SJ-03-0102 : Membersihkan najis cicak

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0102 : Membersihkan najis cicak

Assalamualaikum ustaz,
Bagaimana cara terbaik membersihkan najis cicak di atas lantai dan carpet? Mungkin ada yang baru/lembap, kering atau yang melekat. Saya lihat ramai yang hanya menyapu atau vacuum sahaja seperti menyapu sampah biasa.

Terima kasih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-03-0102 : Membersihkan najis cicak

Bismillahi wal hamdulillah

Al-Jawab :

Secara ringkasnya , apa yang paling penting ketika membersihkan najis ialah kawasan yang terkena najis itu mestilah bersih daripada sebarang kesan yang ditinggalkan oleh najis tersebut.Begitu juga hendaklah najis tersebut tidak terkena ditempat lain yang boleh mengakibatkan kawasan lain pula yang bernajis.

Tidak salah menggunakan vakum pada najis yang telah kering , kerana secara kaedahnya najis yang telah kering tersebut tidak akan meninggalkan kesan-kesan najis ditempat yang lain.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com