SJ-05-0476 : Posisi Makmum Wanita

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0476 : Posisi Makmum Wanita

:salam

1) Setau saya kedudukan makmum wanita ialah di belakang imam. Adakah sah solat sekiranya makmum wanita bersolat di sebelah kiri Imam?

Sekiranya ada dalil untuk solat di sebelah kiri, adakah kedudukan berikut betul?

-| (makmum)
--| (imam, ke depan sikit. kedudukan kaki setara dengan kedudukan lutu makmum wanita semasa sujud)

atau

--|(makmum wanita)
--|(imam, kaki imam bersamaan dengan kedudukan kepala wanita tatkala sujud)

2) Bagaimana kedudukan sah solat sekiranya solat dengan makmum wanita(mahram) yang tidak tahu/susah untuk menerima sebab dah biasa dengan kedudukan saf yang saya tunjukkan di atas.

Yakni, berada di belakang imam sebagai makmum seorang adalah asing baginya.

--dah lama solat jemaah dengan lelaki/solat sorang, bila dah kawin tak berapa pasti kedudukan saf ni, terlebih bila keliru dengan apa yang diajar di sekolah/pendapat salaf.

SJ-05-0476 : Posisi Makmum Wanita

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1) Kedudukan seorang wanita jika berjemaah dengan imam lelaki ialah berdiri keseorangan di belakangnya.

Sudah dijawab di: SJ-05-0396 : Berjemaah secara dua orang : Laki dan Wanita
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=36828

Kerana secara asalnya saf wanita adalah di belakang. Dalam hadis:

æÎíÑ ÕÝæÝ ÇáäÓÇÁ ÂÎÑåÇ æÔÑåÇ ÃæáåÇ

Maksudnya: Dan sebaik-baik saf wanita ialah yang paling belakang. Dan seburuk-buruk saf mereka ialah yang paling hadapan.
Direkod oleh Muslim (no: 440).

Jika wanita berdiri di sebelah kanan atau kiri, sah solatnya cuma tidak bertepatan dengan sunnah.

ruj:
- Al-Hawi al-Kabir 2/340
- Syarh Kabir Ibn Qudamah 2/66
- Fatwa Lajnah Daemah no: 4298

2) Jika perempuan tidak biasa dengan kedudukan di belakang imam, maka hendaklah dibiasakan dan diterangkan sunnah dan pendapat ulama berkenaan dengannya. Lama-kelamaan, ia tidak lagi dirasakan asing.

Wallahu A'lam.