SJ-05-0461 : Cara Tepat Duduk Tahiyyat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0461 : Cara Tepat Duduk Tahiyyat

Assalamualaikum.

Apakah benar ada nas mengenai duduk tahiyat akhir yg tepat. Maksudnya, ada kalanya kita dapati ada umat islam yg duduk tahiyat akhir seperti duduk tahiyat awal dan ada pula mengatakan mesti duduk sepertimana duduk tahiyat akhir yg biasa kita buat....jika tidak amalan kita terbatal. Benarkah begitu, jika ya, bolehkah ustaz berikan hujah nas dan yg mana satukah kaedah duduk tahiyat yg tepat dgn sunah nabi.

Sekian, wasalam

SJ-05-0461 : Cara Tepat Duduk Tahiyyat

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Duduk tahiyat akhir sepertimana yang biasa dilakukan orang Islam Malaysia adalah merupakan duduk yang tepat berdasarkan hadith sahih.

Antaranya hadith Abu Humaid As-Sa’idi yang meriwayatkan sifat solat Nabi SAW:

ÝóÅöÐóÇ ÌóáóÓó Ýöí ÇáÑøóßúÚóÊóíúäö ÌóáóÓó Úóáóì ÑöÌúáöåö ÇáúíõÓúÑóì æóäóÕóÈó Çáúíõãúäóì æóÅöÐóÇ ÌóáóÓó Ýöí ÇáÑøóßúÚóÉö ÇáúÂÎöÑóÉö ÞóÏøóãó ÑöÌúáóåõ ÇáúíõÓúÑóì æóäóÕóÈó ÇáúÃõÎúÑóì æóÞóÚóÏó Úóáóì ãóÞúÚóÏóÊöåö

" Dan apabila baginda duduk pada raka’at kedua (tahiyat awal), maka baginda duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (duduk iftirash), dan jika beliau duduk pada raka’at terakhir, maka beliau mengedepankan kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan, dan duduk di atas tempat duduknya (duduk tawarruk) ". (HR. Bukhari)

Hadith ini membezakan antara duduk tahiyat awal dan akhir. Dan cara duduk tersebut merupakan yang paling afdal bagi kedua-dua keadaan duduk ini.

Imam Nawawi menjelaskan: jika seseorang itu meninggalkan duduk yang sunnah ini, solatnya tidak terbatal. Begitu juga dengan apa jenis duduk sekalipun, samada seseorang itu terbalikkan duduk tahyiat awal (iftirash) dengan duduk tahiyat akhir (tawarruk) atau duduk berlunjur atau bersila atau lain-lain jenis duduk, semua ini tidak membatalkan solat, tetapi dia dikira telah meninggalkan sunnah yang afdal.

Wallahu a3lam

Rujukan:
- al-Majmuk oleh Imam Nawawi: 3/412 - 413.

Untuk melihat penjelasan lanjut mengenai cara duduk tahiyat akhir, sila layari: http://assalafi.wordpress.com/2007/09/16/cara-duduk-tasyahhud-akhir-dalam-setiap-sholat/