SJ-05-0479 : Saf Dalam Solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0479 : Saf Dalam Solat

:salam

Apakah perlu memenuhi saf sebelah kanan dahulu sebelum saf sebelah kiri atau mengimbangi semasa memenuhi saf solat?

sekian terima kasih

SJ-05-0479 : Saf Dalam Solat

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Terdapat hadis tentang kelebihan saf di sebelah kanan. Antaranya:

"Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya berselawat ke atas saf-saf di sebelah kanan", Direkod oleh Abu Daud (no: 676), Ibn Majah (no: 1005).

- Hadis ini dipertikaikan kesahihannya. Dihukum dhaif oleh Syeikh Al-Albani dalam Tamam al-Minnah (m/s 288). Katanya: "Dan setiap orang yang menghasankan hadis ini dari kalangan mutaqaddimin dan mutaakkhirin tidak menyedari akan illah (kecacatannya)".

Hadis ini dikomentar oleh Syeikh Torifi sebagai, "khabar yang tidak mahfuz, malahan mungkar". (Sifat Solat Nabi m/s 48).

Walaubagaimanapun ada sahabat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang lebih suka bersolat di saf sebelah kanan. Antaranya:

1) Al-Bara' bin Azib mengatakan, "Kami apabila bersolat bersama Rasulullah Sallallahu Alahi Wasallam, kami suka berada di sebelah kanan baginda, dan baginda memalingkan wajahnya ke arah kami". Direkod dalam Sahih Muslim (no: 709).

2) Abdullah bin Amru berkata, "Sebaik-baik masjid (tempat solat) ialah di Maqam (Maqam Ibrahim), dan sebelah kanan masjid". Direkod oleh Ibn Abi Syaibah (no: 3434).

Kedua-dua atsar ini secara zahirnya adalah mauquf, tidak disandarkan kepada Nabi Sallallahu Alahi Wasallam. Namun ada ulama mengatakan ia termasuk dalam hukum marfuk kerana perkara berkaitan dengan fadhilat bukan perkara ijtihad.

Wallahu A'lam.