SJ-01-0094 : Imam syafie mengaku syiah?

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0094 : Imam syafie mengaku syiah?

:salam

saya ada sket kemusykilan, saya ada pergi ke blog faizal tehrani, baca pasal komen beliau mengenai ucapan presiden iran di universiti columbia, tapi dalam soal jawab dengan pengunjung dia ada menyatakan seperti berikut:

"Lagipun kalau akidahnya diragui, akidah kita pun dalam keraguan kerana Imam Syafie pernah mengaku dia rafidah atau syiah!"

yeke iman syafie mengaku jadi syiah?

harap panel al-ahkam dapat merungkai persoalan ini.

terima kasih.

link persoalan:
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=23491614&postID=4938768968931249581

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-01-0094 : Imam syafie mengaku syiah?

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Imam Syafie (wafat 204h) tidak pernah mengaku menjadi pengikut syiah. Tetapi beliau pernah dituduh sebagai pengikut syiah oleh orang yang dengki kepada beliau semasa beliau bertugas di Najran.

Tuduhan ini telah menyebabkan beliau dibawa ke Baghdad bersama sembilan orang pelampau syiah untuk dihukum oleh Khalifah Harun ar-Rasyid.

Beliau terselamat dari hukuman bunuh setelah menjelaskan penyelewengan tuduhan yang tidak masuk akal itu. Dan akhirnya Khalifah menyuruh membayar 50,000 dirham kepada Imam Syafie.

Rujukan:
- Tawali at-Ta'sis li Ma'ali Muhammad bin Idris oleh Ibn Hajar al-'Asqalani: m/s: 127-132.

Wallahu a3lam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-01-0094 : Imam syafie mengaku syiah?

sedikit tambahan:

mungkin apa yg didakwa mereka bahawa Imam Syafie mengaku sebagai syiah kerana mereka menjumpai satu syair yg dinisbahkan kepada Imam Syafie yg berbunyi:

Åä ßÇä ÑÝÖÇð ÍÈøõ Âáö ãÍãÏò ... ÝáíÔåÏö ÇáËÞáÇäö Ãóäí ÑÇÝÖí
maksudnya:
Jika cinta kepada keluarga Muhammad adalah Rafidhah, maka saksikanlah jin dan manusia bahawa aku adalah Rafidhi.

Sebenarnya, hujah ini menikam mereka sendiri. Kerana Imam Syafie BUKAN mengiktiraf dirinya sebagai syiah, tetapi maksud kata-katanya ialah: MEMPERTIKAIKAN BAHAWA RAFIDHAH (SYIAH) CINTA PADA AHLI BAIT.

Hanya mereka yang tidak memahami uslub Bahasa Arab yang kata Syafie mengaku Rafidhah/Syiah. Orang yang belajar Bahasa Arab boleh bandingkan uslub Syafie dengan uslub Quran ini.

Firman Allah Taala:
Þá Åä ßÇä ááÑÍãä æáÏ ÝÃäÇ Ãæá ÇáÚÇÈÏíä
maksudnya:
"Katakanlah (Wahai Muhammad) Kalaulah Tuhan al-Rahman mempunyai anak, maka akulah yang mula-mula memuliakannya". (Al-Zukhruf: 81)

Ayat ini bukan menunjukkan Nabi memuliakan anak Tuhan, tetapi MENAFIKAN TUHAN ADA ANAK.

Sama dengan syair Imam Syafie, bukan mengaku sebagai Rafidhah (Syiah) tetapi MENAFIKAN RAFIDHAH CINTA AHLI BAIT.

Dalam Siyar A'lam Nubala, dinukilkan kata-kata Syafie sendiri: "Aku tidak pernah melihat orang yang lebih dusta penyaksiannya daripada Rafidhah". 10/89.

Kesimpulan: Benar apa yg dikata Syeikh Izrail, Imam Syafie tidak pernah mengaku sebagai syiah.

Wallahu A'lam