SJ-03-0015 : Bersuci

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0015 : Bersuci

:binky:
Assalammualaikum,

Perlu atau tidak mencuci dengan menggunakan air mutlak...
kalau atau nas atau hadis sudi kiranya us. memberi saya rujukan ..
sekian..wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-03-0015 : Bersuci

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr assb4558 dengan kadar kemampuan yang terhad, Insyaallah.

Bagi menjelaskan beberapa kekeliruan dan pandangan didalam permasalah bersuci, kami ingin menjelaskan permasalahan ini dari aspek penilaian semula cara bersuci oleh Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi didalam buku terbarunya Fiqh Taharah cetakan Maktabah Wahbah.

Bahan asas bagi bersuci ialah AIR, Allah swt telah mencipta air sebagai sesuatu yang suci dan menyucikan. Firman Allah swt :-

æóÃóäúÒóáúäóÇ ãöäó ÇáÓøóãóÇÁö ãóÇÁð ØóåõæÑðÇ
"Dan kami turunkan dari langit air yang bersih" - [surah al-Furqan:48].

Air pada asalnya disebut sebagai Air Mutlak iaitu yang belum bercampur dengan sesuatupun dan belum memiliki nama selain 'air' adalah suci dan menyucikan, iaitu ianya suci dalam dirinya sendiri dan menyucikan bagi lain. Semua ini telah ditetapkan didalam al-Quran, sunna dan Ijma'.

Air tidak akan berubah sifatnya sebagai benda yang menyucikan kecuali 2 perkara :-

(a) Jika ia bercampur dengan gula, tepung dan benda dengan serupa dengannya. Maka ketika itu air tidak lagi memiliki sifat menyucikan benda lain walaupun ia tetap berada didalam keadaan suci. Namun demikian jika air bercampur dengan bahan yang menyucikan seperti sabun, za'faran dsb; yang dikatakan tidak mengubah sifat kesucian air, ia dibolehkan. Bahkan jika benda-benda itu boleh menambahkan bersih dan suci, maka tidak ada masalah didalam menggunakannya.

(b) Jika air bercampur dengan najis yang mengubah warna, bau dan rasa air. Sebahagian ulama' seperti Imam Al-Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad menganggap bahawa syaratnya mestilah cuku dua kolah. Mereka berpendapat jika air tidak cukup 2 kolah, dan dimasuki najis, walaupun ia tidak mengubah warna, bau dan rasa, ia tetap najis. Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengambil pandangan bahawa sedikit atau lebih air jika ia tidak mengubah warna, bau dan rasa, ia tetap tidak najis.

Sebahagian ulama' juga berpendapat bahawa Air Musta'mal adalah suci tetapi tidak menyucikan. Air ini dikatakan bekas air wudhu', dan mandi dan air tersebut sedikit. Namun demikian tidak ada satu dalil yang menunjukkan akan kebenaran pendapat ini. Bahkan terdapat dalil yang menyebut sebaliknya. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa salah seorang isteri Nabi saw mandi junub, kemudian Rasulullah saw datang dan berwudhu' dengan sisa air tersebut. (Hadith riwayat Ahmad #1/35/284, al-Nasaa'i 1/173, Ibn Majah 371-372, Al-Darimi 1/187, Ibn Khuzaimah 109, Ibn Hibban Al-Ihsan 1242, al-Hakim 1/195. Al-Dzahabi mengatyakan bahawa hadith ini shahih).

Para fuqaha sepakat bahawa menghilangkan najis dengan air, sebab air adalah pokok untuk bersuci. Namun demikian mereka berbeza pendapat tentang menghilangkan najis dengan alat yang lain. Ibn Taimiyah berkata : adapun menghilangkan najis dengan selain dari air terdapat 3 pendapat :-

(a) Tidak boleh - sebagaimana yang disebut oleh Al-Syafie. Ini merupakan salah satu dari pendapat Malik dan Ahmad.
(b) Boleh, sebagaimana yang dikatakan oleh Abu Hanifah. Ini merupakan pendapat kedua dari pendapat Malik dan Ahmad.
(c) Didalam mazhab Ahmad, dibolehkan jika keadaan memerlukan. Sebagaimana penyucian kuching dengan air liurnya atau sucinya anak kecil dengan air liurnya dsb.

Nabi saw memerintahkan mencuci dengan air. Akan tetapi perintah Nabi saw ini tidak bersifat umum. Beliau mengizinkan penggunaan selain dari air untuk menghilangkan najis didalam hal-hal tertentu. Contohnya didalam masalah istijmar, iaitu beristinja' dengan menggunakan batu. Begitu juga dengan masalah sepasang sandal. Baginda bersabda :"Kemudian hendaklah dia menggosok-gosokkan dengan debu kerana debu boleh membersihkan kedua-duanya". [Hadith riwayat Abu Daud]. Dengan kata lain, najis dikasut, sandal dsb dibersihkan dengan debu jua semasa kita berjalan. Begitu juga dengan kes jubah, seluar yang hujungnya terkena tanah, tanah dan debu akan menyucikannya. [Hadith riwayat Malik, Abu Daud, al-Tirmudzi, Ibn Majah dan Al-Darimi. Semuanya dari Ummu Salamah].

Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengambil pandangan Ibn Taimiyah rh. (Majmu' Fatawa 21/474-475) mengatakan bahawa pendapat yang lebih kuat didalam masalah ini ialah ; sesungguhnya najis jika telah dihilangkan dengan cara apa sekali pun, maka hukum kenajisan juga lenyap/hilang. Kerana jika sesuatu hukum ditetapkan dengan suatu illat, maka ia akan hilang dengan hilangnya illat. Namun demikian hukum ini tidak termasuk menggunakankan makanan dan minuman untuk menghilangkan najis, tanpa ada sesuatu yang mendesak. Kerana ia termasuk hukum merosakkan harta benda, sebagaimana beristinja' menggunakan makanan dan minuman. WA.

wassalam
==========
Rujukan :-

1. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi. Fiqh Al-Taharah (siri fiqh taisir). Kaherah : Maktabah Wahbah, 2002.

2. Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah. (susunan Abdul Rahman bin Mohammad bin Qaasim) Majmu' Fatawa - 21. Mekah : Maktabah Hukumah, 1969.

خيرالأمين