SJ-05-0428 : Dysphasia Dementia dan Solat

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0428 : Dysphasia Dementia dan Solat

:salam

Situasi:
Sebahagian pesakit-pesakit yang baru sembuh dari strok mungkin akan mengalami dementia atau dysphasia, di mana mereka mempunyai masalah berkaitan ingatan dan percakapan.

beberapa pesakit yg saya temui, menghadapi masalah lupa bacaan solat dan tidak mampu untuk mengingatinya semula. Ada juga yg hingga lupa kaifiyyah solat, tetapi mereka tetap mahu bersolat.

dan bagi yg mmpunyai masalah percakapan pula, mereka tahu apa yg mahu diperkatakan, cuma gagal untuk mengeluarkan kata2 yg tepat. contohnya, mahu sebut buku, tapi perkataan 'pen' yg keluar dari mulut mereka.

Jadi, untuk kedua2 situasi ini, bagaimana approach kita untuk mmbantu mereka melaksanakan solat sesempurna mungkin. Kerana sefaham saya, kewajipan solat masih ada kerana mereka bukanlah gila, dan tidak juga hilang ingatan sepenuhnya. malah, masih mengingati kewajipan bersolat.

Mohon pencerahan
:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0428 : Dysphasia Dementia dan Solat

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Berkenaan dengan dysphasia, iaitu sebagaimana anda sebutkan: kesukaran menutur dengan tepat, tidak gugur kewajipan solat ke atasnya. Kerana, ia hanya melibatkan pertuturan, dan kadang-kadang kefahaman yang salah.

Ia tidak menjejaskan kewarasan seseorang, maka kewajipan taklif masih dikenakan ke atasnya. Bersolatlah setakat kemampuannya membaca, Allah tidak memaksa seseorang melainkan sekadar kemampuan dirinya.

Manakala dementia, ia melibatkan ketidakwarasan. Walaupun ia berbeza dengan gila, tetapi ia juga melibatkan kekurangan pada akal. Kerana itu,ada fatwa-fatwa ulama mengatakan gugur kewajipan solat terhadap mereka yang terkena penyakit ini.

Walaubagaimanapun, jika dia masih boleh mengingati kewajipan solat dan membezakan antara solat, maka hendaklah melakukannya setakat kemampuan.

Wallahu A'lam