Quote:
Assalamualaikum wbt
Di sini saya ingin bertanya soalan iaitu apakah hukumnya memakan perut ikan, jikalau haram, bagaimana dengan ikan masin/jeruk/pekasam yang mana semasa proses pembuatannya ada yang tidak membuang perutnya, apakah hukumnya?
Sekian teriam kasih
Najis ikan menurut jumhur fuqaha' adalah tidak najis. Imam Malik misalnya berpendapat najis binatang yang halal dagingnya tidak najis, termasuk najis ayam dan lembu atau unta. Manakala haram menurut madzhab Syafi'iy. Dalam hal ini, ikan masin dan jeruk yang tidak dibuang perut boleh di makan, caranya sebelum di makan, buanglah perutnya dan basuh, kemudian di tos dan di manfa'atkan seperti biasa. Proses penggaraman telah menghilangkan kenajisannya.