SJ-04-0077 : sunnah mandi sebelum subuh

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0077 : sunnah mandi sebelum subuh

benarkah sunnah rasulullah saw adalah mandi sebelum subuh?

SJ-04-0077 : sunnah mandi sebelum subuh

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

òSoalan yang diajukan agak umum. Adakah yang dimaksudkan ialah mandi Junub, atau mandi sunat Jumaat, atau mandi hari raya, atau mandi biasa untuk kebersiahan dan kesegaran, atau lain-lain jenis mandi.

Kerana dalam Islam, terdapat banyak jenis mandi yang masyruk yg diajar dalam sunnah Nabi SAW. Waktunya berbeza antara jenis-jenis mandi. Ada mandi junub, mandi hariraya, mandi Jumaat, mandi dari haidh dan nifas, mandi selepas memandikan mayat, mandi selepas selepas masuk Islam, mandi selepas sedar dari pitam, mandi ihram, mandi untuk berubat, mandi masuk Mekah, mandi untuk wuquf, dan lain-lain. Waktunya adalah berbeza mengikut tuntutan keadaan.

Selain itu ada juga mandi untuk kebersihan dan kesegaran, yang hukum asalnya adalah HARUS. Mandi seperti ini digalakkan apabila keperluan seperti ketika badan kotor atau berbau. Tidak ada waktu khas, contohnya sebelum Subuh atau lain-lain.

Oleh itu, kita tidak boleh mengatakan secara umum bahawa Nabi SAW mandi sebelum Subuh. Kecuali jika baginda berjunub pada waktu malam, maka sudah pasti baginda akan mandi sebelum menunaikan solat Subuh.

Wallahu A'lam.

rujukan:
Kitab Sifat Ghusl al-Nabi SAW Wa Ahkam Al-Aghsaal Al-Masyru'ah, oleh: Abu Said Bal'eid.