:smirk:
:salam
bagaimana hendak membolehkan wanita sembahyang berjamaah.jika suami ke surau atau ke masjid bagaimana pula si isteri utk sembahyang berjamaah di rumah ,sedangkan pahala jamaah amat besar.
bagaimana cara terbaik utk utk keduanya supaya mendapat pahala jamaah yg diberikan Allah kpd kita.
:wassalam
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************
SJ – 2240 : WANITA : DI ANTARA SOLAT BERJEMAAH DI MASJID ATAU DI RUMAH
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara ADN yang sentiasa bersama-sama kami di al-Ahkam. Online .
Tidak dinafikan pahala dan manfaat daripada solat berjemaah di masjid / surau sangatlah banyak . Selain daripada pahala , manfaat ilmu , pengukuhan ukhuwwah , perbincangan dan sebagainya juga boleh didapati drp solat berjemaah di masjid / surau . Lantaran itulah Baginda Rasulullah s.a.w menekankan peri pentingnya kita hidup secara berjemaah ( berpersatuan dan berorganisasi ) sebagai mana Baginda Rasulullah s.a.w juga menekankan kepentingan solat berjemaah .
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :
ÍóÏöíËõ ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó ÑóÖöíó Çááøóåõ Úóäúåõ : Ãóäøó ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó ÕóáóÇÉõ ÇáúÌóãóÇÚóÉö ÃóÝúÖóáõ ãöäú ÕóáóÇÉö ÃóÍóÏößõãú æóÍúÏóåõ ÈöÎóãúÓóÉò æóÚöÔúÑöíäó ÌõÒúÁðÇ
Ertinya : “ Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh lima kali ganda “ ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari rh dan Al-Imam Muslim rh .
ÍóÏöíËõ ÇÈúäö ÚõãóÑó ÑóÖöíó Çááøóåõ ÚóäúåõãóÇ : Ãóäøó ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó ÕóáóÇÉõ ÇáúÌóãóÇÚóÉö ÃóÝúÖóáõ ãöäú ÕóáóÇÉö ÇáúÝóÐøö ÈöÓóÈúÚò æóÚöÔúÑöíäó ÏóÑóÌóÉð
Ertinya : “ Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat iaitu ganjaran “~ Hadist sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari rh dan Al-Imam Muslim rh .
Walaupun solat berjemaah di masjid / surau mempunyai pahala dan manfaat yang besar , akan tetapi Baginda Rasulullah s.a.w tidak lupa memperingatkan kaum wanita dengan sabdanya :
Úóäú ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó Úóäö ÇáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó áóÇ ÊóÌúÚóáõæÇ ÈõíõæÊóßõãú ãóÞóÇÈöÑó ÝóÅöäøó ÇáÔøóíúØóÇäó íóÝöÑøõ ãöäó ÇáúÈóíúÊö ÇáøóÐöí ÊõÞúÑóÃõ Ýöíåö ÇáúÈóÞóÑóÉõ
Ertinya : “ Saidina Abu Hurairah r.a pernah meriwayatkan sebuah hadist drp Baginda Rasulullah s.a.w : “ Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu semua seperti kawasan perkuburan , maka sesungguhnya syaitan akan lari daripada rumah yang dibacakan di dalamnya Surah al-Baqarah “ ~ Hadists sahih diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim rh , Al-Imam Abu Daud rh , Al-Imam at-Tirmidzi rh dan Al-Imam Ahmad Bin Hanbal rh .
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w lagi :
Úóäú ÒóíúÏö Èúäö ÎóÇáöÏò ÇáúÌõåóäöíøö Úóäö ÇáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó áóÇ ÊóÊøóÎöÐõæÇ ÈõíõæÊóßõãú ÞõÈõæÑðÇ ÕóáøõæÇ ÝöíåóÇ
Ertinya : “ Saidina Zaid Bin Khalid al-Juhany r.a pernah meriwayatkan sabda Baginda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu mengambil ( menjadikan ) rumah-rumah kamu seperti kubur . Bersembahyanglah kamu di dalamnya ( rumah-rumah kamu ) “ ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad Bin Hanbal rh ( 4 / 114 ) , Al-Imam Ibnu Majah rh ( 1 / 1377 ) dan oleh Syeikh Al-Albani rh ( As-Sahihah : 2418 ) & ( Sahih al-Jamie’ : 2 / 7217 ) .
### Apakah kaitan di antara kedua-dua hadist di atas dengan masalah ini ? ##
Kaitannya sebagai mana yang dinyatakan oleh sebahagian ahli –ahli hadits ialah seolah-olah Baginda Rasulullah s.a.w berpesan kepada para sahabat ( r.a ) drp kalangan kaum lelaki dengan sabdanya : “ Wahai sahabat-sahabatku sekalian ! , Beritahulah kepada seluruh kaum perempuan kamu agar mereka tidak lupa untuk menunaikan sembahyang dan membaca Al-Quranul Karim di dalam rumah-rumah kamu semua . Janganlah dijadikan rumah itu sunyi sepi sahaja laksana kawasan perkuburan tanpa adanya sebarang aktiviti ibadat “ .
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w kepada seorang sahabiah ( sahabat drp golongan wanita r.a ) yang bernama Saidatina Ummi Humaid r.a :
Úóäú ÚóÈúÏö Çááøóåö Èúäö ÓõæóíúÏò ÇáúÃóäúÕóÇÑöíøö Úóäú ÚóãøóÊöåö Ãõãøö ÍõãóíúÏò ÇãúÑóÃóÉö ÃóÈöí ÍõãóíúÏò ÇáÓøóÇÚöÏöíøö ÃóäøóåóÇ ÌóÇÁóÊö ÇáäøóÈöíøó Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÝóÞóÇáóÊú íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóåö Åöäøöí ÃõÍöÈøõ ÇáÕøóáóÇÉó ãóÚóßó ÞóÇáó ÞóÏú ÚóáöãúÊõ Ãóäøóßö ÊõÍöÈøöíäó ÇáÕøóáóÇÉó ãóÚöí æóÕóáóÇÊõßö Ýöí ÈóíúÊößö ÎóíúÑñ áóßö ãöäú ÕóáóÇÊößö Ýöí ÍõÌúÑóÊößö æóÕóáóÇÊõßö Ýöí ÍõÌúÑóÊößö ÎóíúÑñ ãöäú ÕóáóÇÊößö Ýöí ÏóÇÑößö æóÕóáóÇÊõßö Ýöí ÏóÇÑößö ÎóíúÑñ áóßö ãöäú ÕóáóÇÊößö Ýöí ãóÓúÌöÏö Þóæúãößö æóÕóáóÇÊõßö Ýöí ãóÓúÌöÏö Þóæúãößö ÎóíúÑñ áóßö ãöäú ÕóáóÇÊößö Ýöí ãóÓúÌöÏöí .......
Daripada Saidina ‘Abdullah Bin Suwaid al-Ansori r.a , daripada emak saudaranya : Saidatina Ummi Humaid r.a ~ yang merupakan isteri bagi Saidina Abi Humaid as-Sa’idi r.a . Pernah dia ( S. Ummi Humaid r.a ) datang bertanya Baginda Rasulullah s.a.w : “ Wahai utusan Allah ! , sesungguhnya saya suka bersembahyang berjemaah bersama-sama tuan “ . Maka dijawab oleh Baginda Rasulullah s.a.w : “ Ya , sesungguhnya aku tahu yang engkau memang suka sembahyang berjemaah di belakangku , walhal sebenarnya sembahyangmu di dalam rumahmu lebih baik drp bersembahyang di dalam bilikmu . Sembahyang di dalam bilikmu pula lebih baik drp bersembahyang di dalam kawasan sekelilingmu . Dan bersembahyang di dalam kawasan sekelilingmu pula lebih baik drp bersembahyang di dalam masjid kampungmu . Dan bersembahyang di dalam masjid kampungmu itu pula lebih baik daripada engkau bersembahyang di dalam masjidku ini ( Al-Masjid an-Nabawi di Al-Madinah al-Munawwarah )…….” ~ Hadis diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad rh , Al-Imam Ibnu Hibban rh dan Al-Imam Ibnu Khuzaimah rh di dalam sahihnya ( Bab : Ikhtiar Solat al-Marah fi Hujratiha ‘ala solatiha fi dariha wa solatiha fi dari qaumiha ‘ala solatiha fi masjid an-Nabi s.a.w ) .
Walaupun kaum Hawa lebih sesuai dan lebih baik bersembahyang di rumah-rumah mereka sendiri sebagai mana yang termaktub di dalam hadist-hadist di atas , tapi Baginda Rasulullah s.a.w sendiri melarang kita daripada menegah mereka untuk melakukan solat berjemaah di masjid / surau :
Úóäö ÇÈúäö ÚõãóÑó ÞóÇáó ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó áóÇ ÊóãúäóÚõæÇ äöÓóÇÁóßõãõ ÇáúãóÓóÇÌöÏó æóÈõíõæÊõåõäøó ÎóíúÑñ áóåõäøó
Daripada Saidina Ibnu ‘Umar r.a , Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “ Janganlah kamu menghalang kaum perempuan kamu daripada menunaikan solat berjemaah di masjid – masjid , walaupun rumah-rumah mereka itu lebih baik untuk mereka dirikan solat berjemaah di dalamnya “ ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud rh .
## Perhatian ## :
Yang dimaksudkan dengan hadist di atas ialah : Apabila kaum wanita itu memohon keizinan daripada ketua keluarganya untuk melakukan solat berjemaah di masjid ( sbg mana menurut riwayat Al-Imam Muslim rh di dalam : Kitab as-Solah ) .
Dan sudah tentu para sahabiat ( r.a ) tidaklah ke masjid – masjid semata-mata untuk melakukan sembahyang berjemaah sahaja , malahan untuk belajar mengenai solat secara langsung drp Baginda Rasulullah s.a.w , untuk mendengar pengajaran-pengajaran Baginda Rasulullah s.a.w dan untuk memperhalusi ilmu-ilmu yang berkaitan dengan wahyu Ilahi yang dianugerahkan kepada Baginda Rasulullah s.a.w .
Maka , oleh itu seseorang wanita itu TIDAK BOLEH menunaikan sembahyang berjemaah di masjid / surau apabila :
1 – Tidak dibenarkan oleh suami ataupun ibu-bapanya .
2- Tidak ada orang yang boleh diharapkan untuk mengasuh dan mengawasi anak-anak di rumah .
3 – Si perempuan keluar drp rumah dengan cara yang boleh menimbulkan “ fitnah “ kerana ber “ tabarruj “ ( berhias diri untuk keluar rumah ) .
4 – Tidak pandai mengawal diri dan menundukkan pandangannya di luar rumahnya .
5 – Tidak ada sebarang keperluan yang dibenarkan syariat seperti keluar menuju ke masjid / surau untuk mempelajari ilmu-ilmu fardhu ‘ain .
### Tidaklah juga menjadi kesalahan jika si suami kadang-kadang melakukan solat berjemaah dengan isterinya dan anak-anaknya di rumah sendiri sebagai satu didikan ke arah menjadikan rumah-tangga itu sebagai “ BAITI JANNATI “ : Rumahku Syurgaku “ .
#### Dan amatlah baik juga jika si suami sudi membawa isterinya bersama-sama ke masjid / surau di dalam rangka untuk mendidik isterinya menjadi seorang wanita yang solehah , yang tahu persoalan hukum-hakam agama dan yang mengambil berat mengenai nasib masyarakat muslimin . Itu pun kalau diyakini keselamatan dan keamanan rumah-tangga terjamin semasa mereka berdua keluar daripada rumah menuju ke masjid / surau & aktiviti kemasyarakatan Islam . [/][/b] :smirk:
Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .
****************************************
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN
1 – FATAWA WAL AHKAM LIL MARAH al-MUSLIMAH
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr ( ha )
( Bekas Pengerusi Lujnah Fatwa Al-Azhar )
ms 43
Terbitan : Maktabah Wahbah , Kaherah
2 – AL-JAMIE’ as-SOGHIR
Oleh : Al-‘Allamah al-Muhaddits al-Imam as-Suyuti ( rh )
Jilid ke-IV , Hadist ke-9732
Terbitan : Maktabah Mustafa Nazar al-Baz , Riyadh
3 – AL – BAYAN FIMATTAFAQA ‘ALAIHI asy-SYAIKHANI RH
Sakhr Software Prod. Egypt
4 – MAUSU’AH al-HADITS asy-SYARIF
Sakhr Software Prod. Egypt
5 – Penjelasan Lisan Daripada Syeikh Soleh Hamdi As-Sisi ( M.A Hadist – Al-Azhar )
Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
6 / Dzulhijjah / 1423 H
7/ Febuari / 2003 M
JUMAAT – Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum