:salam
Pohon penjelasan:
Solat tahyitulmasjid di Surau yang dibenarkan mengadakan solat Jumaat..
sedangkan Surau berkenaan tidak dinaiktaraf sebagai masjid...
Alhamdullilah Surau berkenaan menjaga sembahyang fardu yang 5...
setiap waktu ada azan dan jemaah...
pohon penjelasan
wassalam.
:wassalam
al-Jawab:
Surau tu pada hakikatnya adalah mesjid. Tidak naiktaraf itu mungkin dari sudut saiz atau bilangan anak mukim, tapi semua syarat di sisi syara' telah pun mencukupi: ada imam rawatib, ada solat lima waktu, dan ada solat Juma'at. itulah mesjid, maksudnya umum sbg tempat sujud dan rumah Allah. Rumah Allah, aktiviti utamanya ialah solat 5 waktu dan solat mingguan, solat Juma'at.
sekian