SJ-04-0091 : Guna sabun untuk mandi wajib

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0091 : Guna sabun untuk mandi wajib

:salam

saya ingin menanyakan samada proses mandi wajib saya ini atau betul. Kebiasaannya saya meratakan air dengan mengguna paip getah yang mana bagi saya lebih senang dan terus ke semua anggota badan. proses ini tidak mengambil masa lama ..dalam 5 minit sahaja. Tetapi, selepas itu saya sabun badan dan membuang daki-daki ditempat yang perlu dan terselindung. dan menjirus air lagi.

jadi proses itu telah menjadi lama. sekiranya saya berhenti setakat selepas menjirus air ke seluruh anggota badan sahaja (sebelum sabun). saya percaya daki tidak hilang dan badan rasa tak bersih lagi. jadi keseluruhan masa mandi wajib ini kemudian menjadi lama.

adakah betul amalan saya ini?

Terima kasih.

:aklam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-04-0091 : Guna sabun untuk mandi wajib

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Yang wajib dilakukan ketika mandi junub ialah meratakan air ke seluruh anggota badan, dan tidak wajib menggunakan sabun, syampu dan seumpamanya. Tetapi tidak mengapa menggunakan bahan-bahan pencuci untuk menyempurnakan mandi. (Fatwa Lajnah Daemah no: 11029).

Dalil bahawa yang wajib hanyalah menggunkan air, disebut dalam SJ-04-0058 : masalah bersuci - jawapan segera.
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33904

Wallahu A'lam.