sebuah buku tapi tidak disertakan pula perawinya.
>
> Adakah hadis mengenainya sahih ?
> Adakah perkara ini bid'ah ?
>
> Please clarify bagi mereka yang tahu.
>

Assalamualaikum Saudara/i Wan dan para netters sekalian,

Saya juga sering tertanya-tanya tentang taraf hadith ini yang digunakan dengan meluasnya tapi tidak pernah dinyatakan siapakah perawinya atau tarafnya.

Minggu lepas saya telah berpeluang bertanya perkara ini kepada panel forum perdana yang telah diadakan di TNB HQ. Soalan saya telah dijawab oleh Dr. Marsyitah (UIA).

Jawapannya begini: Hadith ini telah disampaikan daripada Rasulullah kepada Sayidina Ali dan tiada sahabat lain yang mendengarnya. It is what is called as Hadith Muqrat. Walaupun ia bukan hadith sahih, ia diterimapakai atas peribadi Sayidina Ali yang mulia dan kerana ia tiada kena mengena dengan persoalan aqidah.

Itu sahaja jawapannya. Mungkin netters lain boleh memberi penjelasan lebih lanjut. Tapi pokok pangkal ibadat kita ialah untuk menzahirkan ubuddiah dan cinta kepada Allah serta untuk mendapat keredhaanNya. That reason is more important than 'mendapat pahala seumpama orang yang membaca kitabTAurat Injil, Zabur, dan Quran' atau "dibuka peluang baginya berdoa sebanyak 24 kali yang akan dimakbulkan oleh Allah.'

Wallahu a'lam.

Subject: [islah-net] Re: Fadhilat Terawih
Date: Mon, 21 Dec 1998 22:42:00 +0200
From: badiuz
To: [email]islah-net@onelist.com[/email]

Assalamualaikum w.b.t

Hadis di bawah ni..hadis maudhu', hadis rekaan. Kalau silap harap betulkan.

Sekian. Wallahua'lam.
badiuz

Kelebihan Sembahyang Sunat Terawih
Diriwayatkan oleh Saidina Ali daripada Rasulullah s.a.w. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi s.a.w.
mengenai fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat Terawih pada bulan Ramadhan.

Malam pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan
daripada Allah.

Malam kedua: Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka
orang yang beriman).

Malam ketiga: Berseru malaikat di bawah arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah
mengampunkan dosa engkau.

Malam keempat: Memperoleh pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Injil, Zabur
dan Al-Quran.

Malam kelima: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil
Aqsa.

Malam keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70,000 malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam ketujuh: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi a.s. menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamam.

Malam kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi
Ibrahim a.s.

Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Malam 10: Allah s.w.t. mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11: Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12: Datang ia pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13: Datang ia pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14: Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari kiamat.

Malam 15: Semua malaikat yang menanggung arasy, kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16: Allah s.w.t. tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam 17: Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak-banyak pahala Nabi-nabi.

Malam 18: Seru malaikat: Hai hamba Allah! Sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih
hidup atau mati).

Malam 19: Allah s.w.t. tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.

Malam 20: Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21: Allah binakan sebuah istana di dalam syurga daripada Nur.

Malam 22: Datang ia pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tiada dalam keadaan huru-hara di
padang Mahsyar)

Malam 23: Allah s.w.t. binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada Nur.

Malam 24: Allah buka peluang dua puluh empat doa yang mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini (elok
sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25: Allah Ta'ala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26: Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama empat puluh tahun ibadat.

Malam 27: Allah kurniakan kepada orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratal Mustaqim
seperti kilat menyambar.

Malam 28: Allah s.w.t. kurniakan kepadanya seribu darjat di akhirat.

Malam 29: Allah s.w.t. kurniakan kepadanya pahala seribu kali haji yang mabrur.

Malam 30: Allah s.w.t. beri penghormatan pada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali,
lalu berfirman yang bermaksud: Hai hambaKu! Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin makan di dalam syurga
dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kauthar.

Subject: [islah-net] Re: Fadhilat Terawih
Date: Wed, 23 Dec 1998 07:45:25 +0300
From: aL-AHKAM online
Organization: MAKTABAH Enterprise
To: [email]islah-net@onelist.com[/email]

From: aL-AHKAM online

>
> Saya juga sering tertanya-tanya tentang taraf hadith ini yang digunakan
> dengan meluasnya tapi tidak pernah dinyatakan siapakah perawinya atau
> tarafnya.
>
> Minggu lepas saya telah berpeluang bertanya perkara ini kepada panel
> forum perdana yang telah diadakan di TNB HQ. Soalan saya telah dijawab
> oleh Dr. Marsyitah (UIA).
>
> Jawapannya begini: Hadith ini telah disampaikan daripada Rasulullah
> kepada Sayidina Ali dan tiada sahabat lain yang mendengarnya. It is what
> is called as Hadith Muqrat. Walaupun ia bukan hadith sahih, ia
> diterimapakai atas peribadi Sayidina Ali yang mulia dan kerana ia tiada
> kena mengena dengan persoalan aqidah.

(Walaupun ia bukan hadith sahih, ia diterimapakai atas peribadi Sayidina Ali yang mulia dan kerana ia tiada kena mengena dengan persoalan aqidah.)

Komen aL-AHKAM online:
Jika hadis tersbt bukan hadis sahih, bermakna sanadnya ada masalah atau matannya ada yang cacat. Jika sanadnya bermasalah bermakna ia tidak sampai kepada Rasulullah s.a.w. Bahkan tidak sampai juga kepada Ali r.a. Natijahnya: Hadis berkenaan tidak dapat diterima, sekalipun ia mengatasnamakan Rasulullah s.a.w atau Ali r.a. atau lain-lain.

Bagaimana ia dapat kita terimapakai atas peribadi Ali r.a. sedangkan sanadnya bermasalah? Atau matannya?

Jika matannya yang cacat, ini sudah jelas tidak dapat dipakai.

[Hadith Muqrat =???!]

Hadis fadilat tarawih telah saya dapati ada di dalam kitab Durratun Nasihin, hal. 19, cetakan Darul Fikri Beirut. Iaitu kitab yang pernah dijadikan rujukan isu `mayat jadi babi'. Sebagaimana kaburnya `hadis mayat jadi babi' begitu juga dengan hadis
fadilat tarawih.

Saya telah salinkan secara penuh nash hadis berkenaan di:
http://ahkam.hypermart.net/f_tarawih.htm

Terjemahannya saya copy & paste dari posting badiuz

Hadis mayat jadi babi:
http://ahkam.hypermart.net/soaljawab/soaljawab124.htm

---------------
> kerana ia tiada
> kena mengena dengan persoalan aqidah.

Komen aL-AHKAM online:
Tidak kira samada soal aqidah ataupun soal hukum fikah atau fadhilat amal, jika hadis itu dhaif, tidak boleh diriwayatkan sesuka hati. Jika mahu juga meriwayatkan, hendaklah disebutkan cacat celanya. Jika tidak, haram.

Memang ada disebutkan bahawa mubtadi' dlm bidang hadis boleh meriwayatkan hadis yang masih tidak diketahui rijalul hadisnya (spt yg kita hadapi skrg), tetapi hendaklah menggunakan `sighat tamridh', spt "diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. begini..." Jika kita terima ini, maka tidak mengapa bagi orang yang mengerti dalam bidang hadis, kerana mereka tahu jika begitu cara periwayatannya bermakna tidak diketahui rijalnya lagi.

Tetapi bagi orang awam, jika kita menggunakan `sighat tamridh', maka mereka akan terus menganggapnya bahawa ia sudah pasti dari Rasulullah s.a.w.

Jika utk fadhai'l a'mal, memang sebahagian ulamak membenarkannya tetapi bukan secara mutlak tetapi dengan beberapa syarat yg ketat.

-----------
Saya berharap, sesiapa yang punya kelengkapan rujukan, sila buat takhrij terhadap hadis ini. Kerana penyebarannya begitu menyeluruh sedangkan statusnya masih kabur.

Hati-hati...

thtl sila tambah komen ini jika ada.

Sekian
zain y.s
aL-AHKAM online

Subject: [islah-net] Re: Fadhilat Terawih
Date: Wed, 23 Dec 1998 21:56:04 +0800
From: TuanHassan Tn-Lah
Organization: Change Mgmt, Telekom M'sia
To: [email]zainys@pd.jaring.my">zainys@pd.jaring.my
CC:

Berbalik kepada hadith popular bulan Ramadhan (fadha-il Malam-malam Tarawikh Imam Ali) gagal melepasi neraca pertama: tidak thabit atau tidak disahihkan oleh mana-mana Imam Hadith. Tanyalah kepada mana-mana ahli hadith dan sudah pasti dia
tidak akan jumpa hadith tersebut dalam Kutub asSittah (kitab hadis yang enam):
Bukhari, Muslim, atTurmudzi, Abu Daud, anNasa'iy dan Sunan Ibn Majah. Manakala ia tidak menepati neraca # 2, yakni bercanggah dengan kefahaman sebenar tentang tasawwur puasa dan tidak sesuai dengan nilai keilmuan dalam Islam. Puasa dalam Islam yang dijelaskan oleh sumber yang sahih ialah sebagai salah satu jalan kepada taqwa. Taqwa itulah objektif puasa dan taqwalah jalan kemenangan dan kejayaan umat Islam dunia dan akhirat. Metod fadhilat adalah untuk mereka yang lemah akalnya dan masih kebudak-budakan yang amat terangsang dengan fadhilat dan kebendaan.

Hadis ini kemungkinan direka oleh Syi'ah untuk menonjolkan maqam ketinggian Ali KW yang di dakwa oleh Imam-imam Syi'ah banyak menerima hadis-hadis khusus yang tidak pernah diriwayatkan oleh sahabat-sahabat lain.

Hadis ini juga bertujuan memikat golongan awam yang jahil dengan pelbagai kisah dan riwayat. ia direka oleh penglipurlara jahat supaya masyarakat jahil terpukau dan asyik mendengar ceritanya. Penglipurlara ini giat aktif di zaman Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Hadis ini juga mungkin direka oleh ahli zuhud dan tasawwuf yang menyeleweng bertujuan membangkitkan keghairahan orang awam yang jahil supaya giat beribadat tanpa ilmu.

Demikianlah penjelasan AsSyaikh Mustafa asSiba'iy dalam kitabnya asSunnah dan Imam Jalaluddin asSyuyuti (Tahdzirul Khawasy min akazibil Qasyasy).

Maka jauhilah dan tegahlah pengedaran hadis fadhail tarawikh Ramadhan tersebut dan gunalah neraca-neraca ini bila kita didatangkan dalil dalam bentuk hadis. Terlebih dahulu pastikan kesahihannya. Ingatlah amaran baginda,"sesiapa yang merekacipta hadis atas namaku, maka dia telah menempah tempat diNeraka."

sekian
thtl