SJ – 2317 : MENGAPA BELAJAR MUQADDAM ?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2317 : MENGAPA BELAJAR MUQADDAM ?

Assalamualaikum…

Ana ada sedikit kemusykilan…

Apakah rasionalnya mengajar kepada kanak-kanak membaca MUQADDAM? Mengapa tidak disuruh terus membaca Al-Quran Al-Karim? Atau sememangnya kita disuruh begitu ?

WA

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ – 2317 : MENGAPA BELAJAR MUQADDAM ?


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2317 : MENGAPA BELAJAR MUQADDAM ?

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih sekali lagi kepada Saudara VhoutenJr daripada “ Negeri Serambi Mekkah “ yang sentiasa mengunjungi kami di web al-Ahkam.net serta tahniah dan syabas di atas minat saudara di dalam mempelajari selok-belok pengetahuan Islam .

Sebelum dilanjutkan jawapan mengenai soalan di atas, sangat baik kiranya kita sama-sama memerhatikan topik berikut terlebih dahulu , iaitu :

PEMBAHAGIAN SURAH-SURAH DI DALAM AL-QURANUL KARIM :

Ketahuilah kiranya hai saudaraku , semoga Allah merahmati hidupmu senantiasa ! .

Para cendekiawan Islam , khasnya mereka yang pakar di dalam subjek “ Ulumul Quran “ ataupun “ Usul at-Tafsir “ telah membahagikan kesemua surah di dalam Al-Quranul Karim menurut panjang ataupun pendeknya kepada 4 bahagian :

1 – At – Thuwal ( ÇáØæÇá ) :

Bermula daripada Surah al-Baqarah sampai ke Surah Yunus . Kesemua surah ini dianggap surah yang panjang-panjang ayatnya .

2 – Al-Miun ( ÇáãÆæä ) :

Surah-surah yang mempunyai ayat-ayat berjumlah kira-kira 100 ke atas .

3 – Al-Masani ( ÇáãËÇäí ) :

Surah-surah yang mempunyai jumlah ayat yang lebih sedikit daripada “ Al-Miun “ di atas . Di samping itu surah-surah yang dianggap “ Al-Masani “ itu juga kerana mempunyai ayat yang hampir serupa dan sering berulang-ulang .

4 – Al-Mufassol ( ÇáãÝÕøá ) :

Iaitu gelaran bagi surah-surah yang pendek-pendek yang banyak dibatasi oleh “ Basmalah “ di antara satu surah dengan surah berikutnya .

Ada pula ulama’ ( rh ) yang mengatakan bahawa ianya dinamakan sedemikian rupa kerana kurangnya ayat-ayatnya yang dimansukhkan ataupun disebabkan ianya adalah muhkam .

Ianya dimulai drp Surah “ Qof “ , ataupun “ Al-Hujurat “ ( menurut pendapat sbhg ulama’ lagi ) sehingga akhir surah iaitu Surah an-Nas .

APAKAH “ MUQADDAM ITU ? ãõÞóÏøóã

“ Muqaddam ” : Diambil daripada daripada perkataan “ Qaddama – Yuqaddimu “ , yang bererti : “ Yang didahulukan “ .

Menurut pengertian yang biasa digunakan oleh masyarakat muslimin ialah :
{ “ Muqaddam ialah sebuah buku panduan belajar Al-Quranul Karim bagi peringkat permulaan “ }.

Bolehlah dianggap bahawa “ Muqaddam “ itu seumpama buku mengenal A, B , C ….bagi kanak-kanak sebelum mereka jauh melangkah untuk membaca buku , akhbar dan majalah .

Muqaddam yang kita pelajari di masa kita kanak-kanak dahulu dikenali juga sebagai “ Kaedah Baghdad “ dan pada zaman sekarang sudah ada beberapa lagi seperti yang asaskan oleh IQRA’ ataupun QIRAATI .

Kanak-kanak ataupun mereka yang baru hendak mengenal Al-Quranul Karim mempelajari “ Muqaddam “ terlebih dahulu kerana isi-isinya adalah sangat sesuai dengan tahap mereka . Mereka dilatih terlebih dahulu melalui “ Muqaddam “ ini dengan mengenal huruf-huruf abjad ( Arab ) , kemudian mengeja dan akhirnya masuk ke dalam surah-surah yang mudah ( drp Juzuk ke-30 ) yang merupakan surah-surah Al-Mufassol .

Surah-surah yang pendek-pendek ini ( yang dimuatkan juga di dalam “ Muqaddam “ ) bukan sahaja mudah untuk dipelajari , bahkan mudah juga untuk dihafal . Kerana itulah di mana-mana sekolah tahfiz , kanak-kanak ditekankan agar memulakan hafalan-hafalan mereka dengan surah-surah Al-Mufassol .

Takkanlah kanak-kanak ataupun mereka yang baru hendak mengenal Al-Quranul Karim itu boleh terus membaca Al-Fatihah , kemudian Juzuk Pertama ( Surah al-Baqarah ) kalau mereka tak kenal lagi huruf-huruf Arab dan cara mengejanya !? . :smirk:

Lihatlah mereka yang belajar Matematik di sekolah-sekolah menengah , tentu mereka tidak terus “ lompat “ belajar Persamaan Tangen , Longitud, Latitud , Teorem Pythagoras , Persamaan X dan sebagainya melainkan mereka itu sudah tentu masa kecil-kecil dahulu dah belajar +-X÷ .

:deal

Pelajar yang berada di peringkat menengah rendah di sekolah-sekolah agama juga memulakan pengajian Fiqh mereka dengan kitab Matan Abu Syuja’ , kemudiannya Al-Iqnaa’ . Kemudian apabila mereka belajar di peringkat lebih tinggi mereka akan diperkenalkan pula dengan kitab seperti Mugni al-Muhtaj ataupun Hasyiah al-Qalyubi Wa ‘Umairah . Kemudian akan meningkat lagi kepada kitab-kitab besar seperti Majmu’ Syarh al-Muhadzzab ataupun Al-Umm oleh Al-Imam al-‘Allamah asy-Syafie .

Setiap orang ada peringkat pengajian yang bersesuaian dengannya . Dan “ Muqaddam “ adalah asas mengenal Al-Quranul Karim , sesuailah dengan namanya yang bererti : “ YANG DIDAHULUKAN “ .

Sekian . Semoga ada manfaatnya .
Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

****************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

MABAHITS FI ‘ULUMIL QURAN
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh Mana’ el-Qotton ( ha )
Halaman : 130
Muassah ar-Risalah , Beirut

MENGENAL AL-QURAN
Oleh : Al-Fadhil Drs. Ruslan Adjun ( ha )
Halaman : 51 - 52
Pustaka Al-Mizan , Kg. Baru , Kuala Lumpur


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
27 / Dzulhijjah / 1423 H
28/ Febuari / 2003 M

JUMAAT – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum

p/s : Terima Kasih kepada Naib al-Ustaz gayat di atas kesudian beliau membetulkan sedikit kekurangan jawapan ini tadi . :boxing