000010: SJ-Puasa: Solat Tarawih seorang diri

1 post / 0 new
zain-ys's picture
Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
000010: SJ-Puasa: Solat Tarawih seorang diri

Solat Tarawih seorang diri

Nama penuh: SITI AMINAH MOHAMAD
E-email: [email]irene@kempen.gov.my[/email]
Assalammualaikum!

Bagaimanakah cara yang terbaik untuk melakukan Solat Tarawih seorang diri? Apakah kita harus melakukannya sepertimana bila kita berjemaah? Bilal menyebut, makmum menjawab? Atau cara yang lain?

Sekian, terima kasih.

Jawab
Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Boleh lakukan sebagaimana bila kita berjamaah. Iaitu sembahyang dua rakaat dua rakaat.

Masalah: Bilal menyebut, makmum menjawab? Atau cara yang lain?
Jawab: Ini adalah masalah membaca zikir atau selawat pada perceraian antara dua rakaat atau empat rakaat. Boleh dilakukan jika mahu. Ia bukan sebahagian dari syarat atau rukun sembahyang tarawih. Sila lihat penjelasan di:
http://ahkam.hypermart.net/soaljawab/soaljawab285.htm

Masalah: Berapa rakaat?
Jawab: 20 rakaat. Ada yang mengatakan 11 rakaat termasuk satu rakaat witir. Ada yang menyebutkan 8 rakaat kemudian berwitir.

Masalah: Surah yang perlu dibaca?
Jawab: Menurut Sayid Sabiq, tidak ada satu ketentuan dari nabi s.a.w. mengenai surah-surah khusus untuk dibaca di dalam sembahyang tarawih. Cuma ada dinukilkan dari kalangan salaf bahawa mereka membaca sebanyak 200 ayat. Ada yang membaca surah al-Baqarah sehingga selesai dalam lapan rakaat.

Imam Ahmad mengatakan hendaklah dibaca yang ringan sewaktu bersembahyang dengan orang ramai, jangan diberat-beratkan terutama pada waktu malam yang pendek masanya.

Al-Qadhi mengatakan, tidak bagus jika bacaa al-Quran itu kurang dari sekali khatam dalam sebulan. Tidak baik juga melebih had itu kerana akan memberatkan makmum.
(Lihat feqh sunnah, saiyid Sabiq)

Jika tidak mampu melakukan spt di atas, terpulang, kerana ia adalah soal keutamaan sahaja.
-----------------
Sekian, Wallahu a'lam.
zain y.s

Rujukan:
Feqhus Sunnah