SJ-01-0149 : Kertas penghalau Jin?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0149 : Kertas penghalau Jin?

salam ustaz..

saya ada kemuskilan.. di sebuah fakulti di universiti saya ada tertampal dengan banyak kertas2 yang tertulis sesuatu diatasnya.. dipercayai tujuan kertas itu ditampal utk menghindari gangguan mahluk halus @ jin kerana terdapat dakwaan berlakunya gangguan di kawasan tersebut.. diatas kertas itu tertulis ayat bismillah dgn byk dan tertulis juga satu arahan menyuruh penghuni asal keluar kerana tempat itu akan diduduki..

1. apakah kertas itu boleh dianggap sebagai tangkal?

2. apakah hukumnya menurut islam? haram @ dibenarkan sebagai salah satu kaedah menghalau mahluk halus?

sekian, wassalam..

Re: Kertas penghalau Jin?

:salam

Ringkasnya , kertas tersebut boleh di anggap sebagai azimat atau pun tangkal.Ini kerana ianya ditulis pada sehelai kertas dan kemudian di tampal ditempat-tempat tertentu dengan tujuan untuk menghalau makhluk halus dan juga sebagai pendinding dari gangguan makhluk tersebut.

Kamus Dewan mendifinasikan azimat sebagai bahan yg terdiri drpd tulisan yg ditulis pd kertas, kain, keratan kayu tertentu, atau sisik tenggiling yg dipakai pd bahagian tertentu tubuh (spt di pinggang) yg dianggap mempunyai sakti dan boleh mengelakkan penyakit, bencana, dsb.
(http://www.karyanet.com.my/knetbeta/index.php?tpf=kamus_Dewan&kata_utama=azimat&sid=2777561f925783ddbdc7191d8fa10a92&find=Cari)

Hal ini adalah salah satu bentuk atau kaedah pengubatan yang dilarang oleh rasulullah saw.Ini kerana secara logiknya , apabila kertas tersebut ditampal , setiap pelajar di Fakulti tersebut secara tidak sedar akan merasakan dirinya selamat serta terhindar dari gangguan makhluk halus serta berkemungkinan akan meletakkan keyakinan bahawa 'kertas' tersebut akan dapat menghalau makhluk halus tersebut.Ini dengan jelas telah menyebabkan seseorang itu syirik dan kufur kepada Allah swt , kerana sesungguhnya yang mendatang kemudharatan dan kemanfaatan ialah hanya Allah swt , bukan pada kertas tersebut walaupun dikatakan ia ditulis dengan ayat-ayat Al-Quran.

Rasulullah saw juga melarang umatnya dari menggunakan tangkal sebagaimana dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w. melihat seorang lelaki yang di tangannya ada ikatan ,lalu baginda bertanya:

“Apakah benda ini?” Lelaki itu menjawab: “Aku menjadikannya sebagai pelindung daripada sejenis penyakit.” Lalu Rasulullah bersabda: “Tiadalah ia menambah bagi kamu kecuali kelemahan. buangkanlah ia daripadamu, kerana sesungguhnya jika kamu mati dan ia berada di sisimu, maka tidaklah ia akan membantu kamu selama-lamanya .”
[al-Targhib wa al-Tarhib oleh al-Munziri, hadis no: 5067 dengan sanad yang hasan].

Begitu juga dengan satu riwayat lain :

"Sesungguhnya azimat (jampi), tangkal, dan tiwalah (minyak pengasih) adalah syirik." (HR Ibn Majah, no 3530.)

Walaupun disana terdapat sebahagian Ulama yang mengharuskan penggunaan tangkal atau azimat daripada ayat-ayat Al-Quran , tapi dari sudut berhati-hati adalah lebih baik ianya dijauhkan kerana sedikit demi sedikit ianya akan menimbulkan bibit-bibit keyakinan kepada tangkal dan menghakiskan keyakinan kepada Allah swt....Allahu A'alam.

Adalah lebih baik jika setiap pelajar melazimkan membaca Al-Quran di tempat tersebut disamping mengamalkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang tertentu sebagai pendinding diri seperti bacaaan ayatul kursi dan 3 Qul yang sememangnya thabit dari Rasulullah saw sebagai pelindung diri dari gangguan Makhluk halus dan jin....Allahu A'alam.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com