SJ-05-0466 : Imam Tidak Tajwid, Kena Mufaraqah?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0466 : Imam Tidak Tajwid, Kena Mufaraqah?

Salam ustaz.

Nie saya ada kemusykilan:
Suatu hari saya pergi bersolat di surau. Ketika itu imam telah sujud pada rakaat pertama. maka saya terus angkat takbiratul ihram dan terus sujud bersama imam. Maknanya, saya ni masbuk lah.

Tetapi bila masuk rakaat kedua imam membaca fatehah. Saya dengar imam baca fatehah tunggang langgang tajwidnya.

Ketika itu timbul persoalan di hati saya apakah perlu saya mufaraqah dan menurut apa yg saya pelajari sudah tentulah saya kena mufaraqah. Tetapi persoalan lain pula timbul...jika saya mufaraqah bagaimana pula saya nak meneruskan solat....adakah perlu terus IKUT IMAM berdasarkan jumlah rakaat baki manakala apabila IMAM DUDUK TAHIYAT AKHIR saya pun turut tahiyat akhir dan apabila imam beri salam maka saya perlu bangun semula tambah satu rakaat lagi. Atau apakah saya perlu mufaraqah terus dan sembahyang asing2.

Harap ustaz dapat membantu selesaikan masalah saya ni.

Sekian, wasalam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0466 : Imam Tidak Tajwid, Kena Mufaraqah?

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Tidak bertajwid di dalam bacaan fatihah tidak membatalkan sembahyang seseorang. Yang membatalkan ialah apabila salah membaca (lahn) sehingga mengubah makna. Perinciannya boleh dibaca di:

SJ-05-0360 : Bacaan dalam solat, wajibkah bertajwid?
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=35760

Jika dipastikan bahawa imam membaca Fatihah secara salah sehingga membatalkan sembahyang, maka barulah bermufaraqah. Maksud mufaraqah ialah meneruskan sembahyang secara berseorangan tanpa mengikut imam.

Wallahu A'lam.