SJ-01-0050 : adakah semua 25 Nabi itu rasul?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0050 : adakah semua 25 Nabi itu rasul?

http://www.al-nidaa.com.my/ilmu/quran.html
Nabi Nuh adalah cucu Nabi Idris dan salasilahnya keatas sampai kejalur Syith anak Nabi Adam. Jarak antara Nuh dan Adam adalah 10 abad (1000 tahun). Nuh adalah Rasul Allah yang pertama yang diutus ke atas bumi ini , sedangkan Adam, Syits dan Idris yang diutus sebelumnya hanyalah bertaraf Nabi saja , bukan sebagai Rasul kerana mereka tidak memiliki umat atau kaum

apakah semua Nabi yg 25 itu bkn Rasul...harap dpt penejlasn???

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-01-0050 : adakah semua 25 Nabi itu rasul?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. kami akan cuba menjawab soalan sdr Masri@Mujahid dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Persoalannya : Adakah bilangan 25 yang dinyatakan itu merupakan Rasul dikalangan Nabi-nabi (Anbiya')? 25 orang yang disebutkan adalah merupakan Rasul dan Nabi yang dinyatakan didalam al-Quran yang wajib kita beriman dengannya. Berikut kami paparkan ayat2 al-Quran yang menyebut 25 orang Nabi-Nabi :-

a. 18 Nabi2 dinyatakan didalam surah al-An'aam : (83-86) :-

æóÊöáúßó ÍõÌøóÊõäóÇ ÂÊóíúäóÇåóÇ ÅöÈúÑóÇåöíãó Úóáóì Þóæúãöåö äóÑúÝóÚõ ÏóÑóÌóÇÊò ãóäú äóÔóÇÁõ Åöäøó ÑóÈøóßó Íóßöíãñ Úóáöíãñ ** æóæóåóÈúäóÇ áóåõ ÅöÓúÍóÇÞó æóíóÚúÞõæÈó ßõáøðÇ åóÏóíúäóÇ æóäõæÍðÇ åóÏóíúäóÇ ãöäú ÞóÈúáõ æóãöäú ÐõÑøöíøóÊöåö ÏóÇæõÏó æóÓõáóíúãóÇäó æóÃóíøõæÈó æóíõæÓõÝó æóãõæÓóì æóåóÇÑõæäó æóßóÐóáößó äóÌúÒöí ÇáúãõÍúÓöäöíäó ** æóÒóßóÑöíøóÇ æóíóÍúíóì æóÚöíÓóì æóÅöáúíóÇÓó ßõáøñ ãöäó ÇáÕøóÇáöÍöíäó ** æóÅöÓúãóÇÚöíáó æóÇáúíóÓóÚó æóíõæäõÓó æóáõæØðÇ æóßõáøðÇ ÝóÖøóáúäóÇ Úóáóì ÇáúÚóÇáóãöíäó **
83.Dan itulah hujah (bukti) Kami, yang Kami berikan kepada Nabi Ibrahim untuk mengalahkan kaumnya. Kami tinggikan pangkat-pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.

84.Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Ibrahim: (Anaknya) Ishak (dari isterinya Sarah) dan (cucunya) Yaakub. Tiap-tiap seorang (dari mereka) Kami telah berikan petunjuk dan Nabi Nuh juga Kami telah berikan petunjuk dahulu sebelum itu dan dari keturunan Nabi Ibrahim itu (ialah Nabi-nabi): Daud dan Sulaiman dan Ayub dan Yusuf dan Musa dan Harun dan demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amal perbuatannya.

85. Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Zakaria dan Yahya dan Isa dan Ilyas; semuanya dari orang-orang yang soleh.

86. Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Ismail, Ilyasak, Yunus, Lut dan mereka itu semuanya, Kami lebihkan darjat mereka atas umat-umat (yang ada pada zamannya).

b. Adam

Åöäøó Çááøóåó ÇÕúØóÝóì ÂÏóãó
"Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam " [Aal-Imran :33]

c. Hud

æóÅöáóì ÚóÇÏò ÃóÎóÇåõãú åõæÏðÇ
"Dan kepada kaum Aad, Kami utuskan saudara mereka Nabi Hud" [Hud : 50]

d. Soleh

æóÅöáóì ËóãõæÏó ÃóÎóÇåõãú ÕóÇáöÍðÇ
"Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh." [Hud :61]

e. Syu'ib

æóÅöáóì ãóÏúíóäó ÃóÎóÇåõãú ÔõÚóíúÈðÇ
"Dan kepada penduduk "Madyan" Kami utuskan saudara mereka: Nabi Syuaib." [Hud : 84]

f. Ismail, Idris dan ZulKifl

æóÅöÓúãóÇÚöíáó æóÅöÏúÑöíÓó æóÐóÇ ÇáúßöÝúáö ßõáøñ ãöäó ÇáÕøóÇÈöÑöíäó
"Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta Zulkifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar. " [al-Anbiya':85]

---------------
Berapakah bilangan Nabi dan Rasul? Didalam al-Quran mengatakan banyak; dan ada yang kita diberitahu dan dan yang kita tidak tahu. Firman Allah swt :-

æóÑõÓõáðÇ ÞóÏú ÞóÕóÕúäóÇåõãú Úóáóíúßó ãöäú ÞóÈúáõ æóÑõÓõáðÇ áóãú äóÞúÕõÕúåõãú Úóáóíúßó æóßóáøóãó Çááøóåõ ãõæÓóì ÊóßúáöíãðÇ
"Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan). " [Surah Al-Nisaa' : 164]

Didalam sebuah Riwayat Abi Amaamah, berkata Abu Zar :

æÝí ÑæÇíÉ ÃÈí ÃãÇãÉ ÞÇá ÃÈæ ÐÑ : ÞáÊ íÇ ÑÓæá Çááå: ßã æÝÇÁ ÚÏÉ ÇáÃäÈíÇÁ ¿ ÞÇá : ãÇÆÉ þÃáÝ ¡ æÃÑÈÚÉ æÚÔÑæä ÃáÝÇ ¡ æÇáÑÓá ãä Ðáß: ËáÇËãÇÆÉ æÎãÓÉ ÚÔÑ ¡ ÌãÇ ÛÝíÑÇ "þ
"Aku telah berkata - Ya Rasulullah : Berapakah bilangan para Nabi-Nabi?, Baginda berkata : 124,000, dan Rasul darinya adalah 315, hebat dan besar" [Hadith sahih menurut al-Albani didalam Misykaat al-Mashabih, 3/1599].

---------------
Apakah Nabi Adam dan Nabi Idris bukan Rasul? Ulama' khilaf mengenai status kedua Nabi ini. Ibn Utsaimin mengatakan bahawa :-

ÂÏã Úáíå ÇáÓáÇã åæ Ãæá ÇáÃäÈíÇÁ ¡ ßãÇ ÌÇÁ Ýí ÇáÍÏíË ÇáÐí ÃÎÑÌå ÇÈä ÍÈÇä Ýí ÕÍíÍå ¡ Ãä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã : ÓõÆöáó Úä ÂÏã ÃäÈí åæ ¿ ÞÇá : ( äÚã äóÈööíñ ãõßóáøóãú ) ¡ æáßäå áíÓ ÈÑÓæá áãÇ ÌÇÁ Ýí ÍÏíË ÇáÔÝÇÚÉ Ãä ÇáäÇÓ íÐåÈæä Åáì äæÍ ÝíÞæáæä : " ÃäÊ Ãæá ÑÓæá ÈÚËå Çááå Åáì ÇáÃÑÖ " .
æåÐÇ äÕ ÕÑíÍ ÈÃä äæÍÇ Ãæá ÇáÑÓá ¡ æÇááå ÃÚáã .

"Adam as. merupakan Nabi yang pertama, sebagaimana didalam hadith yang dikeluarkan oleh Ibn Hibban didalam Sahihnya, bahawa Nabi :saw telah ditanya mengenai Adam, apakah dia nabi?. Baginda menjawab :'Ya, Nabi dimana Allah bercakap'. Akan tetapi dia bukan Rasul, kerana hadith mengenai syafaat, dimana manusia akan pergi kepada Noh dan berkata kepadanya :'Kamu adalah Rasul pertama disampaikan kedunia'. Nas ini jelas menunjukkan bahawa Noh adalah Rasul pertama. Wallahu 'alam." [Majmu' Fataawa Ibn Utsaimin. 1/317]

Mengenai Nabi Idris pula, Ibn Utsaimin rh. berpendapat bahawa para ahli sejarah telah tersilap mengatakan bahawa Nabi Idris adalah sebelum Nabi Noh, kerana Noh merupakan Rasul pertama. Firman Allah swt :-

ÅöäøóÇ ÃóæúÍóíúäóÇ Åöáóíúßó ßóãóÇ ÃóæúÍóíúäóÇ Åöáóì äõæÍò æóÇáäøóÈöíøöíäó ãöäú ÈóÚúÏöåö
"Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya " [Surah al-Nisaa' : 163]

Adalah dikalangan ulama' mengatakan bahawa Nabi Noh merupakan keturunan Nabi Idris. Menurut Syiekh Ahmad Al-Badawi al-Shanqiti bahawa jalurannya adalah dari Adam, Shith .... Idris, Noh, Hud dan Yunus. :aklam
----------------

Kesimpulannya, 25 orang Nabi yang dinyatakan didalam al-Quran terdapat diantara mereka adalah Rasul. Sebagai penutup, kita lihat definisi Nabi dan Rasul yang telah diberikan oleh Syiekh al-Islam Ibn Taimiyyah rh :-

ÝÇáäÈí åæ ÇáÐí íäÈÆå Çááå ¡ æåæ íäÈÆ ÈãÇ ÃäÈà Çááå Èå ¡ ÝÅä ÃÑÓá ãÚ Ðáß Åáì ãä ÎÇáÝ ÃãÑ Çááå áíÈáÛå ÑÓÇáÉ ãä Çááå Åáíå Ýåæ ÑÓæá ¡ æÃãÇ ÅÐÇ ßÇä ÅäãÇ íÚãá ÈÇáÔÑíÚÉ ÞÈáå ¡ æáã íÑÓá åæ Åáì ÃÍÏ íÈáÛå Úä Çááå ÑÓÇáÉ Ýåæ äÈí æáíÓ ÈÑÓæá ..
"Nabi adalah mereka yang Allah beritakan (yanbi'uhu) sesuatu, dan menyampaikan apa yang Allah beritakan kepadanya, Jika dia diutuskan kepada mereka yang menentang perintah Allah, menyampaikan risalah dari Allah kepada mereka, maka dia adalah Rasul. Akan tetapi, jika dia mengikut satu syariat yang datang sebelumnya, dan dia tidak dihantar untuk menyampaikan apa2 risalah kepada mereka dari Allah, maka dia adalah Nabi dan bukan Rasul......" [Al-Nubuwwaat, ms 255]. :aklam.

wassalam

خيرالأمين