SJ-05-0208 APAKAH HUKUM KUATKAN BACAAN DALAM MAGHRIB & I

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0208 APAKAH HUKUM KUATKAN BACAAN DALAM MAGHRIB & I

APAKAH HUKUM MENGUATKAN BACAAN DALAM SOLAT MAGHRIB DAN ISYA',
APAKAH DALIL YANG MENYOKONG BAHAWA PERLU DIBACA SECARA KUAT PADA 2 RAKAAT PERTAMA SOLAT MAGHRIB DAN ISYA' SECARA PERSEORANGAN(BUKAN SECARA BERJAMAAH).

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0208 APAKAH HUKUM KUATKAN BACAAN DALAM MAGHRIB & I

setakat ana tahu...

hukum menguatkan bacaan dalam solat maghrib,isyak dan subuh adalah sunat dan tidak wajib. dalilnya adalah amalan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW sepanjang beliau solat. wallahu a'lam.

Tambahan thtl

Dalilnya yang masyhur ialah "Syallu kama ra`aitumuunii Usyalli" maksudnya "solatlah kamu sekelian sebagaimana kalian lihat aku solat."
[HR Bukhari-Muslim]

Lajnah Daaimah lil Buhuth KSA memfatwakan tatacara kuat perlahan itu hukumnya sunnah dan umat Islam disyari'atkan mengikuti sunnah ini. (Jld 6/392)

Dr Abdul Karim Zaidan dalam al-Mufassal, madzhab Ahmad menetapkan, seseorang yg solat secara sendirian mempunyai pilihan samada nak baca kuat atau perlahan (1/220)

Maka, sunnah ini diberatkan dalam solat berjama'ah tapi dilonggarkan dalam solat sendirian. sekian