012. Kitab: Binatang Buruan dan Sembelihan

Primary tabs

012. Kitab: Binatang Buruan dan Sembelihan

 (1) Binatang yang dapat disembelih, maka penyembelihannya adalah pada halqumnya dan leher bawahnya. Dan binatang yang tidak dapat disembelih, maka penyembelihannya adalah dengan melukakannya dimana saja yang dapat dilukai.


(2) Dan kesempurnaan penyem­belihan itu dengan empat perkara, iaitu:

 1. Memutuskan halqum, (saluran keluar masuk pernafasan)

 2. Memutuskan urat mari’ (saluran laluan makan dan minum),

 3. Memutuskan urat leher kanan.

 4. Memutuskan urat urat leher kiri.


(3) Dan memadai sah penyembelihan dengan dua perkara:

 1. Memutuskan halqum,

 2. Memutuskan urat mari’.


(4) Dan dibenarkan berburu dengan semua binatang perburuan yang terlatih samada dari binatang buas ataupun unggas.


(5) Syarat-syarat bintang itu dikatakan telah terlatih ada empat, iaitu:

 1. Bahawa apabila binatang itu diberi arahan, ia menerima arahan berkenaan,

 2. Apabila binatang itu dilarang, ia menerima arahan larangan berkenaan.

 3. Apabila binatang itu membunuh buruan, ia tidak memakannya sedikitpun,

 4. Dan hendaklah latihan itu diberikan berulang kali.


(6) Jika kurang salah satu dari syarat-syarat tersebut, maka binatang yang ditangkapnya itu tidak halal, kecuali jika ia diperolehi dalam keadaan hidup, lalu disembelih.


(7) Dibenarkan menyembelih menggunakan apa sahaja yang dapat melukakan, melainkan gigi dan kuku.


(8) Halal sembelihan setiap orang Islam dan Ahli Kitab. Tidak halal sembelihan orang Majusi dan penyembah berhala.


(9) Penyembelihan janin memadai dengan penyembelihan ibunya, melainkan jika janin itu didapati masih hidup, maka hendaklah disembelih.


(10) Segala yang terpotong semasa bintang itu masih hidup, maka ia dihukum sebagai bangkai, melainkan bulu yang dimanfaatkan untu permaidani, pakaian dan sebagainya.