SJ-05-0130 : Al-Fatihah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0130 : Al-Fatihah

Ana ingin bertanya tentang makmum yang tak sempat baca fatihah tapi sempat rukuk bersama imam adakah telah dikira mendapat rakaat bersama imam, setahu ana makmum tu dapat rakaat tersebut, tapi masih lagi musykil, dan adakah kita perlu menambah rakaat andaikata tak sempat membaca fatihah? maaf soalan nie mungkin pernah ditanya tapi ana inginkan lebih penjelasan tentangnya harap panel al-ahkam dapat menerangkan dengan hujah2 dan dalil yang sahih. Jazakallah khairan kathiran.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0130 : Al-Fatihah

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan halimi dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Benar, soalan ini telah banyak kali ditanya didalam al-ahkam. 'Ala kullli hal (w/bagaimanapun) kita akan cuba menjawab soalan ini dengan ringkas agar mudah untuk anda memahaminya.

Ringkasnya, jumhur ulama' berpendapat bahawa apabila seseorang itu mendapati Imam yang sedang ruku' atau baru hendak ruku', dan dia menyertai Imam ketika ruku', beliau telah :

1. Mendapat 1 rakaat bersama Imam
2. Bacaan al-Fatihahnya dikecualikan.

Diantara dalilnya datang dari hadith Abu Bakrah ra. yang dikatakan mendapati Nabi semasa baginda sedang ruku' dan beliau telah ruku' sebelum sampai ke saf. Selepas solat, dia telah menyatakan perkara ini kepada Nabi :saw dan baginda bersabda :-

ÒóÇÏóßó Çááøóåõ ÍöÑúÕðÇ æóáÇ ÊóÚõÏú
"Moga Allah menjadikan anda lebih tekun, akan tetapi jangan lakukan lagi" [Hadith Riwayat al-Bukhari, #783].

Hadith ini juga menjelaskan bahawa Abu Bakrah ra. telah mendapat rakaat bersama Nabi dan beliau telah terus ruku' tanpa membaca al-Fatihah. Jika rakaat tersebut tidak diterima, sudah tentu Nabi akan menegur dan menyuruh Abu Bakrah ra. menambah bilangan rakaat. [Lihat Silsilat al-Ahadith al-Sahihah, ms. 230].

Imam Abu Daud rh. didalam kitabnya Masaa'il al-Imam Ahmad, ms 35, memetik kata2 Imam Ahmad :-

ÅÐÇ ÏÎá ÇáãÓÌÏ æÇáÅãÇã ÑÇßÚ ÑßÚ ãÚå , æíßæä ãÏÑßÇð ááÑßÚÉ ÅÐÇ ÇÌÊãÚ ãÚ ÇáÅãÇã Ýí ÇáÑßæÚ , æáæ áã íØãÆä ÅáÇ ÈÚÏ ÑÝÚ ÇáÅãÇã
"Jika seseorang masuk ke masjid sedangkan Imam sedang ruku', maka ruku'lah bersamanya, dan dia akan mendapat 1 rakaat jika dia menyertai Imam ketika dia sedang ruku', walaupun dia tidak ruku' sepenuhnya sehingga setelah Imam bangun" [lihat al-Majmu', 4/215].

Menurut Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh:

ÅÐÇ ÃÏÑß ÇáãÃãæã ÇáÅãÇã ÑÇßÚÇ ÃÌÒÃÊå ÇáÑßÚÉ æáæ áã íÓÈÍ ÇáãÃãæã ÅáÇ ÈÚÏ ÑÝÚ ÇáÅãÇã
"Jika seseorang mendapatkan Imam semasa dia sedang ruku', maka rakaat tersebut dikira baginya, walaupun jika dia tidak mengucapkan tasbih sehingga Imam berdiri" [Majmu' Fataawa Ibn Baaz, 11/245-246]

Menurut catatan Dr Muhammad Na'im Haani Saa'i, jumhur ulama' mengatakan seseorang itu apabila mendapatkan Imam didalam ruku' dan sempat ruku' bersamanya secara toma'ninah, sesungguhnya dia telah mendapat rakaat. Cuma segelintir mereka yang mengatakan tidak dapat rakaat bersama Imam, diantaranya adalah Abu Bakr bin Khazimah, Abu Bakr al-Shyibghi, Ibn Rushd. [Mausu'ah Masaa'il Jumhuur fi al-Fiqh al-Islaami, 1/201].

Kesimpulannya, majoriti mengatakan dapat rakaat bersama Imam dan bacaan al-Fatihah di kecualikan. WA.

wassalam

خيرالأمين