:salam
Sedikit soalan ringkas berkaitan wuduk dan air.
Pernah terdengar ttg hukum tidak boleh berwuduk dgn air yg panas akibat disinari matahari dalam tempoh lama. (maaf jika salah)
Adakah boleh berwuduk dgn :
Aair yg panas ketika berada dalam batang paip/getah paip?
Perlukah tunggu hingga aliran air panas tadi bertukar menjadi sejuk?
Bagaimana jika air yang panas itu terjadi kerana panas di bahagian atap yg membuatkan air di dalam tangki menjadi panas/suam2?
Sekian, terima kasih ::D
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.
Menurut Dr Wahbah Zuhaily, Mazhab Syafie menghukumkan makruh tanzih kepada mereka yang bersuci menggunakan air yang terlalu panas, air yang terlalu sejuk dan air yang dijemur dibawah sinaran matahari yang dikenali dengan air Mushammas.
Makruh tahzih oleh kerana ia bukanlah tegahan akan tetapi digalakkan meninggalkannya, akan tetapi hukumnya tidak putus. Ia bukanlah makruh yang mirip kepada haram.
Hukumnya makruh selama-mana air tersebut panas, dan hukumnya akan berubah apabila air tersebut menjadi sejuk. Hukum tersebut hanya berlaku kepada air yang tidak diisi didalam bekas emas atau perak. Namun demikian, bagi air yang dipanaskan oleh "water heater",jika ia tidak terlalu panas, maka hukumnya tidak memakruhkan.
Menurut Syiekh Abdul Rahman Ibn Jibrin rh, jika air tersebut terlalu panas, wudhu' tersebut sah, tetapi hukumnya makruh, kerana ia mungkin akan memberi kesan kepada kulit dan menyebabkan sakit.
sila lihat :
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/3414b528d00ea7eb482574910024d6d3?OpenDocument
Sekian, wassalam
خيرالأمين