SJ-05-0376 : Tentang solat jemaah : Mana lebih utama

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0376 : Tentang solat jemaah : Mana lebih utama

1. Solat di surau kampung sendiri (kampung) di waktu zohor/asar tetapi tak ada orang solat. Separuh masa, dialah azan, dialah solat sorang2. Separuh masa lagi, ada jemaah 2-3 orang. At least, surau kampung tu ada azan dan solat jemaah 5 waktu, walaupun sorang2; dan lepaslah fardu kifayah kampung tu. At least, orang2 kampung yang teragak nak turun solat boleh expect disurau pasti ada orang dan pasti ada solat jemaah.

2. Maka dia pun solat di surau kampung sebelah, atas alasan nak pahala jemaah yang lebih besar. Maka jika ada org kampung yang nak turun solat, tak dapat solat kerana surau selalu berkunci dan tak ada orang. Maka terpahat di kepala orang kampung, waktu zohor dan asar mesti takada orang dan surau berkunci.

soalannya, yang mana lebih aula? 1 atau 2?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0376 : Tentang solat jemaah : Mana lebih utama

- Jika dia yang menjadi imam di masjid kampungnya, tetapi masjid kampungnya ada jemaah yang sedikit, maka tidak wajar dia bersolat di masjid kampung lain. Kerana ia akan menyebabkan tergendala jemaah di masjid kampungnya.

- Tetapi jika diyakini bahawa tidak ada orang lain yang akan bersolat jemaah dengannya, contohnya pada waktu Subuh memang tak akan ada orang yang akan datang ke masjid itu kecuali dirinya, maka dalam situasi ini, boleh lah dia ke masjid kampung sebelah untuk mendirikan solat secara jemaah. Inilah yang difatwakan oleh Syeikh Uthaimin r.h.m.

Wallahu A'lam