SJ-01-0030 : mencari Tuhan

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0030 : mencari Tuhan

:idea: [align=justify]
salam sejahtera..saya nii seorang cina kristian...tapi tak begitu mendalam sgt.
saya membesar pun tidak dgn suasana yg sempurna..familipun boleh kata takde agama laa..
so..saya nak tahu....bagaimana sebnaranyaa agama islam ini mengaku sebagai agama yg benar,sedangkan semua agama mengaku dia juga benar. macam mana nak percaya sesuatu..?saya betul2 perlukan bimbingan.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-01-0030 : mencari Tuhan

Salam sejahtera sdr Albert.

Pertamanya saya mengucapkan terima kasih kepada sdr Albert yang sudi mengacukan soalan mengenai Islam di al-Ahkam, dan saya harap sdr Albert boleh berlapang dada dengan penjelasan sedikit yang ingin saya sampaikan.

Agama Islam merupakan agama langit dan Nabi Muhammad saw merupakan Rasul terakhir diutuskan kepada umat manusia.

Kebenaran Islam itu dapat kita lihat dari sumber asas nya, itu Kitab Al-Quran. Ia tetap tidak berubah sejak 1400 tahun yang lalu. Kalau kita lihat kitab2 suci yang lain seumpamanya, seperti Bible dsb, terdapat banyak versi didalamnya.

Kandungan ajaran Islam meliputi seluruh kehidupan masyarakat - (a) Hubungan dengan Tuhan (Allah swt) (b) Hubungan dengan makhluk tuhan (eg: manusia).

Ajarannya mencakupi dari sekecil-kecil cara dan adab masuk tandas, cara makan sehinggalah cara memerintah negara dsb. Secara umumnya boleh kitab bahagikan syariat Islam kepada 5 :

1. Ibadat (workship) eg: Sembahyang (solat), Puasa, Haji
2. Munakahat - Family, hukum kekeluargaan
3. muamalah - bahagian sosial dan ekonomi
4. Jinayah - undang-undang jenayah
5. Jihad - perjuangan Islam

Islam menitik beratkan persamaan diantara kaum. Manusia hanya dibezakan dari segi taqwa (takut) kepada tuhannya. Pangkat, wang ringgit, harta tidak menjadi bahan ukuran.

Nabi Muhammad saw merupakan role model umat Islam. Darinya, terdapat hadith2 (ucapan nabi) yang merupakan tafsiran kepada ayat-ayat al-Quran yang diturunkan. Nabi Muhammad saw menunjukkan ibadat-ibadat secara amali (practical). Disitulah umat Islam mempelajari secara detail agamanya.

Bagi umat Islam, Nabi tetap manusia biasa. Ia bukan anak tuhan, seperti Jesus (Nabi Isa) yang diangap anak tuhan oleh orang Kristian. Tuhan didalam Islam hanya satu. Ia tidak beranak dan di peranakan. Islam beriman (mempercayai) kesemua Nabi-Nabi yang terdahulu, termasuklah Nabi Isa yang bersamanya kitab Injil. Kitab injil yang asal banyak menceritakan tentang kisah-kisah dan tidak mengandungi syariat (tata-cara memerintah negara dsb). Apabila turun al-Quran, ia sebagai replacement kepada kitab Injil.

Agama didalam penghidupan umat Islam tidak boleh dipisahkan. Islam menentang secularism. Tidak ada konsep agama hanya di masjid atau ditempat2 ibadat sahaja. bagi umat Islam, Agama Islam meliputi keseluruhan hidupnya, ia merupakan 'way of life'. baik didalam Tandas, ketika melakukan hubungan jenis dengan isteri, ketika menjadi ketua pejabat, berniaga dsb, kesemua aktiviti ini tidak boleh dipisahkan dari ajaran Islam.

Manusia didalam Islam dilahirkan dengan fitrah - bersih. Bebas dari Dosa, tidak seperti kepercayaan orang-orang Kristian, bahawa manusia ini memikul dosa Adam. Manusia juga tidak boleh memikul dosa orang lain didalam Islam. Dosa didalam Islam disebabkan peranan atau contribution seseorang didalam perkara-perkara jahat (mungkar), samada secara langsung atau tidak (indirrect).

Didalam Islam, Imam tidak boleh mengampunkan dosa. Tidak seperti Paderi Kristian, mereka boleh mengampunkan dosa-dosa orang lain. Bagaimana mungkin kuasa pengampunan boleh diberikan kepada makhluk yang bernama manusia yang tidak boleh lepas dari sifat-sifat lupa, leka, lalai, nafsu syahwat dsb. Didalam Islam, hanya Allah yang akan mengampunkan dosa manusia. Imam pun boleh melakukan dosa, dan juga boleh memohon pengampunan dari Allah swt.

Tuntutan ibadat (ritual) didalam Islam sama sahaja bagi semua orang. Bermula dengan pengakuan bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu persuruh Allah swt, Bersembahyang lima waktu sehari semalam, berpuasa satu bulan didalam bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat kepada mereka yang mempunyai harta yang cukup nisab dan kematangannya (haul) da menunaikan Haji di Baitullah hanya bagi mereka yang mampu. Islam tidak membeza-bezakan ibadat hambanya. Semua orang mempunyai tanggung-jawab yang sama.

Content yang terpenting ialah : agama Islam mencakupi keseluruhan penghidupan manusia, tanpa batasan bangsa, taraf dsb.

----------
Saya mohon ma'af kepada sdr Albert diatas segala kekurangan dari jawapan diatas. Kesemua ini adalah kerana saya menulis berdasarkan apa yang terlintas dari benak hati saya, dan sebagai manusia biasa yang banyak mempunayai kekurangan. Perbincangan begini agak panjang dan luas. Apa yang dapat saya sampaikan kepada sdr albert hanyalah secebis kisah yang sangat sedikit mengenai ketulenan (truth) Islam. Saya syorkan sdr Abert untuk pergi bertanya di PERKIM (http://www.perkim.net.my/index.cfm). Disana terdapat ramai mereka yang berkelayakan yang boleh membantu sdr Albert memahami Islam. Pergilah dengan hati yang terbuka, kerana Islam itu agama fitrah, dan mudah difahami apabila kita berlapang dada mempelajarinya. Akhirkata, saya mendo'akan agar Allah membuka hidayah (petunjuk) kepada sdr Albert untuk menerima Islam. Wallahu'alam (Allah sahaja yang sebaik-baik sumber).

خيرالأمين