SJ-03-0068 : najis - udang & sotong

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0068 : najis - udang & sotong

:salam

saya ada satu pertanyaan...seperti yang kita tahu darah binatang itu najis..tetapi bagaimana pula dengan kehidupan laut seperti udang dan sotong..apabila kita sedang mencuci bahan ini untuk memasak terkena air basuhan nya di baju kita...adakah boleh kita memakai pakaian itu untuk sembahyang...adakah air basuhan itu dikira najis atau pun sekadar air kotoran biasa sahaja..terima kasih

:wassalam

SJ-03-0068 : najis - udang & sotong

:wassalam

al-Jawab:

Sah, hatta darah kita menyembelih lembu sekalipun boleh. Yang jadi masalahnya ialah kita hendaklah memiliki pakaian yg bagus untuk solat kerana hendak menemui Pencipta kita. Ia termasuk adabul Solat (susila solat), kecuali ia adalah kes dharurat dan tidak ada lagi pakaian yg lain. Rumusan: percikan dakwat sotong dan air udang itu tidak najis. WA