SJ-01-0054 : maksud BISMILLAH

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0054 : maksud BISMILLAH

...sedangkan maksud BISMILLAH tu pun kalau nak huraikan seluruh air laut yang ada kat dunia ni tak cukup.....
:salam

ade orang cakap kat saya but saye tak berapa paham boleh tak siape2 tolong terangkan...

SJ-01-0054 : maksud BISMILLAH

wa'alaikumussalam.

Alhamduillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr ahli_fikir dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Kemungkinan yang di maksudkan "kalau nak huraikan seluruh air laut yang ada kat dunia ni tak cukup..... " boleh dibahagikan kepada 2 :-

a. Basamalah (Bismillah) menjelaskan 3 Nama Allah yang amat luas skopnya; Allah, al-Rahman dan al-Rahim.
b. Basmalah itu sendiri merupakan ayat tergantung. Ia disambungkan dengan perbuatan si-pembaca tersebut.

1a. Allah - dinamakan lafaz Jallaalah. Syiekh Salih al-Munajjid menyebut :-

åæ ÇáÇÓã ÇáÃÚÙã æåæ ÃÚÑÝ ÇáãÚÇÑÝ ÇáÛäí Úä ÇáÊÚÑíÝ ¡ æåæ Úáã Úáì ÇáÈÇÑí Ìá ÌáÇáå ãÎÊÕ Èå Ïæä ÓæÇå æÇáÕÍíÍ Ãäå ãÔÊÞ ãä Ãáå íÃáå ¡ ÃáæåÉ æÅáåÉ
Ýåæ Åáå ÈãÚäì ãÃáæå Ãí ãÚÈæÏ Ýåæ : Ðæ ÇáÃáæåíÉ .

"(Allah) iaitu nama yang Agung dan ia amat dikenali sehingga tidak perlu kepada penjelasan, ia merupakan nama kepunyaan ekslusif kepada pembuat dan tidak ada yang menyamainya. Pendapat yang sahih ialah ia diambil dari kata dasar ALIHA; iaitu dia adalah Tuhan (ilaah), dengan makna ia di sembah dan 'divine'."

1b. al-Rahman -

ÇÓã ãä ÃÓãÇÁ Çááå ÇáÎÇÕÉ Èå ¡ æãÚäÇå Ðæ ÇáÑÍãÉ ÇáæÇÓÚÉ áÃä æÒä ÝÚáÇä : íÏá Úáì ÇáÇãÊáÇÁ æÇáßËÑÉ æåæ ÃÎÕ ÃÓãÇÁ Çááå ÈÚÏ áÝÙ ÇáÌáÇáÉ ¡ ßãÇ Ãä ÕÝÉ ÇáÑÍãÉ åí ÃÎÕ ÕÝÇÊå æáÐÇ ÛÇáÈÇ íÃÊí ÊÑÊíÈåÇ ÈÚÏ áÝÙ ÇáÌáÇáÉ ßãÇ Ýí Þæáå ÊÚÇáì ( Þá ÇÏÚæÇ Çááå Ãæ ÇÏÚæÇ ÇáÑÍãä .. ÇáÂíÉ )
"salah satu dari nama-nama Allah yang khas untuknya. Maknanya : yang memiliki Rahmah yang meluas, kerana sesungguhnya wazan fa'laan menunjukkan sepenuhnya dan banyak. Ia merupakan nama yang sangat khusus selepas lafaz/nama Allah (Jallaalah), sebagaimana Rahmah merupakan sifatnya yang khusus. malah nama ini biasa akan muncul selepas nama Allah, sebagaimana ayat :'Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman" ' [al-Isra’ 17:110].

1c. al-Rahim :-

ÇÓã ãä ÃÓãÇÁ Çááå : ãÚäÇå ÇáãæÕá ÑÍãÊå Åáì ãä íÔÇÁ ãä ÚÈÇÏå
"Salah satu nama dari nama2 Allah. Maknanya Dia yang menyebabkan rahmat itu sampai kepada hambanya yang dia kehendaki"

Misalan ini boleh didapati didalam 2 ayat al-Quran dibawah ini :-

æóßóÇäó ÈöÇáúãõÄúãöäöíäó ÑóÍöíãðÇ
"Dia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat). "[al-Ahzaab 33:43]

Åöäøóåõ Èöåöãú ÑóÁõæÝñ ÑóÍöíãñ
"sesungguhnya Allah Amat Belas, lagi Maha Mengasihani terhadap mereka." [al-Tawbah 9:117]

Ibn Qayyim didalam kitabnya Badaa’i’ al-Fawaa’id (1/24) berkata :

æáã íÌÆ ÞØ ( ÑÍãä Èåã ) ÝÚáã Ãä ÑÍãä åæ ÇáãæÕæÝ ÈÇáÑÍãÉ ¡ æÑÍíã åæ ÇáÑÇÍã ÈÑÍãÊå
"dan tidak digunakan perkataan 'Rahman' [ddialam ayat diatas], maka kita tahu bahawa Rahman bermakna dia yang mempunyai sifat 'rahmah', dan al-Rahim bermaksud kepada siapa yang diberikan rahmahnya"
-------------

2a. Ulama2 juga mengatakan bahawa perkataan (ÈöÓúãö Çááøóåö ÇáÑøóÍúãóäö ÇáÑøóÍöíãö) - "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani" merupakan ayat tergantung. Misalnya, seseorang yang ingin makan akan membaca "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani" dan dikuti dengan perbuatan makan tersebut. Dengan ertikata lain Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Aku Makan..... Oleh kerana itulah menjadi sunnah memulakan pekerjaan dengan basamalah. Perbuatan seseorang yang membaca Basmalah yang menjadikan ayat itu sempurna (tidak tergantung lagi). Ibn Jarir ra. meriwayatkan bahawa Alalh swt mengajar Nabi :saw akan memerintahkan manusia agar sebelum memulakan apa2 pekerjaan dengan menyebut Nama2 Allah yang baik2.

Ini menjelaskan bahawa basamalah ini amat luas dari segi MAKNA dan juga PENGUNAANNYA. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين