SJ-01-0057 : tinggal bida'h sebab kebencian

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0057 : tinggal bida'h sebab kebencian

Assalamu'laikum ustaz.

Perlukah saya tinggalkan majlis yg berunsur bida'h sedangkan orang kampung mula membenci saya.

Wassalam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-01-0057 : tinggal bida'h sebab kebencian

:wassalam

Prof Dr al-Imam allamah almujtahid al 'asyr, mengatakan, mengingkari dan memerangi bid'ah terpaksa dilakukan demi memurnikan semula sunnah atau Islam yg murni. Paling kurang ia berlaku setiap 100 tahun, di mana akan muncul tokoh2 yang akan bangkit memperbaharui semula Islam dari timbunan bid'ah [HR Abu Daud dari jalur Abu Hurayra, disahihkan oleh al-Albani]

Mengingkari bid'ah itulah yg menjaga agama dan Allah beri pengiktirafan kepada pengingkar bid'ah:

" dan siapakah yg lebih baik agamanya drpd orang yg ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah sedang ia mengerjakan kebaikan dan ia mengikuti millah Ibrahim yg hanif?" AQT 4:125

[Qardhawi, asSunnah wal Bid'ah, Maktabah wahbah, 1999)

Guru dan mursyid kepada Dr Qardhawi, Ust Hasan albanna pulak meletakkan cara memerangi bid'ah ini dalam Usyul # 11 dari 20 Usyul Rukun Kefahaman. Nasihat Imam Hasan, "Memerangi bid'ah hendaklah dilakukan dgn cara paling baik supaya tidak membawa perkara yg lebih buruk dari bid'ah itu sendiri (yakni perpecahan dan kebencian antara muslim)." Perang bid'ah dgn cara lemah lembut dan bijaksana hendaklah diutamakan. Ini kerana terbukti, kata Imam Hasan, banyak perkara boleh dibaiki dengan lembut berbanding dengan cara keras.

Ulasan:

Bila orang kampung mula membenci kita, itu bermakna kita telah menggunakan cara kekerasan sedangkan orang kampung bukanlah kaum yg mengerti apa itu sunnah dan bid'ah. Kita kena banyak bersabar dengan orang kampung...ini kerana orang kampung boleh berubah jika kita tahu cara-caranya dan tidak mustahil suatu hari mereka akan bersama menegak sunnah. WA