SJ-03-0011: air ketuban

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0011: air ketuban

Saya telah pun browse arkib soalan2 yg pernah dikemukakan yg berkaitan dgn air ketuban yg keluar bersama darah sebelum bersalin. Dan diutarakan fatwa yg dikeluarkan bahawa (ada satu ulamak kata) ianya adalah nifas, manakala satu ulamak lagi ianya adalah haidh. Maka di situ tidak diwajibkan solat.
Persoalan saya ialah mengenai air ketuban (amniotic fluid) yg pecah tetapi tidak dtg apa2 tanda utk bersalin. Pecah/keluar 5 minggu sebelum due date. Dan jika air tersebut tidak mengandungi darah. Dan hanya kadang2 warnanya bertukar, dari putih jernih ke, kuning, pink, jernih kembali etc. Adakah ianya termasuk dlm nifas/haidh jugak?

SJ-03-0011: air ketuban

:salam

Ia bukanlah darah haid atau nifas. Darah haid hanya berlaku apabila Ovum tidak disenyawakan. Manakala, darah nifas adalah darah yg keluar selepas kelahiran anak.

Warna amniotic fluid (air ketuban) bergantung kpd old fetal blood cells, lanugo hair dan vernix. Perkumuhan fetal (janin atau bayi) spt kencing atau buang air besar juga akan mempengaruhi warna air ketuban.

Dlm fatwa Lajnah Al-Daa'imah ( ßÊÇÈ ÇáÝÊÇæì ÇáÌÇãÚÉ Ì/1 Õ/355Õ) mengatakan bahawa perempuan yg ketuban yg meleleh keluar sedangkan ia dlm keadaan puasa, puasanya adalah sah.