SJ-01-0124 : ihsan lagi

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0124 : ihsan lagi

:salam

adakah terdapat rukun ihsan??sepertimana iman dan islam..
ada kitab khusus dalam bab ni??

sekian
asif
:wassalam ::roll:

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-01-0124 : ihsan lagi

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Secara umumnya , Ihsan hanya mempunyai 2 syarat / rukun utama berdasarkan hadis Saidina Umar ra :

ÝóÃóÎúÈöÑúäöí Úä ÇáÅöÍúÓóÇäö¡ ÞóÇáó: Ãóäú ÊóÚúÈõÏó Çááå ßÃóäøóßó ÊóÑóÇåõ ÝóÅöäú áóãú Êóßõäú ÊóÑóÇåõ ÝóÅöäøóåõ یóÑóÇßó.

"Dia berkata lagi:Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan. Baginda bersabda: Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.”

Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad ÇáÚÔÑÉ ÇáãÈÔÑیä , no: 346).
____________________________

Berdasarkan hadis di atas , terdapat 2 perkara yang menjadi asas atau pra syarat dalam bab ihsan ,( perkataan yang diboldkan).Apabila kedua-dua prasyarat tersebut dapat dilaksanakan dengan penuh keikhlasan hanya Kepada Allah swt , maka tercapailah maksud ihsan dalam erti kata yang sebenarnya.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com