SJ-03-0141 : Membasuh bumbung (siling) kereta terkena najis

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0141 : Membasuh bumbung (siling) kereta terkena najis

:salam

Terima kasih pihak AAN, iaitu Ustaz kamin kerana menjawab soalan saya sebelum ini.
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=93&t=39810#p157820

Yang menjadi masalah ialah membasuh bahagian dalam (bawah) bumbung kereta, ataupun siling kereta. Bahagian lain dapat di basuh sama ada dengan air sahaja ataupun air bercampur tanah, tetapi bahagian siling kereta (lapik fabrik baldu/span) jika disembur air akan menyebabkan air jatuh dan terkena kusyen/lantai/dashboard dan sebagainya. Bolehkah hanya dilap sahaja?

Sejauh manakah 'berjangkitnya' najis tersebut?

Sekian,
:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-03-0141 : Membasuh bumbung (siling) kereta terkena najis

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Anda boleh lapikkan kusyen/lantai dan dashboard dengan kain atau plastic. Lalukan sahaja air bumbung dengan kadar yang sedikit. Laluan air mutlak ini akan menyebabkan status kenajisan akibat “sentuhan” itu hilang. Perlu di ingat, najis sentuhan ini adalah najis hukmi dan bukan najis a’in (najis yang ada zat fizikalnya, ada bau, warna dan rasa). Tiada lagi “jangkitan najis” selepas ini (percikan air basuhan dan sebagainya). Boleh dilap dengan kain yang benar-benar basah, InSyaAllah.

Sekian, wassalam

خيرالأمين