SJ-03-0040 : Najis Mughallazah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0040 : Najis Mughallazah

:salam

Saya nak menghuraikan beberapa mazalah.
1. Saya difahamkan surau di sekolah saya di kawasan koridornya telah dijadikan oleh beberapa ekor anjing sebagai tempat tidur pada waktu awal pagi. dalam pukul 5 - 6.30 pagi. Persoalannya ialah adakah kawasan koridor surau sekolah saya perlu disucikan dengan 7 kali basuhan.
2. Jika ada di kalangan pelajar yang masuk ke kawasan surau sebelum di sucikan, adakah pelajar tersebut juga perlu menyucikan diri mereka dengan 7 kali basuhan?
3. Adakah carpet surau juga perlu dibasuh dengan 7 kali basuhan? Ini kerana karpet surau telah dipijak oleh pelajar yang masuk ke dalam surau sebelum koridor surau disucikan.
Diharap dapat memberikan jawapan secepat mungkin

zazalie80@yahoo.com /

SJ-03-0040 : Najis Mughallazah

:wassalam

alJawab:

1) Tidak perlu, sebab perintah agama hanya penyucian bila bejana (perkakas dapur) dijilat anjing sahaja. Dalilnya: Dari Ibn Umar ra:
Bahawa anjing masuk keluar mesjid pada masa RasuluLlah saw dan parta sahabat tidak menjirus air apa pun (yakni membiarkan sahaja)." (alBukhari-Muslim, lihat Fiqh Taharah, Dr alQardhawi)

2) Tidak perlu

3) Tidak perlu

Qias jilatan anjing pada bejana (pingganmangkuk) adalah qias yg salah jika diqiaskan dengan tempat tidur anjing. sekian