SJ-04-0059 : Perihal wudhu' bertangguh

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0059 : Perihal wudhu' bertangguh

:salam

Betul ke pendpt sesetengah ustaz apabila kita berwudhu' contohnya sehingga ke2-2 belah tangan di rumah, kemudian gi masjid baru sambung baki anggota wudhu' itu. Dia kata sbb rukun wudhu' adalah tertib, bukannya mesti 'berturut-turut'. ::?:
Kalau betul, apakah selang masa yg dibenarkan syara'?

syukran

SJ-04-0059 : Perihal wudhu' bertangguh

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Basuhan antara anggota wudhu' jika diselangi dalam waktu yang singkat adalah sah dengan dalil Ijmak.

Jika diselangi dalam waktu yang panjang sehingga kering air basuhan tersebut, pendapat yang rajih adalah sah wudhu' tersebut.

Kerana Allah SWT hanya memerintah supaya membasuh anggota wudhu' dan tidak mewajibkan membasuh dengan terus-menerus.

Dan dari sebuah athar sahih Imam Malik meriwayatkan:

Úä äÇÝÚ Çä ÇÈä ÚãÑ " ÊæÖà Ýí ÇáÓæÞ ÝÛÓá íÏíå ææÌåå æÐÑÇÚíå ËáÇËÇ ËáÇËÇ Ëã ÏÎá ÇáãÓÌÏ ÝãÓÍ Úáì ÎÝíå ÈÚÏ ãÇ ÌÝ æÖæÁå æÕáì.

" Dari Nafi' bahawa Ibn Umar r.a pernah mengambil wudhu' di pasar dengan membasuh dua tangannya, mukanya, dua lengannya tiga kali-tiga kali, kemudian beliau memasuki masjid dan menyapu kedua khufnya setelah kering basuhan wudhu'nya tadi, kemudian beliau bersolat." (H.R Baihaqi dengan katanya: "Sahih dari Ibn Umar.")

Kata Imam Nawawi: Ini merupakan dalil yang baik, Ibn Umar melakukan perkara ini dengan dilihat oleh para hadirin dan beliau tidak diingkari.

Dengan itu, wudhu' seseorang itu tidak terbatal jika dia membasuh sebahagian anggota wudhu' di rumah dan sebahagian lagi di masjid. Dan sebaik-baiknya ialah dengan secara berturutan.

Rujukan:
- Sunan al-Kubra Baihaqi: 1/84
- al-Majmu': 1/451-455

Wallahu a3lam