SJ – 2767 : BAGAIMANA MENGHADAPI SUAMI YANG ENGKAR ?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2767 : BAGAIMANA MENGHADAPI SUAMI YANG ENGKAR ?

Assalamualaikum...

di dalam Al-Quran, seseorg suami boleh mengajar isteri yg nusyuz dgn tidur berasingan..masaalahnya, bolehkah seorg isteri berbuat serupa skiranya suami itu engkar terhadap tuntutan agama?seorg lecturer mengatakan boleh, ttp bagaimna pula dgn hadith di mana ia mengatakan sekiranya suami tak redha dgn isteri yg menolak, maka mlaikat akan melaknatnya sepanjang mlm..bolehkah hadith ini dikaitkan dgn saituasi di atas?
Wassalam...

Re: SJ – 2767 : BAGAIMANA MENGHADAPI SUAMI YANG ENGKAR ?


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SJ – 2767 : BAGAIMANA MENGHADAPI SUAMI YANG ENGKAR ?

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudari Lynn di atas soalan yang dikemukakan di atas .

Saudari menanyakan bagaimanakah caranya hendak menangani masalah suami yang engkar akan Tuhannya ? , Bolehkah seseorang isteri itu tidur berasingan dengan suaminya sebagai SATU PENGAJARAN agar suaminya insaf dan melaksanakan tuntutan agamanya .

Kalau isteri yang engkar , maka memang begitulah cara mengajar dan mendidiknya .

Tapi kalau si suami pula engkar kepada Allah Ta’ala , maka bagi kami CARA ITU BUKANLAH CARA YANG SEPATUTNYA digunakan untuk mendidik suaminya . Wallahu A’alam , bagaimana pula si lecturer itu mengatakan boleh berbuat demikian demi mengajar si suami itu !? :spamafote

Suami memang patut tidur berasingan demi mengajar isterinya yang nusyuz ( engkar ) . Itu disebabkan isterinya adalah milik dirinya sendiri .

Akan tetapi suami pula bukanlah hak seseorang isteri itu sahaja sehingga boleh si isteri itu cuba “ mengajar “ suaminya dengan cara tidur berasingan . Kami mengatakan tadi “ seseorang suami itu bukanlah hak seseorang isteri itu sahaja “ kerana si suami dibenarkan berkahwin dengan wanita – wanita selain isteri itu , walhal si isteri itu pula tidak boleh bersuami ramai !!! .

Baiklah , mari kita bertanya : “ Apakah bentuk keengkaran si suami itu kepada Allah Ta’ala ? “ .

Mungkin tidak mahu sembahyang ? . Ya , mungkin ! .

Mungkin tidak mahu menutup aurat ? . Ya , mungkin juga ! .

Mungkin tidak mahu belajar ilmu-ilmu yang fardhu ain ? . Ya , itu pun tak mustahil juga ! .

Walau apa pun bentuk keengkarannya , dia tetap dipanggil seorang yang engkar akan Allah Ta’ala .

Orang seperti itu sudah tentu “ HATINYA KERAS “ ! . “ Silap-silap haribulan “ belum sempat si isteri menasihati dan menegurnya , dia sudah menghadiahkan “ penampar Jepun “ kepada isterinya . Wal’iyadzu BilLahi Min Dzalik . :doa

Adakah seorang suami yang keras hatinya , bongkak sikapnya dan keras kepala itu “ AKAN BOLEH DILENTUR DAN DIDIDIK “ oleh si isteri dengan cara tidur berasingan !? .

Jangan sampai , si suami “ memberontak “ lalu “ meniduri “ wanita – wanita lain “ secara HARAM ( ZINA ) pula !!! .

Lalu , Bagaimanakah cara penyelesaiannya ??? . :adus

#~@#~@#~#@~#@~#@~#@~#@~#

Al-Imam asy-Syafi’e rh mempunyai seorang anak murid yang begitu hebat dan terkenal , namanya ialah Al-Imam Ahmad Bin Hanbal rh ( Pengasas Mazhab Hanbali ) . Pernah pada satu ketika Al-Imam asy-Syafi’e rh ini BERDEBAT dengan Al-Imam Ahmad rh mengenai masalah yang ditimbulkan oleh hadis berikut :


Úóäú ÚóÈúÏö Çááøóåö Èúäö ÈõÑóíúÏóÉó Úóäú ÃóÈöíåö ÞóÇáó ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Åöäøó ÇáúÚóåúÏó ÇáøóÐöí ÈóíúäóäÇ æóÈóíúäóåõãõ ÇáÕøóáóÇÉõ Ýóãóäú ÊóÑóßóåóÇ ÝóÞóÏú ßóÝóÑó

Ertinya : Daripada Saidina Abdullah Bin Buraidah r.a , daripada bapanya yang berkata : Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “ Sesungguhnya perjanjian di antara kami ( Allah & Rasul-Nya s.a.w ) dengan mereka ( orang-orang Islam ) ialah SEMBAHYANG . Maka sesiapa sahaja yang meninggalkannya maka dia telah menjadi kafir “ ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Al-Imam an-Nasaie rh di dalam Kitab as-Solah .


ãóäú ÊóÑóßó ÇáÕøóáóÇÉó ãõÊóÚóãøöÏðÇ ÝóÞóÏú ßóÝóÑó ÌöåóÇÑðÇ

Ertinya : “ Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang dengan SENGAJA , maka dia TERANG-TERANG menjadi kafir ! “ . ~ Hadis diriwayatkan oleh Al-Imam at-Thabrani rh di dalam “ Al-Awsot “ ( 3372 ) dan dihukumkan sebagai hadis yang SAHIH oleh Al-Imam as-Suyuthi rh di dalam “ Al-Jami’e as-Soghir “ ( 8587 ) sedangkan Syeikh al-Albani rh menghukumkan hadis di atas sebagai HADIS YANG LEMAH ( Dho’ief al-Jamie’ : 5521 & Silsilah al-Ahadist ad-Dho’iefah : 2508 ) .

Al-Imam asy-Syafi’e rh : “ Wahai Ahmad ! , apakah pendapatmu mengenai seseorang muslim yang sengaja meninggalkan sembahyangnya ? “ .

Al-Imam Ahmad rh : “ Wahai guruku ! , pada pandangan saya , dia telahpun menjadi kafir yang nyata sebagai mana hadis tersebut “ .

Al-Imam asy-Syafi’e rh : “ Berani engkau berkata begitu pada orang seperti itu ? “ .

Al-Imam Ahmad rh : “ Ya ! , sebab begitulah yang dinyatakan oleh hadis itu “ .

Al-Imam asy-Syafi’e rh : “ Baiklah , kalau benar dia telah menjadi kafir , bagaimanakah caranya untuk dia kembali menjadi seorang muslim semula ? “ .

Al-Imam Ahmad rh : “ Iaitu dengan mengucap 2 kalimah syahadah “ .

Al-Imam asy-Syafi’e rh : “ Bagaimanakah hendak disuruh dia mengucap 2 kalimah syahadah sedangkan dia sendiri tidak pernah keluar daripada Islam dan tidak pula meninggalkan ucapan yang mulia itu ? “ .

Al-Imam Ahmad rh : “ Kalau begitu , dia hendaklah menunaikan kembali sembahyangnya “ .

Al-Imam asy-Syafi’e rh : “ Bagaimana dia boleh bersembahyang sedangkan dia telah pun menjadi kafir sebagai mana pendapatmu tadi ? “ .

Al-Imam Ahmad rh : “ Kalau begitu , caranya ialah dengan bertaubat dan berdoa memohon keampunan daripada Allah “ .

#~@#~@#~#@~#@~#@~#@~#@~#

### Daripada dialog di atas , dapatlah kita mengambil pelajaran bahawa sembahyang dan doa itu sendiri mempunyai kaitan yang amat rapat .

Lantaran itu , bagi seseorang suami yang diuji oleh Allah Ta’ala dengan mempunyai seorang suami yang engkar akan perintah Allah Ta’ala seperti meninggalkan sembahyang , maka si isteri hendaklah memperbanyakkan doa kepada Allah Ta’ala agar memberi petunjuk kepada suaminya .

Selain itu ada berbagai lagi cara yang LEBIH BAIK ( daripada tidur berasingan dengan suami yang engkar itu ) sebagai CARA NASIHAT DAN DIDIKAN kepadanya , iaitu :

1 ~ Menghadiahkan suami kaset-kaset ceramah / kuliah daripada para ulama’ ataupun pendakwah yang disegani , agar suami boleh mendengarnya sambil memandu kereta ke pejabat ( misalnya ) ataupun ke mana-mana sahaja .

2 ~ Ataupun si isteri sering memasang kaset-kaset ceramah / kuliah , ataupun mengajak suami menonton rancangan – rancangan agama di TV .

3 ~ Meminta bantuan “ orang tengah “ yang disegani oleh si suami , contohnya : Bapanya ataupun bapa mertuanya . Sudah pasti kalau bapa si suami itu ataupun bapa mertuanya mengajaknya menunaikan sembahyang berjemaah , dia tidak akan berani menolaknya kerana malu .

4 ~ Gunakanlah cara – cara lain yang hikmah dan bijaksana di dalam mendidik suami yang engkar itu .

TAPI AWAS !!!

Suami yang seperti itu biasanya KERAS KEPALA DAN KERAS SIKAPNYA . Oleh itu tidak mungkin si isteri dapat melawan suami itu dengan kekerasan juga melainkan dengan kelembutan .

Ingatlah , “ Tangan yang lembut yang menghayun buaian itu jugalah yang mampu menggegarkan dunia ini !!! “ .

Mudah-mudahan Allah Ta’ala membantu kita semua melaksanakan arahan dan suruhan-Nya . Amin Ya Rabbal ‘Alamin . :doa

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
01 / Jumadi Tsani / 1424 H
31 / Julai / 2003 M

KHAMIS~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum