012.1. (Fasal:) Binatang Yang Halal dan Haram

Primary tabs

(1) Setiap binatang yang diakui/dianggap baik oleh orang Arab adalah halal, kecuali binatang yang diharamkan oleh syarak. Setiap binatang yang diakui/dianggap jijik oleh orang Arab adalah haram, kecuali binatang yang dihalalkan oleh syarak.

 


 

(2) Diharamkan binatang buas yang mempunyai taring yang kuat untuk menangkap mangsa. Dan diharamkan juga jenis burung yang mempunyai kuku yang kuat serta boleh melukakan.

 


 

(3) Dihalalkan bagi orang yang dalam keadaan darurat/terpaksa kerana kelaparan memakan bangkai yang diharamkan sekadar untuk menyelamatkan nyawanya.

 


 

(4) Dan ada dua bangkai yang dihalalkan untuk kita, iaitu: Bangkai ikan dan belalang. Dan ada dua darah yang dihalalkan, iaitu hati dan limpa.