SJ-05-0230 : Bacaan qunut subuh bercampur

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0230 : Bacaan qunut subuh bercampur

:salam

Q1: Adakah boleh jika ketika bacaan qunut dalam solat Subuh berjemaah, sewaktu jemaah biasanya mula membaca 'fainnaka...' , saya (makmum )sebaliknya menggantikannya dengan Qunut Nazilah secara sirr?
Q2: Kemudian, dgn kesempatan masa yg ada sebelum turun sujud mengikuti imam, saya menambah dgn doa2 samada drpd Al-Quran atau doa bebas. bolehkah gitu?
Q3: Saya pernah terdengar larangan membaca ayat2 AQ ketika ruku' & sujud. Bagaimana bisa saya membaca doa2 dr ayat AQ ketika sujud terakhir?
Q4: Setakat yg saya pelajari, Nabi saw membaca Qunut Nazilah ketika waktu2 solat fardhu. Bagaimana jika sy membaca ketika solat2 sunat seperti dhuha, tahajjud dll??

(maaf jika soalan berjela ::?. Jwpn x berjela dialu2kan )
JKK

SJ-05-0230 : Bacaan qunut subuh bercampur

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå
æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Quote:
Q1: Adakah boleh jika ketika bacaan qunut dalam solat Subuh berjemaah, sewaktu jemaah biasanya mula membaca 'fainnaka...' , saya (makmum )sebaliknya menggantikannya dengan Qunut Nazilah secara sirr?

Jika anda bersolat di belakang imam yang berqunut waktu Subuh, maka sebaiknya anda mengikut imam tersebut. Ia tidak menjejaskan sembahyang anda. "Sesungguhnya dijadikan imam itu supaya diikuti, maka jangan kamu menyalahinya".
Di dalam mazhab syafie, ketika imam baca "Fainnaka taqdhi...", maka makmum boleh sama2 membacanya, ataupun senyap mendengar sahaja. Maka anda senyap adalah lebih baik drpd baca qunut qunut nazilah berseorangan.

Quote:
Q2: Kemudian, dgn kesempatan masa yg ada sebelum turun sujud mengikuti imam, saya menambah dgn doa2 samada drpd Al-Quran atau doa bebas. bolehkah gitu?

Syarak telah mengajarkan kita zikir2 yg dibaca sewaktu iktidal. maka bercukup2 dengan ajaran Nabi SAW adalah lebih aula. ini sebahagian zikir yg sunat dibaca ketika iktidal.

ÑóÈøóäóÇ æóáóßó ÇáÍóãúÏõ ÍóãúÏÇð ßóËöÜíúÑÇð ØóíöøÜÈÇð ãõÈóÇÑóßÇð Ýöíå

ÑóÈøóäóÇ áóßó ÇáúÍóãúÏõ, ãöáúÁó ÇáÓøóãóÇæóÇÊö æóÇáÃóÑúÖö æóãöáúÁó ãóÇ ÔöÆúÊó ãöäú ÔóíúÁò ÈóÚúÏõ Ãóåúáõ ÇáËøóäóÇÁö æóÇáúãóÌúÏö¡ ÃóÍóÞøõ ãóÇ ÞóÇáó ÇáúÚóÈúÏõ æóßõáøõäóÇ áóßó ÚóÈúÏñ. Çááøóåõãøó áÇó ãóÇäöÚó áöãóÇ ÃóÚúØóíúÊó¡ æóáÇó ãõÚúØöíó áöãóÇ ãóäóÚúÊó¡ æóáÇó íóäúÝóÚõ ÐóÇ ÇáúÌóÏøö ãöäúßó ÇáúÌóÏøõ

Quote:
Q3: Saya pernah terdengar larangan membaca ayat2 AQ ketika ruku' & sujud. Bagaimana bisa saya membaca doa2 dr ayat AQ ketika sujud terakhir?

mengambil ayat quran sebagai doa dinamakan iqtibas. Tidak salah membaca doa2 tersebut ketika sujud, sebagaimana wanita haidh boleh berdoa dengan ayat2 quran yg berbentuk doa.

Quote:
Q4: Setakat yg saya pelajari, Nabi saw membaca Qunut Nazilah ketika waktu2 solat fardhu. Bagaimana jika sy membaca ketika solat2 sunat seperti dhuha, tahajjud dll??

Ibadat adalah tauqifiyyah, iaitu mengikut apa yg dilakukan oleh Nabi SAW. Dan sabda Nabi: "Sembahyanglah seperti kamu melihat aku sembahyang".
oleh itu, qunut nazilah hanya dikhaskan pada sembahyang fardhu, tidak disunatkan pada sembahyang sunat lain.