SJ-03-0003 : Alkohol dlm minyak wangi dan sorbitol....

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0003 : Alkohol dlm minyak wangi dan sorbitol....

Assalammualaikum....
Salam kasih buat akhi2 di al-ahkam....saya nak kemukakan sedikit permasalahan berkenaan alkohol dalam minyak wangi....adakah ia dikira najis atau tidak???Sah atau tidak solat jika menggunakan minyak wangi yang beralkohol??Dan lagi satu....saya penah terbaca satu pendapat....sorbitol adalah jenis alkohol yang boleh dan halal digunakan dalam bidang pemakanan....kalau betul....apa beza sorbitol dgn alkohol2 lain....saya harap akhi2 dapat tolong saya....kalau ada khilaf....harap dapat nasihat akhi2 mana yang lebih afdhal utk diikuti.....terima kasih.....Wassalam....

re: SJ-03-0003 : Alkohol dlm minyak wangi dan sorbitol....

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr irzan dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

(1) Menurut ulama'-ulama' kontemporer seperti Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, Sheikh Nasyiruddin Al-Albani, Sheikh Faisal Molawi dsb bahawa minyak wangi yang bercampur alkohol bukanlah najis, oleh kerana yang diharamkan adalah meminumnya. Najis arak bukanlah dari segi 'ain (fizikal)nya, akan tetapi kenajisannya dipandang dari sudut memabukkan. Walaubagaimanapun menurut mereka, penggunaan alkohol didalam minyak wangi adalah dengan kadar yang sedikit, iaitu kadar yang dima'afkan. Mereka berpendapat bahawa seseorang yang memakai minyak wangi yang mempunyai kandungan alkohol, tidak membatalkan solat. Akan tetapi, menurut Sheikh Faizal Molawi, Naib Pengerusi Majlis Penyelidikan dan Fatwa Eropah, lebih (afdal) elok tidak menggunakannya didalam solat sebagai jalan tengah diantara perselisihan ulama'. Fatwa beliau boleh dilihat didalam ruangan fatwa al-ahkam di url berikut : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=25960 .

(2) Sorbitol (ÓæÑÈíÊæá) ialah sejenis gula asli yang terdapat pada buah-buahan seperti plum, apple, peach, dan apricots . Definasi sorbitol:-

ÓßÑ ÇáÓæÑÈíÊæá ãæÌæÏ Ýí ÇáØÈíÚÉ Ýí ÇáÝæÇßå¡ ÈãÇ Ýí Ðáß ÇáÊÝÇÍ æÇáßãËÑì æÇáÎæÎ æÇáÈÑÞæÞ. íÓÊÚãá ãÑÖì ÇáÓßÑí åÐÇ ÇáÓæÑÈíÊæá ááÊÍáíÉ ÈÏáÇ ãä ÇáÌáæßæÒ¡ æÇáÚÏíÏ ãä ÇáÃØÚãÉ ÇáãÎÕÕÉ áãÑÖí ÇáÓßÑ Êßæä ãÍÖÑÉ ÈÇÓÊÎÏÇã ÇáÓæÑÈíÊæá. ßÐáß ÇáÍáæì æÇáÚáßÉ ÇáÎÇáíÉ ãä ÇáÓßÑ.
"Terdapatnya gula sorbitol wujud secara asli didalam buah-buahan, termasuk apple, pear dan plum. Para pesakit kencing manis menggunakan sorbitol sebagai bahan pemanis pengganti glucose, dan banyak makanan-makanan yang khas untuk pesakit kencing manis disediakan dengan menggunakan sorbitol. Ia juga terdapat pada gula-gula dan chewing gum untuk pengidap kencing manis" [ sumber : http://www.islamonline.net/Health/arabic/display.asp?hquestionID=9506 ]

Walaupun pada istilah 'kimia' dikatakan alkohol, akan tetapi bukanlah ia sejenis alkohol yang diharamkan seperti arak dsb. Jenis alkohol yang diharamkan ialah ethyl alcohol, maka sorbitol bukanlah jenis alkohol yang haram. Ia juga digunakan pada ubat gigi, gula-gula mint yang mana orang-orang yang mengidap penyakit diabetes menggunakannya sebagai ganti gula (sweetening).

Sebagai maklumat tambahan, menurut FDA (Food and Drug Administration), sorbitol boleh menyebabkan astrointestinal symptoms, seperti Diarrhea. WA

wassalam

خيرالأمين