SJ-05-0308 :Tahayatul masjid xbleh dilakukan dlm waktu haram

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0308 :Tahayatul masjid xbleh dilakukan dlm waktu haram

Assalamu'laikum...
Harap ustaz jelaskan tntang masalah yg sy kurang jelas.Sy akan bentangkan kpada ahli masjid.Da seorang ustaz yg baru 2 mggu mngajar da mngatakan:
1. Solat sunat tahayatul masjid xbleh dilakukan dlm waktu haram(solat asar)
2. Tidak bleh beriman dgn orang yg masbuk
3. Tidak ada solat sunat qobliah waktu maghrib
4. Berhenti berzikir krn mengaminkn doa iman

Sy berharap sgt ustaz jelaskn bersama hujjah2 coz ustaz tersebut x mngeluarkan hujjah dlm perkara
di atas.Penduduk kmpg keliru n xbleh terima. Macam2 yg pnduduk kmpg xleh terima sbb xda hujjah dr ustaz tersebut.

SJ-05-0308 :Tahayatul masjid xbleh dilakukan dlm waktu haram

:wassalam

JAWAPAN :

1. Solat sunat tahyatul masjid adalah dituntut untuk dilakukan ketika memasuki masjid sebagaimana sabda Rasulullah saw :

ÅÐÇ ÏÎÜÜÜá ÃÍÏßã ÇáãÓÌÜÜÜÏ ÝÜÜáÇ íÌáÓ ÍÊì íÕÜÜÜáí ÑßÚÊíä……..ãÊÝÞ Úáíå

“Sekiranya kamu masjid , maka janganlah duduk sehingga kamu menunaikan solat 2 rakaat” ( merujuk kepada solat Tahyatul masjid )
(HR Imam Bukhari no : 1163 dan Imam Muslim no : 714 )

Berkenaan masalah solat diwaktu haram terdapat khilaf ulama :
a. Ulama-ulama Hanafiah , Malikiah dan Hanabilah melarang segala solat diwaktu haram , berdalilkan maksud umum hadis larangan solat di waktu haram.
b. Manakala Syafiah dan satu riwayat dlm Mazhab Ahmad mengatakan hadis larangan itu adalah khusus untuk solat sunat mutlak tanpa pengkhususan sebab.Adapun , solat sunat yang khusus bersebab seperti solat tahyatul masjid , solat khusuf dan sebagainya adalah dibolehkan untuk kita mengerjakannya.

Tarjih :

Solat sunat tahyatul masjid adalah dibolehkan dilakukan walaupun dalam waktu haram , kerana dalil solat sunat tahyatul masjid yang khusus mengkhususkan dalil larangan solat diwaktu haram yang umum.
Ini adalah pendapat yang dipilih oleh Syaikhul Islam Ibn Taimiyah dan sebahagian daripada ashab Imam Ahmad.

Malah , sekiranya seseorang masuk ke masjid ketika khatib sedang berkhutbah juga adalah disuruh untuk mengerjakan solat sunat tahyatul masjid berdasarkan sebuah hadis sahih :

ÅÐÇ ÌÇÁ ÃÍÏßã íæã ÇáÌãÚÉ æÇáÇãÇã íÎØÈ ÝáíÜÜÜÑßÚ ÑßÚÊÜÜÜíä

“Apabila telah datang kamu (ke masjid) pada hari jumaat dan ( ketika itu ) imam sedang berkhutbah , maka solatlah kamu 2 rakaat (tahyatul masjid)” [thtl: al-Albani, sahih alJaami, # 464, dari Jabir ra]

2. Orang yang masbuq , pada pengertiannya ialah makmum yang terlepas atau tidak sempat mengangkat takbiratulIhram dan membaca al-Fatihah pada rakaat pertama bersama-sama dengan Imam..Apa yang dapat difahami dalam persoalan ini ialah , memang orang yang masbuq tidak boleh dijadikan imam selagi mana ianya masih menjadi makmum kepada imam yang ada dan selagi imam tersebut belum memberi salam.

Akan tetapi sekiranya imam yang diikutinya telah memberi salam dan pada ketika itu orang yang masbuq tadi akan bangun untuk menyelesaikan baki rakaat solatnya yang tertinggal sebagaimana sabda Rasulullah saw :

ãÇ ÃÏÑßÊã ÝÕáæÇ æãÇ ÝÇÊßã ÝÃÊãæå

“Bagaimana keadaan imam ketika kamu dapati , hendaklah kamu ikut , dan apa yang ketinggalan olehmu hendaklah kamu sempurnakannya.”
(HR Bukhari : 599 , 857 , Muslim : 944 , 945 , Tirmizi : 301 , Abu Daud : 485)

Maka pada ketika ini orang yang masbuq tersebut boleh dijadikan imam.

3. Solat sunat rawatib yang dituntut untuk dikerjakan ialah sebanyak 12 rakaat berdasarkan hadis Ummu Habibah ra (HR Muslim no: 728) yang menyebut “Barang siapa menunaikan solat 12 rakaat sehari semalam , akan dibina oleh Allah swt sebuah rumah disyurga”

Kemudian ditambah oleh Tirmizi dengan lafaznya “Empat rakaat sebelum zohor , dan dua rakaat selepasnya , 2 rakaat selepas maghrib , dua rakaat selepas Isyak dan dua rakaat sebelum solat fajr / subuh” (HR Tirmizi no : 415)

Adapun solat sunat sebelum maghrib adalah termasuk dalam kategori solat sunat tidak muakkad (tidak dituntut) untuk mengerjakannya.Terpulang kepada sesiapa yang hendak melakukan atau tidak dengan syarat tidak dilakukan selalu sehingga menjadikannya seperti solat sunat rawatib yang dituntut dan tidak mengakhirkan / melewatkan waktu maghrib.
Asas atau dalilnya ialah , Sabda Rasulullah saw :

Úä ÇáäÈí (Õ) ÞÇá : ÕÜÜáæÇ ÞÜÜÈá ÇáãÛÑÈ , ÕÜÜáæÇ ÞÜÜÈá ÇáãÛÑÈ Ëã ÞÇá Ýí ÇáËÇáËÉ : áãä ÔÜÜÜÇÁ

“Sabda Nabi saw : Sembahyanglah kamu sebelum maghrib 2X , kemudian Nabi saw berkata untuk kali ketiga : Kepada sesiap yang ingin ( melakukan )”
(HR Bukhari no : 1183)

Begitu juga dengan HR Ibnu Hibban 4 / 457 dan HR Muslim no : 836.

Imam An-Nawawi menyebut bahawa mengerjakan atau mengutamakan untuk mengerjakan solat sunat sebelum maghrib sehingga melewat-lewatkan waktu maghrib adalah sesuatu perbuatan yang fasid , dan menyalahi sunnah Rasulullah saw.

4. Antara zikir dengan doa , kedua-duanya adalah amalan sunat yang bertujuan untuk bertaqarrub kepada Allah swt.Suruhan berzikir sesudah solat adalah warid / thabit daripada Rasulullah saw.Manakala berdoa dengan dipengerusikan oleh Imam dan diaminkan oleh makmum adalah tidak warid daripada Rasulullah saw.

Berkenaan dengan masalah berhenti berzikir kerana mengaminkan doa imam adalah perkara yang tidak ada sandaran dalam agama.Ini adalah kerana , perbuatan berdoa selepas solat secara jama’ie adalah perbuatan yang tidak ada contohnya semasa hayat Baginda saw , walaupun perbuatan tersebut terdapat pendapat dari kalangan ulama yang membolehkannya.Sedangkan perbuatan berzikir selepas solat ( secara fardi ) adalah perkara yang dilakukan Baginda saw semasa hayatnya sebagaimana beberapa hadis sabda Baginda saw :

a) HR Bukhari , no : 843 , 844
b) HR Muslim , no : 1 / 135 / 414 , 1 / 137 / 414
c) HR Abu Daud , no : 1506 , 1513
d) HR An-Nasaie , no : 1338

Dan banyak lagi hadis-hadis lain yang menceritakan amalan berzikir ( secara perseorangan ) Baginda saw.

Begitu juga Imam an-Nawawi telah menyebutkan bahawa : “Sesungguhnya membaca Al-Quran adalah lebih diutamakan daripada berzikir dan berdoa secara mutlak.Kemudian berzikir adalah lebih utama daripada berdoa.Malah , zikir yang berkait dengan masa , tempat dan keadaan adalah lebih afdhal dikerjakan , seperti contoh zikir pagi dan petang dan sebagainya.

(Syarh Sahih Muslim , Al-Imam al-Nawawi 17 / 49 )

Maka , bagaimana amalan yang warid daripada Nabi saw ditolak dengan amalan yang tidak warid daripada Rasulullah saw ?

Yang jelas dan tepatnya ialah , adalah terpulang kepada kita samada mahu berhenti daripada berzikir kerana ingin mengaminkan doa imam yang diikutinya sewaktu solat , atau mahu meneruskan bacaan-bacaan zikir yang thabit dari Rasulullah saw.Ini kerana tuntutan mengikuti imam adalah semasa dalam solat sahaja, iaitu bermula dari takbiratulihram hinggalah salam.Sebagaimana sabda Rasulullah saw :

ÅäãÇ ÌÚá ÇáÅãÇã áíÄÊã Èå
“Dijadikan Imam adalah untuk diikuti”
(HR Bukhari : 365 , Muslim : 622 , Tirmizi : 329 , An-Nasa’ie : 786 , Abu Daud : 509 , Ibnu Majah no : 837 )

Maka selepas daripada salam adalah tidak wajib lagi bagi makmum itu mengikuti segala perbuatan imam.Sungguh pun begitu , amalan berdoa adalah satu amalan yang dituntut dalam Islam sebagaimana maksud firman Allah swt dalam surah Ghafir ayat 60 :

“Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."

WA

Ustaz al-Jawhar al-Yamani

Rujukan :
1. Fiqh Islami , Hj Sulaiman Rasjid , Penerbit Attahiriyah
2. Taudih al-Ahkam min bulughu al-Maram , As-Syeikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam , Maktabah Al-Asadi