SJ-01-0114 : Peristiwa ketika Rasulullah Israk Mikraj

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0114 : Peristiwa ketika Rasulullah Israk Mikraj

:salam

Terlebih dahulu saya mohon maaf di atas kedhaifan saya menghuraikan soalan. Minta penjelasan ahli panel mengenai peristiwa yang dilihat oleh Rasulullah S.A.W ketika israk mikraj. Bersandarkan pengetahuan yang saya perolehi dari ceramah2, Rasululah menyaksikan beberapa siksaan ke atas penghuni2 neraka. Soalan saya, adakah syurga dan neraka telah dihuni dan hukuman2 kepada penghuninya telah berlangsung? Bukankah pembalasan syurga dan siksaan neraka hanya berlaku setelah kiamat? Adakah yang disaksikan Rasululah itu hanya gambaran ataupun roh2 umat terdahulu?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-01-0114 : Peristiwa ketika Rasulullah Israk Mikraj

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda sekadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Soalan : Apakah syurga dan neraka itu sudah ada penghuninya?

Didalam hadith Muslim ada menceritakan bahawa roh para Nabi dan Syuhada' dalam bentuk burung hijau berterbangan didalam syurga. Allah juga mengambarkan bahawa para syuhada' ini tidak mati, sebagaimana firmannya :-

æóáóÇ ÊóÍúÓóÈóäøó ÇáøóÐöíäó ÞõÊöáõæÇ Ýöí ÓóÈöíáö Çááøóåö ÃóãúæóÇÊðÇ Èóáú ÃóÍúíóÇÁñ ÚöäúÏó ÑóÈøöåöãú íõÑúÒóÞõæäó
dir="ltr">"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki." [Surah Aal Imran : 169]

Begitu juga didalam sebuah hadith Rasulullah :saw menjelaskan bahawa dia memasuki Syurga semasa tidurnya (mimpi). Didalam hadith Bukhari (Riyadus Solihin ms-563, 565) menyatakan bahawa baginda memasuki Syurga tanpa keluar dari rumahnya. Mimpi didalam tidur merujuk kepada persoalan roh, dan bukannya jasad. Masuk Syurga atau Neraka bersama Roh dan Jasad hanya berlaku pada hari akhirat (pengecualian kepada Nabi Adam dan Hawa yang pernah duduk didalam Syurga).

Peristiwa Isra' dan Mi'raj menurut Syiekh Sya'rawi merupakan mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Rasulullah :saw, dimana ia merupakan perjalanan roh dan badan. Menurut beliau mukjizat Isra' dan Mi'raj adalah berkekalan, mala ia berkekalan sehingga ke hari Kiamat (al-Fataawa LiSya'raawi, ms 241).

Syiekh Faizal Moulawi (Naib Pengerusi Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah) menyatakan bahawa peristiwa Isra' dan Mi'raj ini adalah perkara GHAIB dimana sebagai seorang Islam hendaklah menerimanya.

Menurut beliau bahawa Allah swt telah menghimpunkan kepada Rasulullah :saw pada peristiwa Isra' dan mi'raj masa LAMPAU, SEKARANG dan AKAN DATANG. Allah telah membawa Nabi :saw ke zaman lampau dengan membawa kesemua Nabi bermakmumkan beliau didalam solat.

Allah juga telah mendatangkan masa AKAN datang sehingga hari Akhirat dan menunjukkan Nabi :saw beberapa contoh siksaan yang berlaku pada hari tersebut.

Kedua-dua perkara ini adalah keajaiban dan menguji pemikiran manusia dan hukum alam, akan tetapi Allah yang Maha Besar pencipta Alam, berkuasa melakukan ini sebagai sokongan kepada Nabinya.

Menurut Syiekh Ahmad Kutty, penjelasan kepada isu ini adalah ruang dan waktu dijadikan sekali kepada baginda pada masa tersebut, kerana perjalanan Isra' dan Mi'raj merupakan pengalaman yang menjangkaui halangan ruang dan waktu.

Memang benar apa yang anda nyatakan bahawa kemasukkan ke syurga dan neraka hanya akan berlaku selepas hari Kiamat nanti. Apa yang digambarkan didalam peristiwa Isra' dan Mi'raj adalah mukjizat kepada Nabi :saw, dan Allah swt memperkenankan kepada hambanya untuk diperlihatkan peristiwa masa silam dan peristiwa akan datang iaitu hari Akhirat, termasuklah Syurga dan Neraka. WA.

Sekian, wassalam

sumber :-

ãÔÇåÏ áíáÉ ÇáÃÓÑÇÁ æÇáãÚÑÇÌ URL - http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528619914

خيرالأمين