SJ-01-0158 : Putus Silaturrahim krn pertahankan pendirian...

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0158 : Putus Silaturrahim krn pertahankan pendirian...

Assalamualaikum ustaz,

saya merupakan pelajar(sec tidak formal) pengajian Ilmu secara Salafi samada di Masjid @ diinternet sprt di al-ahkam.net ni....
apabila keyakinan bersama dalil saya perolehi saya cuba amalkan,tetapi malangnya berlawanan dgn amalan tempatan.

Ringkasnya situasi saya sekarang saya bagaikan tidak disukai masyarakt setempat kerana sikap saya tidak memenuhi undangan apabila dijemput menghadiri tahlil arwah.Ini kerana saya berdiri dengan dalil.

soalan saya :

1- adakah sikap sy tidak memenuhi undangan tahlil itu adalah sikap yg dilabelkan org sbg 'extreme' dlm menilai agama??
2- Ada org (ustz juga pangkatnya) ckp "anta mementingkan pendpt anta dlm perkara khilaf drpd perkara besar lagi iaitu silaturrahim"....betulkah ustaz sy begitu??
3-Apabila selesai solat maghrib mlm jumaat dimasjid,imam announce nak wat tahlil pd arwah sifulan, lalu org ramai dtg rapat2 tp saya memilih meninggalkan majlis itu....adakah saya dikira tak patut ust??

jadi yg mana saya patut pilih, hati orang setempat atau pegangan saya?? kalau sy join,atas alasan silaturrahim??

p.s:tmpt saya kalu tahlil dirumah,mesti dipasang colok cina(yg lidi tu) nak bg asap masa tahlil....tak tau nape,tp dah turun temurun

minta pandangan dan pencerahan dari ustaz agar hati saya tenang....syukran ::|

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Putus Silaturrahim kerana pertahankan pendirian...

:salam

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد

Kesimpulan daripada apa yang telah saudara lakukan dan apa yang telah terjadi ke atas diri saudara ialah seperti berikut :

1. Adalah haram bagi saudara memutuskan tali persaudaraan @ silaturrahmi sesama manusia berdasarkan sabda Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub r.a :

لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثٍ يَلْتَقِيَانِ فَيَصُدُّ هَذَا وَيَصُدُّ هَذَا وَخَيْرُهُمَا الَّذِي يَبْدَأُ بِالسَّلَامِ

Maksudnya :
Tidak halal kepada seseorang Islam menjauhi saudaranya lebih dari 3 hari.Apabila bertemu masing-masing berpaling ke arah lain dan yang paling baik antara keduanya ialah yang memulakan salam.
(HR Bukhari 5678 , Muslim 4643)

2. Saudara perlulah mencari seseorang yang rapat dengan saudara untuk menceritakan mengapakah saudara tidak dapat turut sama dalam majlis2 tahlil yang diadakan oleh masyarakat.Sahabat saudara mungkin boleh menceritakan sedikit demi sedikit kepada masyarakat dan kemungkinan penjelasan yang diberikan oleh sahabat saudara lebih mudah untuk diterima oleh masyarakat darpada mulut saudara sendiri yang dipulaukan oleh masyarakat.

3. Walaupun saudara menolak untuk bersama-sama dengan masyarakat dalam majlis-majlis yang dianggap bid’ah , tetapi tidak semestinya saudara turut memulaukan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh masyarakat.Adalah WAJIB bagi saudara untuk turut serta dalam majlis-majlis atau aktiviti2 kemasyarakatan yang dianjurkan seperti gotong royong , sukan , kenduri kendara majlis-majlis ilmu , kebudayaan dan sebagainya.Ini kerana dengan penyertaan saudara pada program2 tersebut akan merapatkan kembali hubungan silaturrahmi yang mungkin telah terputus.

4. Bermu’amalah atau bergaullah dengan masyarakat melalui akhlak yang mulia dan terpuji dan lakukanlah sebanyak mungkin kebaikkan dan beri pertolongan kepada masyarakat setempat yang memerlukan.

5. Campuri sekerap mungkin dengan masyarakat , seperti berbual-bual di kedai-kedai kopi , restoran , masjid , dewan orang ramai , di padang permainan dan sebagainya.

Bila mana saudara dapat melakukan apa yang di atas dan apa-apa sahaja aktiviti yang boleh merapatkan hubungan sesama penduduk , in sya Allah , tidak timbul soal silaturrahmi yang terputus atau tidak…Masyarakat akan melupakan pegangan saudara dalam hal-hal bid’ah lantaran kerjasama dan keperihatinan saudara dalam hal-hal kemasyarakatan.

Pendek kata , Kita berpegang utuh dengan pendirian yang tegas dalam soal-soal ibadah dan akidah , tetapi kita boleh bertolak ansur dalam hal-hal selain keduanya.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com