SJ-01-0079 : gangguan

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0079 : gangguan

assalamualaikum.. sayer ingin bertanyer pasal ... sy dihantui dengan gangguan fikiran dimaner setiap pergerakkan manusia.. akan ader gangguan pertanyaan adakah halal atau haram... takut jugak ragu2 pada hukum Allah... mcm maner nak selesaikan masalah nie?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-01-0079 : gangguan

:wassalam

al-Jawab:

Sifat yang anda miliki itu dinamakan sifat TAQWA, yakni anda melangkah dalam kehidupan sentiasa menjaga akan halal & haram, yakni menjaga batasan Allah SWT. Inilah maksud hadith # 6 dalam Matn Arba'in anNawawiyah, yang bermaksud," ketahuilah bahawa setiap raja ada kawasan larangan , adapun larangan Allah yang apa-apa yang diharamkanNya.." [Bukhari-Muslim].

Sifat berhati-hati atau taqwa ata wara' itu adalah sebaik-baik sifat yang dimiliki oleh seseorang muslim. Maka ilmu yang awal yg anda kena miliki ialah apakah larangan-larangan Allah baik dalam akidah, ibadah dan mu'amalat. Buku terbaik ialah Halal & Haram dalam Islam oleh Dr al-Qardhawi. WA