Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.
Yang dimaksudkan dengan berlapang-lapang dibulan Muharram adalah terdapatnya segelintir mereka yang berpendapat bahawa seseorang yang berbelanja untuk anak-anak dan isteri pada hari Asyura' (10 Muharram), Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. Di dalam kitab Tatsbitul Fu’ad (ms 223) menyebut :
واما عاشوراء فانما هو يوم حزن لا فرح فيه ، من ان قتل حسين كان فيه ، ولم يصح فيه اكثر من انه يصام ويوسع فيه على العيال ، ولكنه في نفسه يوم فاضل .
"Adapun hari Asyura’ adalah hari sedih/dukacita dan tidak mungkin ada kegembiraan di dalamnya, kerana hari tersebut mengingatkan terbunuhnya Husein. Tidak dibenarkan melakukan perkara yang lain melebihi dari berpuasa dan tausi’ah (memberi belanja lebih) keatas keluarga, akan tetapi hari itu sendiri adalah hari yang afdhal"
Puak Syiah pula bertegas mengatakan bahawa syariat berpuasa pada hari tersebut adalah karut. Menurut al-Miqrizi, Imam Muhammad al-Baqir, yang dikatakan Imam ke 5 Syiah pernah berdo'a "Ini adalah hari dimana Bani Umaiyah dan anak keturunan wanita yang memamah jantung menyakini keberkatannya hari tersebut kerana telah berjaya membunuh Husein".
Al-Miqrizi menyatakan bahawa penguasa Ayubiyah setelah berjaya menjatuhkan kerajaan 'Alawiyin menjadikan hari Asyura' seagai hari kegembiraan, semata-mata untuk menyakitkan hati penganut Syiah yang bersedih pada hari tersebut. Pada hari tersebut mereka akan berbelanja (berlapang-lapang), menyediakan pelbagai makanan, bercelak, dsb.
Namun demikian, pendapat yang selain dari berpuasa pada hari tersebut adalah berdasar kepada hadith-hadith yang tidak mempunyai kekuatan. Berkata Imam Ibn al-Qayyim rh :-
أحاديث الاكتحال يوم عاشوراء، والتزين، والتوسعة والصلاة فيه، وغير ذلك من فضائل، لا يصح منها شيء، ولا حديث واحد، ولا يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم فيه شيء، غير أحاديث صيامه، وما عداها فباطل. وأمثل ما فيها: "من وسَّع على عياله يوم عاشوراء، وسع الله عليه سائر سنته"، قال الإمام أحمد: لا يصح هذا الحديث.
"Hadith-hadith tentang bercelak pada hari Asyura', berhias, meluaskan sesuatu perkara, solat khusus pada harinya dan lain-lain kelebihan tidak ada sesuatupun yang sahih, Ia tidak thabit dari Nabi :saw mengenainya selain dari hadith-hadith tentang puasa. Perkara yang selain dari amalan berpuasa adalah Batil. Misalnya : "Sesiapa yang meluaskan memberi makan keluarganya pada hari 'Asyura, Allah akan meluaskan untuknya sepanjang tahun." [Fiqh al-Shiyam, al-Qaradhawi, ms 144].
Jelas disini bahawa amalan berlapang-lapang khusus pada bulan Muharram tidak disyariatkan. Apa yang disyariatkan oleh Islam pada hari tersebut adalah berpuasa. Sabda Nabi :saw "
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ
“Puasa yang paling utama selepas Ramadhan ialah puasa di bulan Muharram, dan solat paling utama setelah solat fardu adalah Solat Malam"
Didalam sebuah riwayat dari Abu Qatadah ra, beliau berkata : Rasulullah saw bersabda :
صوم يوم عرفة يُكفِّر سنتين: ماضية ومستقبلة، وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية
"Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) 2 tahun : yang lepas dan yang akan datang, dan puasa pada hari 'Asyura' menghapuskan (dosa) setahun yang lepas" -[Hadith diriwayatkan oleh semua kecuali al-Bukhari dan Tirmudzi, Nailul Authar, 4/323].
Wa’alaikumussalam.

Sekian, wassalam
خيرالأمين