SJ-04-0028 : kayu sugi

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0028 : kayu sugi

:salam

1. Apakah kedudukan berus gigi boleh disamakan dengan kayu sugi?

:wassalam

SJ-04-0028 : kayu sugi

:wassalam

alJawab:

Mengikut Dr al-Qardhawi, sama saja. Beliau membahaskan dalam kitabnya Kayfa Nata'amalu ma'aa asSunnah (bgmn berinteraksi dgn sunnah) pd fasal perbedaan antara anjuran yang berubah dan tujuan syari'at yang tetap.

Kayu sugi yang datang dari ranting pokok arak, sa'd atau asynam itu adalah alat bersugi dan yang dikira ialah tujuan bersugi itu iaitu kebersihan oral (oral hygiene).

Jadi berus gigi moden dan kayu sugi (dari ranting pokok arak) itu kedua-duanya sampai kepada maksud syari'at iaitu kebersihan mulut.
Jika kita katakan kayu sugi itulah tujuan sunnah atau syari'at, maka ia sudah tentu akan menyulitkan ummat yang bukan arab (ajam) kerana kayu arak atau kayu sugi itu tidak tumbuh di negara2 mereka, cthnya Malaysia, pokok sugi ini tidak ada.

Sama juga dengan pakai capal Nabi saw atau pakai sepatu moden? Naik unta atau kapalterbang ke Mekah...Nabi guna surat menyurat, dan kita guna internet dan SMS. sekian