Perbincangan berkaitan SS Dr MAZA

Primary tabs

assalam wrm wbt.

berhubung isu 'kehilangan' topik perbincangan mengenai SS Dr MAZA.

untuk pengetahuan, Pihak Admin web drmaza.com sendiri meminta agar mana-mana isu yang berkait dengan SS Dr MAZA tidak dibincangkan di AAN.

jadi, untuk menghormati permintaan Admin web drmaza.com, mana-mana topik perbincangan akan dihentikan.

wallahua'lam

wassalam.

zain-ys's picture

Makluman Penting
1. Pihak al-ahkam.net telah diminta oleh pihak SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin, untuk menarik/mencabut/mem-delete semua artikel beliau, link, perbincangan dan apa sahaja yang berkaitan dengan beliau di web al-ahkam.net

2. Pihak kami akur dengan permintaan berkenaan dengan membuang semua yang berkenaan di atas dan menghalang kemasukan apa yang berkenaan dari al-ahkam.net

3. Namun begitu:
i. Pihak kami telah berusaha sedaya mungkin untuk membuang semua yang berkenaan, barangkali ada yang tertinggal. Oleh itu pihak kami memohon kerjasama dari semua pengunjung web ini agar membuat laporan seandainya ada saki-baki artikel, link atau apa sahaja yang berkaitan yang masih belum dibuang.

Sebarang laporan berkaitan, kirimkan ke:

ii. Sekalipun, makluman sebagaimana yang terdapat di dalam thread ini telah dikirimkan selepas hariraya dan ia telahpun di-pin-kan, namun masih ramai yang masih mahu mengirimkan artikel, link, membincangkan atau apa sahaja yang berkaitan dengan SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Barangkali kerana mereka terlepas pandang tentang wujudnya thread makluman ini. Oleh itu, pihak kami meletakkan banner kecil tentang makluman ini yang dapat dilihat di mana-mana di al-ahkam.net.

Oleh itu, pihak kami memohon kerjasama dari semua pihak agar tidak melakukannya pada masa akan datang demi menghormati permintaan yang empunya diri.

Sekian, harap maklum

Wassalam

zain-ys
http://www.al-ahkam.net

zain-ys's picture

MAKLUMAN (06 Jun 2009)
1. Hari ini pihak al-ahkam.net telah menerima 4 atau 5 kiriman tentang makluman sebuah program bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri. Terimakasih kepada para pengirim makluman berkenaan.

2. Pihak al-ahkam.net bagaimanapun memohon maaf kerana tidak dapat melulus terbitkan makluman berkenaan atas sebab2 yang telah dinyatakan pada posting sebelum ini.

3. Untuk makluman semua, pihak al-ahkam.net sebelum ini tidak dibenarkan atau dilarang oleh pihak Dr Mohd Asri untuk menyiarkan artikel atau apa sahaja yang berkaitan dengan beliau di al-ahkam.net, dan larangan berkenaan masih berjalan hingga kin dan belum ditarik balik.

4. Sebagai tanda kita menghormatinya, pihak al-ahkam.net akur dengan pendirian dari pihak beliau.

Sekian, harap maklum